Contest Saya Dan Kaca Mata

hai semua.. dah lama fara tak update entry kan? tiba2 terus entry contest.. tapi takpe.. kita join ramai2 nak? kali ni lagi senang.. korang semua mesti ada spec kan? tak kira lah korang rabun ke tak.. at least mesti ada spec hitam ke pink ke *nak jugak sebut warna pink kan* dlm simpanan korang. so, gi ambik spec tu.. korang pakai then tangkap gambar.. lepas tu post entry utk masuk contest ni.. kalau nak join, korang klik banner ni ok..


fara ni takdelah suka sangat pakai spec sebab rasa mcm rimas sikit. pas tu fara rasa fara tak cantik pakai spec.. hehe.. tapi bila dalam kereta time panas pakailah jugak.. so, fara nak letak gambar fara yg pakai spec yg ni..


gambar ni tangkap kat Teluk Batik waktu bercuti dgn family fara tahun lepas..yelah, dah alang2 kampung fara kat Perak kan? nampak tak logik lah kalau tak pernah pergi situ sebab agak famous kot tempat tu.. agaknye lah.. haha.. disebabkan fara ni tak suka mandi laut, fara jadi tukang tangkap gambar je.. tapi yg banyak mestilah gambar sendiri yg SS atau pun 'syok sendiri'.. hehe.. :-p

dalam contest ni, fara nak tag:

Dia Dah Besar...

Hari ni 18 July 2011, genap umur si comel itu 11 tahun.. 11 tahun yg lepas dia lahir dan menyerikan lagi keluarga kami.. ya, dialah adikku yg bongsu.. NURUL FARHAANA nama diberi.. hari ni, hari lahir si comel itu.. tak sangka dia dah besar.. tahun depan dia dah darjah 6. lepas tu akan ada IC.. peh, mcm tak percaya je.. mana taknye, perangai dia yg kebudak-budakan tu.. nak manja je selalu.. lebih krg mcm kakak dia jugak.. hehe..

kalau nak tahu, walaupun umur dia 11 tahun.. siyes dia mcm budak2 lagi. nak bagi dia lintas jalan sendiri pun fara susah nak percaya. apa lagi nak suruh dia pergi kedai sendiri. jgn haraplah. memang takut nak lepas dia. tapi utk tahun ni, 1 perubahan drastik dia ialah dia dah pandai iron baju sendiri. so, senang dah fara. bukan lah fara ni kakak yg malas cuma nak mengajar je.. hehe.. lagipun fara darjah 5 dah gosok baju sendiri.. takkan dia tak boleh pulak kan? lagi 1, manja2 adik fara ni.. kira pandai lah dia nak buat air ke.. masak nasi ke.. kira boleh harap jugaklah.. takdelah mcm fara ni.. form 2 baru nak belajar masak nasi.. hehe.. kantoi sudah..:-p

sempena hari lahir adik fara tu, fara berharap dia akan menjadi manusia yg berguna dan jadi seorang anak perempuan yg baik... AMIN...

~yg depan tu lah si comel saya~

Eh, Tak Boleh Pulak Ke?

Apa yg tak boleh tu? hehe.. actually dalam bulan ni fara duk memikirkan fara nak bagi habuan apa pada otak fara yg asyik fikir tentang ubat2 je.. jadi, bulan ni fara ambik keputusan utk beli DVD dan layan kat rumah.. tu je paling senang. so, fara dgn cik abg pergilah kedai cd utk cari DVD cerita yg best.. kebetulan dia pun sibuk nak cari cerita KL gangster. padahal dah tengok.. tapi tak kisahlah. janji fara dapat pow dia beli dvd.. hehe..

so, pilih punya pilih.. fara rembat lah cerita KARAK, KUNGFU PANDA dan 1 lagi cerita kartun.. korang nak tahu apa dia? korang jgn ketawa pulak sebab waktu fara nak pilih cd tu, bf fara boleh tanya fara "awak ni umur berapa tahun?". hehe.. korang agak2 fara ambik cerita apa ek? tapi cd yg fara ambik tu mmg best sebab cerita dia 7 in 1.. so, memang layan lah waktu hujung minggu..

ok.. fara tak nak story dulu cd apa yg fara beli tu.. fara nak cerita pasal ayah fara pulak bila ayah fara tengok fara beli cd tu.. balik dari beli cd tu, excited nak balik rumah.. kat bawah ni dialog fara bila dh sampai rumah..

fara : tengok ni, akak ada beli cd..

ayah: cerita apa tu?

fara : karak, kungfu panda dan BARBIE!!

ayah: barbie??? AKAK NI UMUR BERAPA NI?

hahaha.. tu lah cd yg fara beli.. barbie!! so, korang rasa boleh ke tak boleh umur 23 tahun tengok cerita barbie? fara rasa ok jer kan? takdelah pelik sangat kan? alah, fara rasa korang pun suka jugak.. cuma tak nak mengaku kan? kan? kan? yelah, takut pulak digelar tak matang.. hehe..

apa2 pun.. fara tak kisah orang panggil fara budak kecik ke.. tak matang ke.. fara tak peduli.. ini dah diri fara.. sampai org tak nak percaya yg fara ni anak sulung.. siap kata fara tipu lagi.. hello.. apa motif pulak nak tipu2 kan? so, sila lah percaya yg bahawasanya fara ni memang ANAK SULUNG.. sekian terima kasih.. hehe...

kat bawah ni antara koleksi cerita barbie yg fara suka..




nak diikutkan banyak lagi.. tapi dah malas nak google sebab dah banyak tak ingat tajuk.. hehe..

24 jam Tu Cukup Tak?

Assalammualaikum semua.. hm, baru hari ni fara berkesempatan nak update entry baru.. siyesly, fara tak tahu kenapa minggu ni minggu yg amat meletihkan fara. tiap kali rehat fara mesti tidur. tapi part tidur tu boleh dimaafkan kot sebab fara puasa pun minggu ni.. hehe.. tapi nak difikirkan balik, fara baru puasa 1 minggu ni dah lembik mcm apa.. belum lagi sebulan. mana tak nye, balik kerja je.. buat apa yg patut, gedebak gedebuk.. 9.45pm fara dah landing atas katil.. ayah dah perli2 fara. ayah cakap ni belum kawen lagi.. dah kawen tak tahulah. agaknya rumah pun tak terurus.. aduh, bakal mertua dengar.. cancel buat menantu kan? uik.. mintak simpang lah.. huhu..

Nak difikirkan balik 24 jam yg Tuhan bagi ni pun fara susah nak handle diri fara.. pukul 5.45am dah kena bangun.. mandi then gerak pergi kerja dari pukul 8am - 5pm. lepas kerja stayback pulak utk latihan menari. lepas tu balik, makan, kemaskan diri.. tidur.. tu je kerja fara buat masa ni.. kadang2 risau jugak. takut 'TER' bosan dgn aktiviti sendiri.. bila dah bosan, takut jadi depression pulak.. tak mahu! tak mahu!

Jadi, fara rasa.. utk kita enjoy dalam kehidupan kita.. pandai2 lah uruskan masa utk diri sendiri. cari masa utk bagi ganjaran pada diri kita. yelah, sebagai upah sebab dah banyak buat kerja kan? contohnya pergi shopping ke, urut badan ke.. buatlah apa2 pun. janji kita enjoy!! yeah!

Satu perkara yg fara pegang.. fara bekerja pada usia yg muda dan fara bermula dgn tubuh badan yg sihat.. maka apa yg fara harap pada pengakhirannya nanti, fara akan bersara dgn tubuh badan yg sihat jugak.. AMINN..

[ Contest # 4 ] Anda Bagi Gambar , Prince Bagi RM50 !!

ok kawan2.. ni yg terakhir ok.. kali ni nak gambar BERSAMA KAWAN BAIK/BF/GF.. so, kawan2 boleh pilih yg mana2 je korang nak.. fara rasa fara nak pilih gambar bersama boyfriend kot.. kalau fara tak pilih dia, majok pulak dia tu.. takpelah.. next time fara pilih dgn kawan2 pulak.. hehe..

gambar ni kat Taman Rama-Rama.. waktu nak gi sini sampai fara majok2 sebab mula2 dia tak nak pergi.. tapi, last2 dapat jugak.. pujuk mesti kena pandai.. haha..owh ye, gambar ni jugak waktu pertama kali fara pakai tudung keluar date dgn dia.. hehe..

yeah.. dah selesai semua kategori.. harap2 adalah yg menang kan? hehe.. :-)

[ Contest # 3 ] Anda Bagi Gambar , Prince Bagi RM50 !!

utk yg ketiga ni fara taknak bebel banyak sgt eh.. fara terus bagitahu kategori dia ok.. utk yg ketiga ialah gambar KETIKA MELANCONG.. hm, family fara ni takde lah melancong sampai luar negara.. buat kata ayah, dalam negara pun tak habis melancong nak luar negara pulak.. haha.. konon lah. tapi takpe satu hari nanti i'll be there.. INSYALLAH.. macamanapun, setiap tahun ayah akan bawak kitorang jalan2 makan angin. last year, kitorang gi Cameron Highland. pergh, jalan dia tak hengat.. azab betul fara rasa. siap cakap dgn ayah " Kalau kakak tepuk tangan maksudnya muntah nak keluar".. hehe.. ok.. ni gambar kitorang kat sana..

~alahai, gambar adik lagi sorang takde..~

~ni 3 kuntum bunga dalam family fara.. yg tengah tu mak fara.. hehe~

so, sebagai penutupnya.. fara cuma nak cakap yg fara sayang family fara sangat2!!!!

[ Contest # 2 ] Anda Bagi Gambar , Prince Bagi RM50 !!

ni entry utk kategori no 2 pulak.. kalau korang nak tahu contest apa yg fara masuk ni, korang klik SINI eh.. utk kategori no 2 ni adalah gambar SEWAKTU ZAMAN PERSEKOLAHAN.. gambar sekolah memang banyak.. lagi2 sekolah menengah.. sekolah menengah fara yang terakhir ialah SMK IDEAL HEIGHTS.. kat situ banyak sgt kenangan tercipta.. kat situ jugak ramai kawan2 baik fara.. ada jugak yg dah kawen.. ha, tengok gambar fara waktu sekolah ni jgn gelak pulak.. pipi memang tembam tak hengat.. hehe..

dalam gambar ni, fara 4 dari kiri yg duduk atas batu tu.. gemuk kan pipi fara? hehe.. gambar ni waktu tingkatan 5.. sebelum sesi bergambar utk majalah sekolah, kitorang bergambar dulu.. ni lah geng2 budak melayu kelas SAINS 2.. yg baju oren pakai spec tu nama dia Zulaiha depan dia tu Lina.. yg peluk Lina dari belakang tu Izzaty. sebelah kiri dia Fiza.. sebelah kiri Fara pulak farehah. depan farehah tu Sara. ha, dia sorang je yang dah kawen.. yg lain tu on the way.. hehe..
pergh, memang rindu lah time sekolah ni.. :-(

~kitorang memang suka tangkap gambar.. hehe~

try jugak fara cari gambar2 yg candid.. tapi tak banyak ar.. yelah budak sains kan, konon nerd lah sgt.. gambar semua nak duduk teratur jer.. hehe.. :-p

Contest Anda Bagi Gambar, Prince Bagi RM50!!

Hello again.. kali ni contest yg lagi menarik fara nak join.. contest ni ada 4 kategori taw.. so, fara rasa kebarangkalian korang untuk menang tu mungkin tinggi.. mungkinlah kot.. hehe.. jadi, fara rasa.. fara nak join empat2 kategori tu.. kalau korang nak join, korang klik banner bawah ni..


utk kategori pertama ialah gambar KENANGAN TERINDAH BERSAMA KELUARGA.. kenangan tu memang banyak, tapi fara nak letak gambar ni.. jeng jeng jeng...

gambar ni ambik kat i-city lepas balik dari makan kat Klang. kitorang keluar saje2 je. waktu ni
i-city baru nak bukak. jalan pun berhabuk lagi. tapi korang perasan tak dalam gambar ni baju kitorang belang2 dan warna coklat. actually, tak rancang pun nak pakai baju lebih kurang sama.. tapi dah 1 family.. sehati sejiwa lah kot.. hehe.. fara yang kat belakang cekak pinggang tu..

ni baru gambar utk kategori pertama.. lepas ni fara nak buat entry utk kategori yg seterusnya.. check it out!! :-)

Contest Jom SENYUM bersama Shazny Salleh

hai semua.. selamat hari hujung minggu.. kali ni entry fara pasal contest lagi.. sorry lah.. bkn tak de cerita best nak cerita tapi hujung minggu ni memang yg paling membosankan.. semuanya gara2 nak 'BERSIH' sgt tu lah.. dah fara kena kuarantin duk rumah sebab ayah tak bagi keluar.. oik oik.. membebel plak fara ni.. ok2 fara terus cerita pasal contest ni eh.. kalau korang nak join, korang klik banner bawah ni..


hari tu, fara ada gak join contest tentang senyum ni.. tapi kalah.. mungkin tak cukup ayu kot.. hehe.. ok2 kali ni fara pertaruhkan gambar ni pulak..

