Eh, Tak Boleh Pulak Ke?

Apa yg tak boleh tu? hehe.. actually dalam bulan ni fara duk memikirkan fara nak bagi habuan apa pada otak fara yg asyik fikir tentang ubat2 je.. jadi, bulan ni fara ambik keputusan utk beli DVD dan layan kat rumah.. tu je paling senang. so, fara dgn cik abg pergilah kedai cd utk cari DVD cerita yg best.. kebetulan dia pun sibuk nak cari cerita KL gangster. padahal dah tengok.. tapi tak kisahlah. janji fara dapat pow dia beli dvd.. hehe..

so, pilih punya pilih.. fara rembat lah cerita KARAK, KUNGFU PANDA dan 1 lagi cerita kartun.. korang nak tahu apa dia? korang jgn ketawa pulak sebab waktu fara nak pilih cd tu, bf fara boleh tanya fara "awak ni umur berapa tahun?". hehe.. korang agak2 fara ambik cerita apa ek? tapi cd yg fara ambik tu mmg best sebab cerita dia 7 in 1.. so, memang layan lah waktu hujung minggu..

ok.. fara tak nak story dulu cd apa yg fara beli tu.. fara nak cerita pasal ayah fara pulak bila ayah fara tengok fara beli cd tu.. balik dari beli cd tu, excited nak balik rumah.. kat bawah ni dialog fara bila dh sampai rumah..

fara : tengok ni, akak ada beli cd..

ayah: cerita apa tu?

fara : karak, kungfu panda dan BARBIE!!

ayah: barbie??? AKAK NI UMUR BERAPA NI?

hahaha.. tu lah cd yg fara beli.. barbie!! so, korang rasa boleh ke tak boleh umur 23 tahun tengok cerita barbie? fara rasa ok jer kan? takdelah pelik sangat kan? alah, fara rasa korang pun suka jugak.. cuma tak nak mengaku kan? kan? kan? yelah, takut pulak digelar tak matang.. hehe..

apa2 pun.. fara tak kisah orang panggil fara budak kecik ke.. tak matang ke.. fara tak peduli.. ini dah diri fara.. sampai org tak nak percaya yg fara ni anak sulung.. siap kata fara tipu lagi.. hello.. apa motif pulak nak tipu2 kan? so, sila lah percaya yg bahawasanya fara ni memang ANAK SULUNG.. sekian terima kasih.. hehe...

kat bawah ni antara koleksi cerita barbie yg fara suka..




nak diikutkan banyak lagi.. tapi dah malas nak google sebab dah banyak tak ingat tajuk.. hehe..

Tiada ulasan: