Korang Suka Sama Atau Lain2?

Cuba korang tengok couple korang? tak kira lah sama ada boyfriend ke, tunang ke, suami ke.. asalkan tu pasangan korang bukan pasangan orang lain.. hehe.. so, korang tengok diorang tu macam mana? sama tak dengan korang? ke lain? ha, tengok cepat tengok..

Tentang sama atau lain ni, terpulang pada persepsi masing2.. ada yang suka kita sama dengan pasangan.. ada yang tak suka. macam fara dengan cik tunang ni memang lain sangat2.. masing2 ada minat yang tersendiri.. susah kot nak cari mana yang sama antara fara dengan cik tunang fara ni.. tapi, bagi fara yang lain tu yang bestnya sebab dalam hubungan kita ada kelainan yang datang dari diri masing2. takdelah sama memanjang.. sampaikan ada sesetengah couple tu, baju nak keluar date pun kena sama.. tapi selalunya couple budak sekolah yang macam tu kan?huhu..

Kalau fara dengan cik tunang fara tu, agak berbeza dari segala segi.. antaranya:

1) Simple Vs Cerewet
Yes, fara mengaku yang fara ni sangat cerewet.. terutamanya dari segi pakaian kalau kitorang nak keluar date.. macam cik gemuk fara tu.. dia tak berapa suka fara over bersiap.. kalau boleh dia on je kalau fara keluar pakai selipar jepun tu.. dia peduli apa.. tapi, tidak lah untuk fara.. bila keluar tu jugak, fara kena tahu fara nak pergi mana sebab fara nak sesuaikan baju fara dengan sekeliling fara.. contohnya, kalau event tu kat hotel.. takkan fara nak bantai pakai baju biasa2 je.. of course kita kena ada kod pemakaian kan? tapi, kalau cik tunang fara tu dia pakai lantak je.. janji dia selesa. so, kadang2 kalau fara nak keluar dengan dia.. fara jaga jugak lah baju dia... nasib lah dia nak dengar jugak.. huhu..

      

2) Kampung Vs Western
Cik tunang fara ni sangat2 lah berselera makanan kampung ni.. kalau boleh, time makan mesti nak nasi.. takde maknanya kalau setakat nak makan pizza, kfc, secret recipe semata2.. mesti kena ada nasi. tak boleh takde nasi.. tapi, fara cakap macam ni.. bukanlah fara tak suka makanan kampung.. fara pun suka jugak.. kalau setakat sambal belacan, tempoyak.. fara bedal je.. cuma, kadang2 nak jugak tukar selera.. lebih2 lagi fara suka makan macam kat Secret Recipe, kat Full House ke.. tapi, bila bab makan ni nasib lah dia tu tak cerewet sangat sebenarnya.. cuma, kita sebagai pasangan kena lah beralah jugak kadang2.. jangan asyik dia je nak beralah kan? gilir2 lah.. betul tak?

   

3)  Meehun Vs Mee
Ha, ni lagi satu perbezaan kitorang.. yang cik tunang suka makan meehun goreng.. fara pulak suka mee goreng.. haih, kalau dah kawen nanti.. fara kena masak dua2 hidangan ke sekali gus? ke campur je mee dengan meehun? sama lah jugak nanti kan? hehehe..

     

4) Ayam Vs Ikan
Fara sangat2 suka kan ikan.. fara rasa fara makan je segala ikan yang biasa kita makan kecuali ikan merah je fara kurang sikit.. lagipun, fara rasa ikan ni diet yang sangat bagus.. tapi, cik tunang suka pulak makan ayam.. kalau bagi dia seekor ayam golek tu pun dia boleh je habiskan sorang2.. haih, tengok badan lah kan? hehehe.. 

     

Tu je 4 perkara yang fara boleh senaraikan.. nanti list semua sekali tak bestlah pulak kan? macamana beza sekalipun fara dengan dia.. fara tetap sayang dia.. sebab kalau orang tanya fara kenapa fara sayang dia? jawapan fara.. ENTAHLAH.. fara rasa tu lagi baik daripada jawapan yang merapu2 dan sebab yang berjela2.. kalau kita sayang orang tu dengan bersebab, kalau hilang sebab tu.. nanti hilang pulak sayang kita kat dia.. contohnya kalau kita sayang dia sebab dia romantik.. tapi, kalau dia dah hilang mood romantik  dia tu macamana? kita nak jadikan tu alasan kita dah tak sayang dia? macam tu ke?

So, renung2 kan dan selamat beramal!! 

xoxo21:  dialelove:  gichigichigoo-essa:  monstercheesecake17:  imahistorymaker07:  msmutchie:  pushpopcolaspike:  dudeitsabi:  srhxd:  ash08:  irahngapala:  fotchiilabb:  (via x-annpeyoann) 

Contest: Gambar Suddenly

Uik, dah lama kan fara tak join contest2 ni.. tadi, tengah BW tiba2 jumpa contest ni. so, saje nak cuba try test masuk.. kalau kawan2 nak join, klik banner bawah ni taw.

 

Segala syarat2 tuan blog suruh, fara dah buat.. cuma, fara tak boleh nak follow twitter tuan blog sebab fara takde twitter.. waa.. cedih kan? tapi, harap2 dengan gambar ni dapatlah cover balik markah fara tu.. hehe..

 

Gambar kat atas ni memang suddenly betul.. ni gambar waktu fara dengan kakak2 angkat fara sambut birthday si baju biru tu kat Satay Station Ampang.. tempat tu best lah jugak.. ada keroncong bagai.. sapa2 orang Johor memang minat lah sangat lagu ala2 klasik tu.. dalam gambar ni, fara yang bekaca mata tu.. huhu.. hudoh muka dalam gambar ni.. 

OMO!! Hyun Joong Oppa!!

Sekarang ni, fara dan cik tunang fara tengah dalam mood bincang2 tentang tarikh dan persiapan perkahwinan kitorang nanti.. dalam2 tu, selit jugak idea nak cari tempat honeymoon.. cheh, gatal kan? tapi, takpe.. kita rancang je dulu.. fara ni sibuk ajak cik tunang fara tu nak pergi KOREA by hook or by crook fara nak pergi jugak.. dan disebabkan itu jugak, cik tunang fara walaupun dengan rasa rela terpaksa izinkan fara pergi MATTA FAIR hujung minggu ni untuk survey2.. ayat nak bodek tu mesti mau power ok! hahaha.. gomawo Rizal Oppa!! (^_____^)

Fara suka Korea sebab Kim Hyun Joong.. Fara suka Kim Hyun Joong sebab Korea.. cheh, benda sama je.. nak tahu kenapa fara suka sangat dia tu? jom2 usha!!

1) Badan dia yang perfect!! tak ketul2 sangat.. tak kurus sangat!!

 

2) Bila dia ketawa

 

3) Bila dia senyum

 

4) Bila muka candid

 

5) Bila muka serious

 

6) Bila muka cute

 

7) Style

 

Nak ikutkan banyak lagi fara nak senaraikan.. tapi jelous pulak cik tunang fara tu nanti.. ni belum kawen, boleh lah fara over2 minat kat Kim Hyun Joong ni.. dah kawen, jadi dosa pulak minat dia lebih2.. hehehe..

Mak Ayah Rock Giler, Sekali Tengok Anak??

Malam tadi, fara kerja malam dari pukul 12am hingga 8am kat farmasi kecemasan HKL.. ramai pulak pesakit yang datang malam tadi.. tapi, bukan pasal diorang fara nak cerita.. fara nak cerita tentang 1 pasangan suami isteri ni yang bawak 2 orang anak dia jumpa doktor sebab demam.. dalam ramai2 pesakit tu, fara sempat jugak lah usha pasangan ni.. mana taknya.. yang si ayah, memang nampak rock giler.. rambut perang tak hengat.. pakai rantai bagai.. yang si mak pulak, seksi tak hengat.. datang malam2 buta hanya pakai singlet je. adoyai, fara yang tengok pun sejuk.. dia tak sejuk ke? huhu..

