Dah Tunang Tapi Saya Nak Lelaki Macam Ni!!

Ha, macam gempak je tajuk entry fara ni kan? saje je nak bikin cuak kat cik tunang fara tu.. dia selalunya sombong sangat yang konon2 nya tak pernah jenguk pun blog fara.. dia kata blog fara entah apa2.. cedih taw.. huhu.. tapi fara rasa dia yang paling selalu baca.. agaknya lah kot. hahaha.. confident tak hengat..

Fara ni dah tunang, tapi leh tak fara nak lelaki romantik macam ni?

~romantik plus sweet sangat!!!~

~eh, tetiba sesat kim hyun joong jugak!!~

Kenapa Cincin Kawin Disarung Ke Jari Manis?

Baru2 ni, ramai betul kawan fara dah menamatkan zaman bujang diorang.. lepas ni turn fara pulak.. hehe.. bila dah tunang, kawen ni.. mestilah si gadis ni dapat cincin kan? korang ada terfikir tak kenapa cincin tu disarungkan kat jari manis korang? fara dapat info ni dari FB jugak.. saja nak share dgn korang lagi.. sebenarnya, fara ni takdelah suka sangat pakai barang2 kemas ni.. tapi bila dah baca info ni, rasa best jugak bila dah ada cincin risik dengan tunang ni.. nak tahu kenapa? ALLAH benar2 buat keajaiban kat jari2 kita ni..

Cuba korang ikut step ni :

                                                                       
                                     

1. Tunjuk tapak tangan korang, pastu jari tengah dilekuk ke dalam.. macam dalam gambar kat atas.

2. Kemudian, 4 jari lain dipertemukan hujungnya.

3. Game start!! 

4. Cuba bukak ibu jari korang, ibu jari mewakili orang tua kita. ibu jari boleh dibuka kerana semua manusia mengalami sakit dan mati. dengan maksud yang sebenar, orang tua kita akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

5. Tutup balik ibu jari korang, kemudian buka jari telunjuk korang. jari tu mewakili kakak, abang atau adik2 korang. mereka akan memiliki keluarga sendiri dan mereka juga pasti akan tinggalkan kita kelak.

6. Sekarang, tutup balik jari telunjuk. buka pulak jari kelingking yang mewakili anak2. cepat atau lambat anak2 juga akan meninggalkan kita.

7. Tutup jari kelingking, buka jari manis anda tempat dimana kita menyarung cincin perkahwinan kita. korang akan rasa hairan sebab jari tersebut tidak akan dapat dibuka.

Ha, korang nak tahu sebabnya? sebab jari manis ni mewakili suami dan isteri.. selama hidup kita dan pasangan, kita akan terus melekat satu sama lain. oleh sebab itu, carilah pendamping hidup yang dapat bersama kita selamanya..

Bagi yang perempuan, carilah lelaki yang solah yang boleh dijadikan IMAM keluarga. bagi yang lelaki carilah perempuan yang solehah yang dapat dijadikan bidadari untuk selamanya hingga di syurga.. solat berjemaah suami isteri adalah lambang di mana sebuah keluarga akan utuh hingga ke syurga ALLAH kelak..


~ ni waktu fara  disarungkan cincin tunang..(^_^) ~





Surat Cinta Yang Paling Romantik!!

Kepada _________________ calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu ibu bapa saya, calon kakak buat adik-adik saya.. Assalammualaikum.. mohon maaf kalau anda tidak berkenan. tapi, saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. baca dulu sampai selesai.. baru kemudian dibuang. saya yang bernama __________________ menginginkan anda _________________ untuk menjadi isteri saya..

Saya bukan siapa2.. saya hanya manusia biasa.. buat masa ini saya mempunyai pekerjaan tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja.. tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak. saya memang masih menyewa rumah dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamanya.. yang pasti saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan. saya hanyalah manusia biasa yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan.

Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya, untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelemahan saya.. saya hanya manusia biasa. cinta saya juga biasa saja. oleh kerana itu, saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini agar menjadi luar biasa. saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga untuk menjadi suami dan ayah yang baik.

Kenapa saya memilih anda? sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. saya sudah solat istikharah berkali-kali dan saya semakin mantap memilih anda. yang saya tahu, saya memilih anda kerana ALLAH dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah RASULLULLAH. saya tidak berani menjanjikan apa-apa. saya hanya berusaha sekuat mungkin untuk menjadi lebih baik dari sekarang ini.

