Korea - Everland > Dongdaemun > Seoul

Hai kawan2 sekalian..akhirnya fara muncul balik selepas busy memanjang lepas kawen itu hari. nak cerita pasal percutian fara ke korea pun tergendala disebabkan punca utamanya takde internet kat rumah sewa fara ni. tapi tak sangka suami fara memahami dan sediakan kembali kemudahan yang fara perlukan sangat sebagai seorang blogger.. *blogger lah sangatkan..* 

So, sekarang ni fara akan habiskan update fara tentang korea tu.. harap2 korang sudi lagi nak baca..:-)

Hari keempat

Pagi2 kitorang check out dari Hotel Pheonix Park. lepas habis sarapan style 'english breakfast', kitorang tunggu bas kat lobi utama. waktu tu, amek kau suhu dia -21 darjah celcius.. gila gigil waktu tu.memang berdiri sampai ketar2 lutut.

 

~fara sangat suka sup rumpai laut~

Destinasi pertama kitorang pagi ni ke Everland iaitu taman tema yang sangat popular kat sana. ala2 Genting Highland + Disneyland. memang fara excited gile nak pergi tempat ni. dari malaysia lagi memang tak sabar. yelah, fara tahu tempat ni pun sebab tengok Running Man episod Song Joong Ki jadi tetamu jemputan. hahaha.. 

Nak masuk everland tu kena naik shuttle bus yang disediakan sebab kenderaan biasa tak dibenarkan masuk di dalam kawasan taman tema tu. dah dapat tiket masuk dan peta taman tu, kitorang diberi masa 4 jam untuk marayap dalam everland. tak cukup ok 4 jam! tapi apa nak buat dah kita follow group kan? lainlah pergi sendiri. duduklah 1 hari dalam tu pun takpe.

Sebenarnya nak pergi everland ni best waktu musim bunga sebab barulah dapat tengok hiasan2 bunga dalam taman tu.memang superb! kalau nak tahu, everland ni dibahagikan kepada 5 bahagian : American Adventure, European Adventure, Magic Land, Zoo Topia dan Roller Coaster. disebabkan fara pergi musim sejuk, so fara tak pergi ke bahagian The Four Seasons Garden sebab bukannya dapat tengok bunga2 cantik pun. permainan dia memang best sangat dan memang adventure! rasa tak puas bila main sekali jer. mesti nak 2 kali. yang kelakarnya, fara baru tahu yang hubby fara tu takut tempat tinggi. kesian sangat kat dia bila fara paksa dia naik roller coaster tu. sampai pening2. sowi lah syg.. hehehe..

~kalau pergi musim bunga, korang dapat tengok macam ni~

~dalam shuttle bus nak masuk everland~





~tong sampah ni comel kan?~

~ayunan kapal ni lagi tinggi drpd genting punya!~

Selepas 4 jam, lebih kurang pukul 2.30pm kitorang berkumpul untuk balik dan pergi ke destinasi seterusnya. Dongdaemun! yeah shopping! dari everland pukul 3pm dan kitorang sampai kat Dongdaemun ni dalam pukul 4pm. sebelum kitorang diberi pelepasan untuk shopping sendiri, kitorang dibawa ke kedai cenderahati. kat kedai ni rasa sangat selesa nak berjual beli sebab pemiliknya orang indonesia. so, bolehlah tawar menawar dengan senang hati. yelah, nak ikutkan agak mahal jugak mata wang kat korea ni.. 1000 won dorang pun dah RM3 kita. kalau kat kedai ni fara dah habiskan 205,000 ribu won, cuba lah korang tukar nilai duit kita pulak. 

Dalam bangunan ni jugak semua rekaan2 designer Korea boleh dapat kat sini. so, harga baju2 kat sini boleh tahan lah harga dia. kiranya Dongdaemun ni tempat yang mewah jugak kalau nak shopping. 


Lepas habis shopping, kitorang ada dinner pulak. dalam banyak2 dinner kat korea ni, fara paling suka dinner makan Ginseng Chicken Soup ni. pergh! mamamia! marvellous! memang sedap! dalam ayam tu ada nasi dan makan dengan kuah sup yang ada ginseng. isi ayam dia memang sangat lembut. nak makan dengan chopstick pun senang. cara nak masak ayam ni pun susah sebab kena rebus selama 4 jam. so, kalau rasa nak makan ginseng chicken soup ni kena lah buat tempahan awal sebelum datang makan. 

~terbaik!~

Dah habis makan, kitorang check in Hotel Best Western Guro. hotel ni taraf 5 bintang sebab dia ada kat dalam bandar seoul. memang selesa hotel ni. kalau nak pergi bilik kita kena ada kad bilik baru boleh tekan butang lif. kalau tak, tak naik lah lif tu. so, memang takda harapan budak2 nak main lif tekan butang semua level. hehehe..

Ni sahaja aktiviti fara untuk hari keempat. nak tahu fara pergi mana lagi? tunggu next entry fara ye.