~FARA~

syarat contest tu tak nak kita pakai make up kan? ni je lah satu2 gambar fara tak pakai make up. itupun sebab kat hostel tgh tunggu kawan nak gi kafe beli makanan. setakat nak turun kafe beli makanan memang fara tak pakai make up lah.. hehe..

utk contest ni, fara nak tag semua yg baca blog fara.. tapi ada 3 org yg wajib fara nak tag iaitu:


tak menang hadiah utama pun tak pe.. saguhati pun dh kira bagus.. tapi kalau menang best jugak.. rezeki kata org.. hehe... :-)

Saya Join Contest The Best Picture Of Me

hai korang.. hari ni hari jumaat kan? so, hari ni je lah masa terluang fara kalau nak update blog atau apa2 yg perlu fara buat.. sebagai permulaan, fara nak join 1 contest ni.. banner contest ni pun dah sgt menarik.. kalau korang nak join, korang klik eh..


ha, dh tgk dah.. lepas dah tengok tu, korang follow je syarat2 dia ok. owh ye, syarat dia jgn nampak muka je.. so, korang letak gambar yg penuh ye.. so, ni lah gambar yg fara pertaruhkan.. hehe..

sekarang, fara nak bagitahu kenapa fara perasan gambar ni best.. hehe.. fara rasa gambar ni best sebab ni lah gambar fara yg fara rasa paling natural sebab tak pakai make up langsung.. kalau tak, sokmo nak pakai make up jer.. hehe.. gambar ni bulan May hari tu kat Port Dickson.. dari gambar ni jugak fara perasan body fara dah makin berisi kot.. huhu..

utk contest ni, fara nak tag 3 org favourite blogger fara.. tak lain tak bukan..


yeah.. dah selesai semuanya..:-)







'DA BEST MEMORY CONTEST'

Wah, sejak dh menang 1 contest ni semangat gila nak join contest lain.. hik hik..*gelak gedik* :-p
ok2..tak payah cerita panjang jom ikut fara join 1 contest ni.. yg ni pun menarik jugak.. contest tentang memory.. setiap dari kita mesti ada memory yg best dan tak best pun ada kan? kalau korang nak join, korang klik banner bawah ni eh..:-)


ha..lepas dah letak banner tu.. apa lagi..korang letak pulak gambar yg korang pertaruhkan.. so, fara nak letak gambar ni....


sekarang, fara nak cerita sikit tentang gambar ni.. yg ni gambar fara waktu fara keluar outing dgn sepupu2 fara.. waktu ni yg berani nak lompat kitorang berempat je.. konon berani lah sgt.. hehe.. tapi moment ni sgt best sebab kitorang dh lama gila tak outing sama2. bila dapat jumpa, huru hara tempat tu dgn gelak ketawa kitorang.. walaupun gambar ni mcm simple tapi fara suka sebab kitorang rasa enjoy sgt.. padahal gi joging je pun.. miss them a lot!!

ha, tu je serba sedikit cerita tentang gambar fara. fara yg pakai baju hitam tu.. hehe.. ntah apa2 fara lompat kan? yg lain smart je.. owh ye, lepas dh letak gambar, jgn lupa tag..hm, fara nak tag 2 blogger favourite fara gak:


Korang Nak Kena Lamar Macamana Nanti?

wah.. wah tajuk entry kau fara.. bukan main lagi eh.. hehe.. saje je nak menggedik.. nak bagitahu kat cik abang kita tu mcm segan je.. so, baik bagitahu kat blog.. pas tu dia baca.. mana tahu nanti dia plan senyap2 kat kita kan? cheh, perasan tak hengat.. so, korang pun mesti ada angan2 sendri kan?

tipulah kalau korang tak imagine langsung korang nak style mcmanakan? terutamanya yg gila sgt tgk cerita korea mcm fara ni.. dlm movie2 dorang mcm2 style dorang buat kan? tapi kdg2 style dorang tu di luar kemampuan dan kawalan kita.. contohnya kalau korang nak style bf korang naik helikopeter tu.. tu utk fara mmg payah lah melainkan bf korang tu pilot or anak raja.. hehe..

tapi utk fara mmg sgt banyak dlm list.. tapi over lah kalau nak senaraikan semua kan? tapi yg paling simple.. nak tahu tak apa dia? check it out!!

1) waktu makan malam dgn family fara.. dia face to face dgn AYAH fara dan bagitahu nak lamar fara.. OMG!! i'll be crying.. seriously.. :'(

2) lamar tepi pantai mcm dlm cerita BOYS OVER FLOWERS tu.. hehe.. tapi, mcm dah biasa sgt kan?

3) buat 1 video dan buat lamaran mcm dlm video bawah ni.. wah, sgt romantik..


