Sahabat Itu...

Bagi fara selain keluarga, sahabat juga penting untuk kita.. betul kan? kalau tak, hidup ni tak seronok kalau takde kawan.. kita ni semua ramai kawan.. kawan ni duk bertukar2 dari mula kita kecik sampai besar. tapi kita tak pernah lupa diorang walaupun kita dah jauh dari dorang.. bila kita dah bekerja ni, kawan tetap main peranan selain keluarga dan orang yang kita cinta.. kadang2 sebab diorang kita yang sedih boleh happy, dari kecewa boleh tukar jadi lebih semangat.. 

Sekarang ni, fara rapat dengan 3 orang kawan yang sebenarnya pangkat kakak pun.. fara seronok dapat kenal dengan diorang.. nak tahu kenapa? sebab diorang ada ciri2 yang macam ni:

SAHABAT ITU BILA;

kita rasa sedih, dia yang akan buat kita gembira.. walaupun kadang2 dengan lawak yang tentu hala.

kita ada masalh, dia akan cakap.. "takpe, jangan risau..kita ada".

kita rasa down, dia akan bagi kita semangat baru.

kita rasa tersentap atau tersinggung, dia takkan pernah ambil hati dan berbaik semula macam biasa.

kita tak cakap apa2, dia akan faham apa kita nak sebenarnya atau apa kita nak cakap.

kita rasa susah, dia akan tolong kita tanpa berkira.

kita boleh cakap apa jer tanpa peduli apa yang dia akan fikir tentang kita.

dia boleh terima kita seadanya

Sebenarnya, macam2 lagi fara nak tulis.. cuma, fara nak bagitahu kat 3 kakak tu yang diorang sahabat buat fara.. (^___^)


Orang Potong Queue Ni Memang Dasar.......

Fara ni duduk kat KL.. kalau dah nama duduk KL tu, jammed memang tak dapat dipisahkan... kiranya kalau KL tu tak jammed memang tak sah lah.. so, bila dah jammed ni korang tahu lah apa yang orang selalu buat kan? ada yang bagus tu, leh sabar dan redha jer ikut jammed tu.. *macam fara..hehe* tapi kalau tak sabar tu, waktu tu kita senang sangat nak dapat dosa pun.. yang mencarut, duk maki hamun.. pas tu tekan2 hon.. tapi yang paling famous sekali mestilah potong Q.. alah, potong Q tu kereta yang selalu tiba2 menyelit kat tepi jalan nak masuk barisan balik..

Haih, fara bila bab atas jalan ni biarlah jammed macamana pun..tapi tolonglah. fara memang tak boleh blah dengan manusia yang suka potong Q ni.. perlu ke korang nak pentingkan diri sampai tahap macam tu?? orang penat2 beratur, sedap2 korang nak potong.. korang ni bengong ke apa? bila korang dah buat link korang sendiri, tu yang jadi lagi jammed.. macam korang je nak cepat.. orang lain tak.. hee, bila fara tengok orang potong Q ni, fara rasa nak sepak je muka dorang laju2.. tak sekolah agaknya.. tapi kalau time tu korang nak potong Q depan fara, memang tak dapatlah der.. memang sampai bila pun fara takan bagi.. lantaklah. fara tak peduli..

Benda lain boleh lah fara maafkan kalau bab2 atas jalan ni.. tapi bukan potong Q! giler menyampah kot dekat orang yang potong Q ni.. dari situ leh tengok orang tu perangai macamana.. serious! ubah sikap tu wahai pemandu Malaysia.. mana masyarakat kita nak maju.. 

Cara nak ubah senang jer.. jangan fikir korang jer ada kereta... jangan fikir jalan tu korang punya.. jangan fikir korang je nak cepat... fikir orang lain jugak.. maaf pada siapa yang terasa atau pada korang yang pernah buat.. tapi fara cuma cakap benda yang betul.. nak marah, marah lah.. tak kisah pun.. :-p


~kalau fara, memang tak dapatlah kau nak masuk jep..~

Kenapa Kita Bernikah?

Kenapa kita bernikah? ada sebab atau sekadar suka2.. ada yang bernikah sebab tengok kawan sendiri dah bernikah.. ada yang bernikah sebab cinta.. ada yang bernikah sebab rasa dah lama sangat bercinta.. yang mana satu pilihan korang? tapi, bagi fara.. ada eloknya kita bernikah keranaNya.. fara akui, hubungan fara dengan tunang fara sekarang dah lama sebelum kitorang ambil keputusan untuk mengikat hubungan kitorang ni.. fara kenal dia dari sekolah dan kami bercinta dah 6 tahun lebih..

Bukan senang fara nak buat keputusan untuk terima lamaran dia untuk jadikan fara sebagai isteri dia yang sah.. fara fikir mampu ke kitorang untuk bina rumah tangga yang baik? mampu ke dia untuk membimbing fara.. macam2 lagilah fara fikir.. sampai fara sendiri rasa nak menangis sebab tak tahu nak bagi jawapan macamana.. akhirnya, fara bincang dengan ayah fara.. bagi fara, walaupun ini soal hidup fara.. ayah fara yang berhak tentukan.. dia yang lebih kenal fara.. bila dah bincang2, akhirnya fara dapat satu keputusan!!