Hish2, bukan pasal penampilan diorang yang fara nak bebelkan ni.. walaupun penampilan diorang macam tu, fara suka pulak tengok cara diorang layan anak diorang yang merengek sebab demam tu.. cool je masing2.. pujuk bukan main manja lagi.. ha, korang nak tahu apa lagi yang buat fara kagum dengan diorang ni?

Diorang datang lah kat fara sebab nak ambil ubat.. terkejut fara bila tengok nama kat surat ubat untuk anak2 diorang ni? ha, tahu tak apa nama dia? ha, cer teka cer teka cepat? suspen tak? hehehe.. dah jadi kebiasaan bila pesakit datang ambil ubat kitorang yang kat farmasi ni memang wajib tanya nama dan ubat untuk siapa.. so, dengan ramahnya, pasangan muda tadi bagitahu ubat tu untuk anak diorang.. kalau korang nak tahu nama anak diorang ni ialah MUHAMMAD dan KHADIJAH.. sangat simple kan nama anak diorang.. peh, respect betul fara dengan couple ni.. tahniah2!!!

Mana taknya, sekarang ramai dah pasangan muda kawen dan dapat anak.. bila letak nama anak tu macam nak bertanding2 pulak siapa yang paling best letak nama anak masing2.. kadang2, sampai terbelit lidah nak menyebutnya.. so, kawan2 nanti kalau nak letak nama anak nanti.. letak lah nama yang ada maksud yang indah ye.. nama tu memainkan peranan dalam hidup kita..

 

 

 
~nanti nak anak muka macam KIM HYUN JOONG leh tak?~

Bila Waktu Makan.. Saya Pantang....

Tiap2 hari kita mesti wajib makan kan? macam fara ni ada beberapa kepantangan fara time makan.. bukan lah maksud pantang tak leh makan itu ini.. fara bantai je semua.. tak kisah pun. cuma, time fara makan ada benda yang fara tak suka dengar, tengok dan orang buat.. nak tahu apa dia?

1) ORANG KENTUT TIME MAKAN
Peh, baik punya tengah makan, orang boleh kentut pulak.. lagi2 kalau yang bau busuk dan berbunyi kuat tu.. adoyai, patah selera fara nak makan. kadang2 sanggup berenti makan.. agak2 kalau makan dengan fara, rasa nak kentut tu pergilah jauh sikit ye.. huhu..

 

2) CAKAP BENDA KOTOR DEPAN MAKANAN
Ha, ni lagi 1 yang fara pantang.. time makan jugak lah korang nak cerita benda2 yang tak best. contohnya macam, "eh, tadi aku nampak orang muntah kat situ.." owh tidak.. fara tak mampu nak dengar.. bukan salah fara sebab bayangkan tapi mesti terbayang jugak cerita orang tu macamana.. so, tak leh nak salahkan fara.. kan? kan?

 

3) PINTU BILIK AIR/TANDAS TERBUKA
Keadaan ni selalunya jadi waktu fara balik kampung.. kalau kat kampung kan bilik air selalu dekat2 je dengan dapur.. owh, memang fara tak leh makan kalau pintu toilet tu terbukak waktu fara makan..

 

4) ORANG MELUDAH
Ni pulak selalu jadi kalau kat kedai2 makan tepi2 jalan tu.. bukanlah kat restoran... kat restoran celah mana pulak nak meludah atas jalan ni.. hish, fara tak leh blah lah.. perlu ke nak ludah kat tempat public??

 

Disebabkan pantang larang fara yang banyak songeh ni, cik tunang fara kata fara ni gedik plus poyo taw.. waa.. sentap seh...  tapi nak buat macamana.. ni diri saya.. terimalah saya seadanya.. hehehehe...:-p

" 10 Soalan 10 Jawapan "

Dah lama kot fara tak join aktiviti geng Fiq'ra ni taw.. yelah, asyik busy dengan kerja jer.. cik tunang fara pun dah bising.. dia cakap mengalahkan fara yang kena pinang dia.. ada ke dia suruh fara duk diam2 je kat rumah.. ok2.. jangan nak melalut sangat.. jom tengok apa jawapan fara untuk semua soalan2 tu.. hehehe..