~agak2 EN MOHD RIZAL fara leh tak buat mcm ni?~

Once Again

Hm, korang dh tgk tak filem SEKALI LAGI? fara dah tgk hari Sabtu ari tu dgn cik abg fara kat The Curve.. by the way. before nak masuk wayang tu, ada K-pop talent show by astro hitz.. so, tgk2 lah jap..hehe..

Berbalik pada cerita Sekali Lagi tu, jalan cerita dia boleh tahan.. tapi agak slow.. fara rasa mcm nak fast forwardkan cerita tu because nak tahu what happen next, next and next.. ada gak part2 yg fara rasa tak perlu.. contoh bila Sheila (Lisa) tgk Arman (Sam) terus pengsan.. pas tu masuk hospital dia jerit2 pulak kat arman.. third scene pun mcm tu.. rasanye third scene tu mcm tak perlu dah.. org asyik tertanya2.. ni kenapa ni? rasa berdebar pun ada.. cheh, mcm dia pulak pengarah.. :-p

tapi siyes lakonan2 dorang mmg best terutama si kecik MIA SARA tu.. sangat2 lah comel.. korang patut tgk cerita ni.. kiranya 2nd choice lepas tiket ransformer tu sold out..:-(

dalam cerita ni jugak, Lisa tak cover langsung pelat huruf R dia tu.. so, nampak natural lah.. lebih2 lagi watak Bront dalam cerita tu jadi Haris.. mmg byk lah huruf R yg akan korang dgr dari Lisa.. tapi, tak kisah pun.. dia sgt cantik kan? mcm sesuai je dia dgn Sam dari Yusri tu.. cheh, pandai2 pulak..

~wah..like a perfect family right?~

psst... kalau nak tahu sinopsis cerita ni.. korang google lah eh.. nak taip mcm panjang pulak.. lepas tu takut ayat fara jadi berbelit.. dari faham terus tak faham pulak nanti.. hehe..

tapi ending cerita ni surprising.. utk fara lah.. hehe..make sure korang gi tgk ok..:-)

Wah..Excited Ni...

Korang ada baca entry fara sebelum ni tak? alah, tentang contest couple tu.. kalau belum baca, korang klik SINI taw.. ha, dah baca kan? kalau korang nak tahu contest tu dah ada pemenang.. tapi, mesti korang dah dapat teka kan siapa pemenang dia.. kalau dah tajuk entry pun mcm dah excited sangat.. mestilah CIK FARAHIN ROZDUAN pemenangnye.. fara lah tu.. fara masuk contest ni tak bagitahu cik abang fara tu sebab kalau kalah diam je ar.. ni dah menang memang excited giler nak bagitahu dia.. hehe..

Rezeki fara kali ni menang RM100 tu. so, dapat gak tambah dalam duit simpanan kitorang utk bertunang nanti.. hehe.. tq Hazirah!!

*blushing*


Once again, THANK U SO MUCH to HAZIRAH & HER BOY sebab pilih fara.. kalau korang nak tgk, korang klik kat blog HAZIRAH ye...

Saya Sangat Manja..

Hai semua.. Mengada kan tajuk entry fara hari ni..hehe..bukan apa, fara dah 2 hari demam.. siyes. dah lama tak demam mcm ni.. tonsil pulak bengkak. seksa sangat2 nak makan. tengok, bila2 masa je tuhan nak tarik nikmat yg kita ada ni kan? jadi, kita sebagai hambaNya perlu rasa bersyukur sentiasa..

berkenaan tajuk entry tu sebenarnya fara ni bila demam memang susah sikit.. sape pulak yg sakit rasa senang kan? tapi ayah fara ajar bila sakit jgn merungut sebab sakit tu dapat menghapuskan dosa2 kecil kita. betul kan? sepanjang fara demam dari semalam ni.. memang layanan 1st class.. terbaik dari ayah, mak dan adik2 fara.

mula2 ayah suruh adik lelaki fara pergi belikan strepsils dgn 100plus.. adik perempuan fara kena sediakan makanan untuk fara. bila time tidur ayah masuk bilik tanya dah makan ubat ke belum dan selimutkan fara.. hehe.. best kan? padahal umur dah 23tahun tapi perangai aduhai mengalahkan budak2.. bila cerita kat bf fara pun dia perli2 fara.. sabar je lah.. padahal dia tak sedar tu.. dia pun selalu manjakan fara..hehe.. :-p

maka, kesimpulannya.. bila sakit jgnlah kita merungut.. setiap sakit ada hikmahnya.. moga kalian semua sihat2 belaka.. PEACE!!

~Adik lelaki fara lagi sorang takde dlm gambar.. biasalah.. dh jadi photographer..hehe..~