Fara pegang satu jawapan.. fara rasa yang halal itu lebih baik.. yang halal itu lebih manis.. fara tahu dia takkan buat keputusan untuk lamar fara kalau dia tak sedia.. fara kenal dia.. 

Dari keputusan tu, fara percaya.. AJAL, MAUT, JODOH, PERTEMUAN, REZEKI semua di tanganNya.. jangan risau kalau korang fikir nak kawen ni guna duit banyak.. memang guna banyak tapi kita boleh usaha.. IN SHAA ALLAH, Dia akan bantu kita..

 

Mohon Perhatian!!!

Ni fara nak bagitahu semua kawan2 fara yang beragama Islam.. mintak perhatian sangat2.. bila kita berjanji dengan kawan2 dalam mesej telefon, kita selalu tulis INSHALLAH kan? tolong hentikan tulis macam tu.. sebab fara pun baru tahu bila kita taip macam tu maksudnya 'CREATE ALLAH' nauzubillah.. kita sepatutnya tulis macam ni IN SHAA ALLAH tak kiralah dalam rumi atau bahasa arab.. kita kena tulis dalam perkataan yang terpisah barulah maksudnya DENGAN IZIN ALLAH.. 

Sampaikan pada kawan2 Islam kita yang lain ye...



Segmen : Tambahkan Followers Di Blog


Dah lama fara xjoin segmen2 ni.. maklumlah busy jer.. nak blogwalking pun tak sempat.. tapi hari ni keje fara mintak off petang, sempatlah nak blogwalking kejap.. tiba2 jumpa 1 segmen kat blog budak comel ni.. korang nak join? boleh jer? klik jer banner kat atas ni..

Syarat2 dia pun senang sangat.. cuma nak bagitahu kat adik ni yg akak tak dapat nak join twitter adik tu sebab akak ni takde akaunnya.. malas nak ada akaun banyak2.. cukup2 lah akaun maybank, akaun tabung haji, akaun ASB.. eh, ada kena mengena ke? shengal kau fara.. hehe..

Fara join segmen ni sebab saje2 jer.. manalah tahu ada yang minat nak follow blog fara ni.. setakat ni follower2 yang baik hati follow blog fara ni ada 101 jer.. cantikkan nombor dia? hehe..

Syarat last kena letak 5 link blog.. so, fara nak letak link blog yang selalu fara usha dan lihat..

1. http://lulu-pages.blogspot.com/ sebab selalu up to date.

2. http://honeykoyuki.blogspot.com/ sebab famous kot.. lagipun suka tengok fesyen dia. 


4. http://fiqracake.blogspot.com/ sebab best jugak.

5. http://najihahsahami.blogspot.com/ sebab junior fara kat kolej dulu.. hehe..

Ya ALLAH, Lindungi Mereka..

Ya ALLAH, Ya Rahman, Ya Karim, Ya Mukmin, Ya Jabar, Ya Amin selamatkanlah saudara-saudara Islamku di Gaza daripada yahudi laknatullah.. kuatkan iman mereka, kuatkan semangat mereka untuk mempertahankan Masjidil Aqsa di sana..

Doa je yang mampu kita panjatkan buat saudara kita di sana.. kita sepatutnya bersyukur sebab betapa bertuahnya kita tinggal kat bumi Malaysia ni.. :'(

Sampai kiamat yahudi takkan boleh takluk Masjidil Aqsa tu!!! jangan lupa lepas solat doakan saudara Islam kita di sana ye..




i'm crying :'(







Rezeki Kami..

Dalam bulan ni, cik tunang fara sibuk cari rumah untuk kami tinggal nanti.. kesian dia, muka asyik risau jer.. dia kata dia takut tak dapat bagi perlindungan untuk fara.. padahal fara tak kisah pun duduk rumah flat.. bukan nak banglo sangat kan.. tapi minggu lepas, dah nak jadi rezeki.. fara try godek2 kat mudah.com. tiba2 jumpa plak ada rumah nak disewa kat selayang baru.. kira takdelah jauh sangat dari rumah family kitorang sekarang ni.. 

Cik tunang fara call tuan rumah dan esoknya dia bawak fara gi tengok.. lepas bincang2, alhamdulilah tuan rumah setuju nak bagi kitorang sewa.. nak kata rezeki tu bukan apa sebab sebelum fara dan cik tunang datang tengok tu, ada je ramai lg nak datang tengok.. siap ada yang nak terus bayar.. tp tuan rumah tu kata, "anggap rezeki kamu acik bagi sewa".. kadang2 nak menyewa ni pun, tuan rumah main peranan jugak kan.. makcik tu nampak ok jugak lah.. setakat ni segala urusan kitorang berjalan lancar.. 

Rumah yang kitorang sewa tu, rumah lot biasa jer.. takdelah besar sangat. tp cukuplah untuk kitorang berdua setakat ni. selesa jugak lah..lagipun persekitaran dia pun best jugak.. depan rumah jer dah surau. dekat jugak dengan kedai runcit dan kedai makan.. syukurlah dapat jugak kitorang berlindung dari hujan dan panas. tu yang penting..

Moga kehidupan kami lepas ni akan berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan.. insyallah.. AMEEN..