Saya memohon anda solat istikharah dahulu sebelum memberi jawapan anda pada saya. saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. semoga ALLAH redha dengan jalan yang kita tempuh ini.. aminn...

Inilah surat cinta yang paling romantis fara pernah baca.. surat lamaran yang indah.. tanpa perlu kata2 janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga.. Moga 1 hari nanti kita mampu menjawab pada persoalan 

"Kenapa kamu memilih dia?"

"KERANA DIA MANUSIA BIASA"








Umur 4 bulan dah tahu Jodoh..

Ha, korang pernah terfikir tak bila umur korang 4 bulan dalam perut mak korang, korang dah ditetapkan jodoh pun.. untuk agama lain, lantak pi lah kan.. tapi untuk kita yang beragama ISLAM ni, kita kena percaya.. tu semua ALLAH dah tulis untuk kita taw.. tengok, betapa ALLAH sayangkan kita sebab dah atur semua perjalanan kita.. cuma tinggal kita je nak handle hidup kita macamana.. ni tidak, semua pakai langgar je kan? termasuk lah diri fara ni.. :-(

Bila kandungan ibu kita dah berusia 4 bulan, segalanya dah ditetapkan untuk kita.. rezeki kita, jodoh kita.. sebab tu segalanya adalah rahsia ALLAH.. kita kena uruskan hidup kita.. fara nak sebut pasal jodoh.. haih, mentang2 baru tunang.. mengada nak sebut pasal jodoh aje.. hehe.. jangan marah ye kawan2.. fara nak share je.. sharing is caring kan? bila sebut bab jodoh ni, kalau boleh kita nak jodoh yang ALLAH tetapkan untuk kita.. ni tidak, dari sekolah dah sibuk bercouple sana sini.. *ha, kan dah terkono batang hidung den ha..* waktu sekolah dulu, kita tak nak fikir ke siapa jodoh kita yang sebenar-benarnya ALLAH tetapkan? cuba korang fikir2 kan.. Macam fara dengan cik tunang fara.. punya lah dulu couple jauh2, couple entah dengan sape2, rupa2nya depan mata kita yang kita dapat.. kalau nak tahu, fara dengan cik tunang fara rumah atas bawah je.. hehehe.. tu jodoh lah kan? INSYALLAH..

So, adik2 yang sekolah lagi tu.. tak payah lah serious sangat nak bercinta ni.. bila dah masuk kolej lagi rambang mata nak pilih.. focus study.. tak payah nak pening2 fikir pasal cinta.. dengar cakap kak fara ni ha.. hehehe.. jodoh kita tak kemana.. 




Hey Girls!! Tak Payah Nak Make Up Sangat Ok!

Dah nama pun perempuan, memang kita suka sangat pada kecantikan.. terutama untuk diri sendiri kan? jangan bohong kalau kata tak suka.. kalau tak suka tu, mesti ada something wrong somewhere taw.. hehe.. bab cantik ni universal.. kita ni kalau boleh semua nak cantik.. dari segi pakaian, kasut, rumah, kereta.. boleh dikatakan semua lah.. tapi, yang paling kita obses mesti ar muka kita.. kalau boleh 1 jerawat pun taknak naik kat muka ni.. padahal, benda tu normal pun kalau setakat 1 atau 2..

Bila sebut pasal muka ni, bukan setakat bab penjagaan muka je.. tapi fara nak sebut pasal make up.. eleh, korang mesti selalu pakai make up kan? jangan nak tipu kata takde.. fara ni ha, setiap hari pergi kerja pakai make up. kalau tak pakai, nampak pucat.. nanti tak confident pulak orang nak ambil ubat dari fara.. hehe.. make up ni memang lah sangat banyak produk dia.. macam2 jenama ada sampai kita tak tahu nak pilih yang mana satu. bila tengok kawan pakai jenama ni, kita pun sibuk nak pakai.. last2 penuh 1 meja solek tu.. kan membazir namanya tu..

Make up tak salah pun.. tapi, janganlah over sampai lari dari wajah kita yang sebenar.. contohnya bila kita jumpa BF kita, salu sangat kita duk make up.. pas tu, bila kita kawen.. dia tengok true face kita.. ha, hambek kau!! kadang2 boleh buat kena tinggal tu.. yelah, sebab terkejut sangat tengok muka kita.. huhu.. fara cakap macam ni bukan apa. semalam fara tengok 1 reality show tajuk 'GUESS GUESS GUESS' ni.. dia tunjuk perbezaan orang tak make up dengan selepas make up.. pergh, beza giler!! tu yang ada peserta tu sampai kena tinggal dgn  BF dia.. kan kesian tu?