~klik banner kalau nak join~

1) Dimana awak tahu kewujudan Geng fiQ'Ra?
Fara tahu waktu fara tengah blogwalking.

2) Apa tujuan awak join Geng fiQ'Ra?
Nak tambah kenalan dalam blog ni.. best ramai2 kawan ni..:-)

3) Apa nama sebenar awak? (jangan la tipu2. elok2 mak ayah bagi nama kan?)
UMMI NURUL FARAHIN BINTI ROZDUAN.. maksudnya CAHAYA KETENANGAN IBU.. ha, sedapkan maksud nama fara.. hehe..

4) Berapa umur awak tahun 2012 ni? (jujur je. buat apa nak malu)
24 tahun.. dah boleh kawen dah kan? hehehe..

5) Apakah cita2 awak selama awak hidup?
Waktu kecik nak jadi pramugari tapi ayah tak bagi.. lepas tu nak jadi nurse, tapi takut darah plak.. last sekarang dah sah bekerja sebagai PENOLONG PEGAWAI FARMASI..

6) Andai awak di fitnah sampai di heret ke penjara + hukum gantung, apa tindakan yg awak akan buat?
Doa banyak2 sebab ALLAH sentiasa berada di pihak kita kalau teraniaya..

7) Awak percaya tak rakan di alam maya?
Tak sangat kalau orang tu lelaki.. tapi kalau perempuan leh percaya lagi..

8) Awak suka cabaran tak? kalau ya, contoh cabarannya?
Suka lah jugak sebab orang kata fara ni penakut.. tapi fara suka cuba sesuatu yang baru.. sekarang ni tengah teringin nak buat BUNGEE JUMPING.. ada sape2 nak teman? hehehe..

9) Awak makan sehari berapa kali?
Ha, ni soalan cepumas ni.. fara makan lebih 5x sehari.. percaya tak? fara sangat kuat makan.. (^___^)

10) Andai kata, ajal awak sudah makin hampir, 5 perkara yang awak akan buat sebelum awak meninggal dunia?
1. Luangkan masa dengan keluarga/suami
2. Pergi tempat yang fara nak pergi
3. Tulis wasiat kot.. *wasiat kasih sayang je lah kalau harta tak banyak* huhu
4. Bagitahu family semua no akaun bank, password blog dan akaun FB
5. Tangkap gambar banyak2.



Day 14 – Who Are You?

Siapa diri kita eh? kadang2 kita pun tak kenal sangat diri kita ni.. apa lagi orang lain ye tak? tapi untuk challenge yang ke-14 ni, fara nak bagitahu siapa diri fara walaupun korang tak nak tahu..hehehe.. tapi, tak kenal maka tak cinta kan?

Fara ni memang sangat cerewet.. fara nak everything perfect dalam apa yang fara buat.. kadang2 sebab sikap fara ni selalu jugak kena sound dgn cik tunang fara tu.. kitorang ni betul2 berbeza lah.. dia tu main ikut dan je.. segala yang dia buat ikut suka dia je.. macam fara ni segalanya perlu dirancang.. memang fara tahu kadang2 orang rimas dgn sikap fara ni tapi nak buat macamana.. cuma, bila dah makin dewasa ni fara cuba ikut situasi lah.. takkan orang nak ikut kita je kan?


Dalam cerewet2 ni, fara ni agak sensitif.. cepat sangat nak sentap terutama kalau orang marah fara tak tentu pasal.. risau fara kalau dah kawen nanti duk perangai macam ni lagi.. runsing cik abang fara tu.. hehe..

Tentang diri fara ni, takdelah banyak sangat nak cerita.. orang yang berkawan dengan fara masing2 ada persepsi diorang sendiri.. so, fara pun tak tahu orang nilai fara macamana.. cuma apa yang fara tahu, orang sekeliling fara sangat suka manjakan fara.. hahaha..(^_____^)

Wordless Wednesday - Senyum

~Senyum itu awet muda ok!!~