Nasib baik cik tunang fara dah biasa tengok muka fara tak make up.. so, kalau kawen nanti pun takdelah dia terkejut sangat.. hahahaha.. pada gadis2 kat luar sana tu.. bila tengok orang tu make up cantik giler, tak payah lah nak jeles sangat.. entah2 korang lagi cantik dari dorang.. tak percaya? ha, tengok gambar2 ni..








Kau Fikir Kau Badan Kurus Kau Bagus Sangat??

Hish, fara tak faham betul dengan orang yang suka sangat kutuk2 fizikal orang lain. kalau sebut pasal fizikal ni, yang pertama terlintas kat fikiran kita mesti orang yang berbadan 'sihat' atau 'chubby' kan? kalau dalam bahasa kasarnya, GEMUK!! kenapalah korang ni suka sangat nak nilai orang macam tu.. korang ingat badan gemuk ni tak cantik? tak hensem? kalau setakat body korang solid, muka korang kononnya licin tapi hati busuk macam longkang buat apa? kadang2 orang yang badan chubby ni lagi bagus dari korang.. sekurang2 nya dorang mungkin ada sifat rendah diri dalam diri dorang.. tak macam korang.. sombong tak bertempat!!

Korang ingat semua orang nak pasangan yang hensem2, solid2 je ke? eh hello, jgn nak nilai semua orang macam tu ok..  tunang fara sendiri berbadan chubby.. tapi ada fara kisah? kalau panas ke, boleh je fara menyorok belakang dia.. korang ada? takde kan... hehehe.. lagipun, fara lebih rasa selamat dengan dia berbanding dengan orang yang badan kecik2 ni.. badan besar ke kecik ke dia, fara tetap sayang cik tunang fara tu.. (^_^)

So, tak payahlah kita nak banding2 kan sangat pasal rupa fizikal ni.. tak kemana pun cantik kita tu.. semua tu anugerah yang ALLAH bagi kat kita. kalau kita kutuk fizikal orang lain yang mungkin ada kekurangannya samalah kita macam kutuk ALLAH.. betul kan? bersykurlah kita dengan kurniaan ALLAH.. sebab manusia ni tak pernah puas.. 

Lagipun, pernah je fara pergi kenduri kawen perempuan chubby ni dapat suami hensem gile.. fara pun toleh 2x.. tapi, lelaki ni tetap pilih perempuan tu.. kesimpulannya, setiap orang ada kelebihan yang akan dinilai dari pandangan mata masing2. kalau korang nak tengok cik gemuk fara ni hensem, kena tengok dari mata fara.. setiap orang tak sama kan? huhu.. ha, lagi 1 contoh.. elok je pun cik gemuk fara tu dengan fara.. fara kurus apa.. dia chubby sikit.. hehehe.. :-p

Pada yang badan berisi tu, boleh je asalkan badan sihat. lagipun, tak semestinya badan kita kena kurus melidi.. tapi, agak2 BMI dah tinggi tu.. sendiri mahu ingat taw.. :-)

~si kecik & si besar~

~nak kurus boleh, tapi jangan sampai macam dalam gambar atas ni~


Apa Barang Merajuk Ni??

Eh, macam pelik je bunyi yg konon2 nya baru sekarang ni fara nak pandai merajok.. huhu.. siyes lah korang.. kalau korang nak tahu, sebelum ni.. mana fara nak pandai majok2 ni.. fara rasa macam gedik je kalau majok2 ni.. hehe.. cowi ye terkutuk plak kaum sendiri.. jgn marah taw.. orang kata kalau majok ni mesti pompuan je kan? kalau pompuan mesti majok je? ha, dulu memang fara suka cakap besar.. majok2 tak main lah.. apa dapat? wat habis air liur orang je nak mujuk korang tu.. sebab, fara ni cepat tension dengan orang majok2 ni.. fara tak tahu nak pujuk.. kenapa fara cakap macam ni? sebab cik gemuk fara tu lagi kuat majok dari fara taw..

Bila nak pujuk tu, haih.. kan mainlah payahnya.. last2 fara buat2 tak tahu.. lagi fara nak sakitkan hati dia adalah.. haha.. sekarang, amek kau.. entah buang tebiat apa fara ni.. semalam fara dah pandai majok taw.. siap mogok ni tak nak cakap dengan encek tunang saya tu.. aik, dah majok memang lah tak mau cakap kan? hehe.. korang nak tahu kenapa fara majok? sebabnya, encek tunang dah lama tak bawak fara keluar 'berfoya-foya'.. ha, korang jgn fikir bukan2 eh.. alah, keluar date lah kata orang.. lepas tunang bulan lepas, dah lama dia tak bawak keluar. padahal, sebelum ni, fara wat relax je kalau tak keluar pun.. sekarang, sensitif sangat. mengada plus gedik kan fara ni? haha.. 

So, pada si gadis2 yang suka majok sangat tu.. tak payah lah nak seksa chenta hati awak tu teruk sangat. sikit2 sudah.. korang tak tahu betapa payahnya nak pujuk orang majok.. peh, penat woo.. hehe.. wat relax sudah.. kalau nak majok, tak payah lama2 sangat ok.. :-)

~kalau budak kecik merajok memang tomey.. orang tua majok, beruk benor rupenya..hahaha~

~kalau dah kawen, leh pujuk2 macam ni... hahaha.. 18SX..korang jangan nak tiru plak..!!~

Jeles Siut Dia Pandai Cakap Korea!!!

Eh, korang tengok Buletin Utama tak tadi? korang tengok tak part yang budak accident tu? lepas accident terus leh cakap korea dengan mandarin seh.. waa.. jeles2.. fara punyalah puas nak belajar bahasa korea tu.. pas tu, tak banyak perkataan yang fara tahu lagi.. macam cik gemuk fara, dia boleh lah tahu mandarin tu sikit sebab dia belajar kat U dia.. huhu..

Yang buat fara ketawa tu, mak dia giler pekat loghat pantai timur dia.. bila temuramah anak pulak.. memang lidah dia dah jadi loghat macam cina cakap melayu.. hehe. dia dah memang tak leh cakap loghat dia lagi. peh, tabik betul kuasa ALLAH.. padahal budak tu tak pernah belajar pun 2 bahasa tu.. rasa nak jumpe je budak tu.. macam comel je orang melayu cakap korea atau mandarin ni.. terutamanya kalau diorang dari pantai timur ni. korang pun tahu kan loghat dorang macam mana.  

Fara ni pun bakal dapat mak mertua orang besut. tapi, dia dah lama stay KL.. so, takdelah cakap loghat sana sangat.. kecuali kalau dah berkumpul adik beradik.. cik tunang fara tu pun, kalau dia nak usik2 fara atau nak kutuk2 fara.. dia cakap lah loghat sana.. ha, memang dah macam ayam dengan itik lah kalau bercakap tu.. huhu.. nasib baiklah dia lahir kat sana je, takde stay kat Besut nu ha. kalau tak, mesti dia tak dapat jumpe fara. kalau tak jumpa, takdelah kitorang bertunang. hahaha. /\(^_^)/\


~sebab dia saya nak belajar bahasa Korea.. gedik seh!!~

Day 13 – What Kind Of Person Attracts You?

Fara ni jenis tak kisah sangat.. sempoi aje bila nak berkawan tu.. cuma, fara paling senang tertarik dengan orang yang kemas dan bersih.. fara tak minat orang selekeh2 ni. kalau kau badan gemuk pun, tapi kau bersih dan kemas.. dah cukup buat fara.. macam cik tunang fara ni.. even, saiz badan dia yang XL tu.. ada aku kisah? janji dia kemas, bersih dan paling penting tak berbau.. cik gemuk kita sentiasa wangi taw.. alah, janganlah korang kata fara "time sekarang boleh lah kata wangi.. cuba dah kawen nanti".. ha, mesti korang cakap macam tu kan? baik ngaku cepat.. kalau tak, fara majok.. "huh, ada aku kisah kau nak majok?"

Lagi satu, fara tertarik dengan lelaki yang jarang nak ucap kata2 sayang dia kat kita.. tapi kalau sekali dah tunjuk memang romantik bangat.. tu pun sama macam cik gemuk kita.. ha, kalau korang pernah tengok cerita korea NAUGHTY KISS, macam tu lah perangai cik gemuk kita. susah sangat nak tunjuk sayang dia kat kita taw.. konon2 macho lah sangat.. hahaha.. tapi, tu yang buat kita lagi sayang kat dia..

Hish, asyik cerita pasal dia je.. kang, naik meluat korang baca ye tak? tahulah dah tunang.. hish, hish.. ok2.. kalau bukan dia pun.. fara tertarik dengan seseorang yang pandai ambil gambar.. alah, photographer ar.. pas tu, orang sangat ambil berat tentang fara.. bukan manjakan fara. tapi, ambil berat. cuma, masalahnya sekarang.. orang suka manjakan fara.. fara pun tak tahu kenapa.. lagi pun mungkin fara ni memang suka dimanjakan kot.. tapi perhatian eh.. bukan manja tahap gedik nak terlentok2 depan lelaki tu ok.. it's not me!! 

Apa lagi eh yang buat fara tertarik dengan seseorang tu? hm, sebenarnya tak banyak sebab fara ni bukan jenis pilih bulu punya orang.. fara sempoi je bab berkawan ni. tapi, takdelah sampai tahap nak kawan dengan orang jahat.. hehe..


~Berangan nak honeymoon macam ni dengan bakal suami~

Untungya Ada Dia..


UNTUNG KITA ADA DIA..
bila kita lapar, ada je makanan untuk kita kan?
tak kisah lah orang belanja ke..
jiran bagi ke..
tapi, perut kita tetap terisi kan?

UNTUNG KITA ADA DIA..
bila kita tidur
kadang-kadang kita tak sedar apa pun..
tidur mati orang kata..
tapi, bangun tidur tetap selamat kan?
takde pulak time tidur tu badan kita calar balar ke..
kecualilah kalau DIA nak uji kita..

UNTUNG KITA ADA DIA
bila kita lupa something,
mesti akan teringat jugak
contohnya bila dalam exam..
baca banyak2, korang ingat kalau DIA tak izinkan..
korang lulus ke??

UNTUNG KITA ADA DIA
bila kita sendirian..
dia sentiasa menemani kita..
so, jangan ingat korang tu sorang..
simpan dia dalam hati kita..

korang tahu ke siapa DIA tu?
mestilah tuhan kita yang satu..
ALLAH S.W.T

~Renung-renungkan dan selamat beramal..(^_^) ~

Setelah Bergelar Tunangan Si Dia..

Dulu, fara fikir bila dah tunang ni lagi senang. tapi, sebenarnya lagi payah ok.. macam2 nak kena jaga.. terutama bab pandangan orang ni.. terutama kalau dapat macam jiran2 fara ni.. kebanyakannya semua kepoci.. suka sangat nak dengki.. nak kata fara paling cantik kat kawasan rumah fara ni macam pelik je.. ada je yang lagi kiut miut dari fara.. hehe.. mungkin betul lah kot..*perasan tak hengat*

Bila dah jadi tunangan kepada EN MOHD RIZAL ni, memang banyak lah dugaan nya.. betul lah orang kata, bila bertunang ni banyak sangat dugaannya.. yang penyabar boleh jadi baran.. ha, fara lah tu.. asyik nak marah jer.. nasib baiklah cik gemuk fara ni penyabar.. leh layan je kerenah fara ni..

Dah bertunang, dengar macam best je kan? tapi lagi korang nak kena jaga taw.. korang tak leh nak suka2 hati nak berkepit 24 jam je.. sekarang ni pun, fara takdelah nak berkepit sangat dengan cik gemuk fara ni.. nanti apa pulak orang cakap. baru tunang dah nak menunjuk.. kadang2 mulut orang ni, benda yang kita tak buat dia leh kata kita buat. biasalah mulut orang takleh nak tutup. lain lah mulut tempayan. 

Lagi satu dugaan nya, orang yang dah bertunang ni.. soalan yang paling famous orang nak tanya "berapa letaknya?" ha, tak ke jenuh nak menjawabnya. sibuk je fara rasa. suka hati kita lah nak letak berapa. kalau letak mahal, orang tuduh mak ayah kita nak jual anak. bila letak murah, orang mengata jugak. ni yang susahnya jadi perempuan. tapi dalam banyak2 mulut jiran fara ni.. ada lah sorang pakcik ni.. dia boleh sibuk2 tanya kat bakal mak mertua fara ni, harga fara berapa.. haih, busybody betul.. ingat kita ni apa?

So, kawan2.. doakan kebahagiaan fara ye.. moga ikatan ni akan berakhir ke arah hubungan yang halal kerana pertunangan adalah satu perjanjian ke arah perkahwinan.. AMINN.. 

Jom layan gambar2 pertunangan fara.. fara ni kira untung jugak lah sebab tak payah susah2 nak tempah photographer.. adik fara kan ada..hehe.. kalau nak tengok gambar2 wedding yang best, korang klik SINI.. kalau korang nak book pun boleh jugak..hehe..*dik, akak dah promote ni..nak upah!hehe..*