Kamu Tidur Lah Sampai Esok!!!

Actually fara menaip entry ni dalam keadaan marah dan geram.. sampai menggigil tangan fara duk tekan keyboard ni.. ya ALLAH, sabarkan hati ku ni..

Korang nak tahu kenapa fara marah? fara marah kat bf fara ni ar.. janji pukul 9.30am sampai sekarang dia tak bangun tidur lagi.. pergi rumah dia pun ketuk pintu tak bangun2.. family dia semua keluar sebab kat kawasan rumah fara ni ada hari sukan penduduk.. termasuk lah mak ayah fara pun.. fara try mintak tolong adik dia, adik dia terlibat pulak dalam aktiviti sukan tu.. fara tak tahu nak buat apa.. telefon pun tak jawab.. nak nangis pun ada.. hm, ni lah perangai fara.. kalau marah je nak nangis.. hehe..

Takpelah MOHD RIZAL.. kamu tidur puas2 ok.. :-)

~comel kan?hehe~

Cakap Terima Kasih Kena Bayar..

Terima kasih, thank you, toche, nandre, syukran, merci, gomawoyo *abaikan kalau salah eja ye*.. mcm2 versi kita boleh cakap ucapan terima kasih atau hargai sesuatu pada seseorang sama ada yg kita kenal atau tidak.. sepanjang fara berkhidmat dalam perkhidmatan awam masa ni, apa yg fara perhatikan..org kita cukup susah nak ucap terima kasih.. 

Padahal korang dapat ubat free kot.. ubat yg harga boleh mencecah beratus2 ringgit.. tapi, aduhai.. payah betul korang nak cakap terima kasih.. bukanlah kitorang ni harapkan sangat tapi bila org berbudi kita berbahasa lah kan? dah lah dapat ubat free, sombong pulak tu.. eh hello, kalau dah rasa tu bagus sangat.. pergi lah ambik kat swasta.. ha, tengok.. koyak tak koyak korang nak keluar duit beratus2 hanya utk ubat korang tu. actually takdelah semua perangai mcm tu, ada jugak yg sangat baik hati.. tanya pun sopan je.. kalau 100 org perangai mcm tu, kitorang kerja pun senang hati takdelah duk sakit hati memanjang..

Walaupun hanya dengan 2 perkataan je, penting utk kita ucapkan terima kasih sebagai tanda penghargaan.. kita berterima kasih sebab seseorang tu dah bantu meringankan beban kita.. sama ada dari segi pertolongan apa pun, tak kisah siapa pun yg menolong.. terima kasih itu tetap perlu.. tak tercabut lidah tu kalau sebut TERIMA KASIH.. mulai hari ni, ringan2 kan mulut tu taw..

TERIMA KASIH ibu,
TERIMA KASIH ayah,
TERIMA KASIH guru,
TERIMA KASIH kawan,
TERIMA KASIH semua!!!






Jom Tambah Follower

Hari ni hari jumaat, so, hari ni lah hari yg paling sesuai utk fara update entry.. maklumlah org sibuk.. hehe.. 1st entry fara tentang nak tambah follower... memang sesuai sangat segmen ni dengan blog fara yg ada follower kurang dari 100 ni... cheh wah, nak 100 aje.. 50 pun tak cecah lagi.. jom lah ringan2 kan tangan korang tu utk follow blog fara eh.. MACEH semua..

~leh tak fara nak perasan kejap?hehe~

Eh, lupa plak nak bagitahu.. kalau korang nak join jugak, dialu2kan.. korang klik je banner bawah ni ok..:-)

Jatuh Cinta Lagi..

Wah.. tajuk nak gempak ni.. kalau cik gemuk kita tu tak baca habis entry ni, sah2 dia salah faham.. dah salah faham apa lagi merajuk lah dia tu nanti.. actually sekarang ni fara dah mula layan cerita korea balik.. sebelum ni asyik tinggal je.. sibuk dgn kerja lah konon.. 2 hari MC ni fara duk layan cerita PLAYFULL KISS... waa... fara cair betul tgk hero cerita ni.. 

KIM HYUN JOONG!!! SARANGHAE!! argh!! fara suka gile kat dia.. before ni layan jugak cerita korea pun, takdelah pulak sampai naik gila tgk hero cerita2nya.. tapi kali ni, pergh!! fara nak lelaki macam BAEK SEUNG JO *watak dlm playfull kiss*.. sangat2 cool.. hm, tiba2 rasa boleh stress pulak tgk cerita korea ni.. jom2.. layan gambar2 dia ye..



kim hyun joong short hair


Fara suka bila dia rambut panjang daripada rambut pendek.. bila tengok dia tiba2 rasa nak belajar bahasa korea.. hehe.. *cik fara, sila berpijak di bumi yg nyata ok!*.. macamanapun, MOHD RIZAL jugak dalam hati fara...:-)




Best Ke MC 2 Hari?

Pagi2 nak pergi kerja adik fara dah buat fara marah... entah kenapa dia pagi2 dah bad mood tak tentu pasal.. yg geramnya, fara yg jadi tempat dia lepas marah.. nak dijadikan cerita, dalam2 dia mengamuk tu.. waktu fara nak keluar pintu bilik, tiba2 dia hempas pintu bilik.. lepas tu, kena pulak hujung kaki fara.. dah lah pintu bilik tu tebal.. tapi, dalam sakit2 tu.. terus jugak keluar nak pergi kerja.. biar lah ayah fara yg uruskan mood adik fara tu.. 

Naik je motor cik abang kita tu, fara tengok darah dah meleleh2.. tapi biar je ar.. sampai tempat kerja, fara dah terjingkit2 masuk farmasi.. nak cuci sendiri, fara pun takut tengok darah.. nasib baik ada kakak2 yg COMEL lagi BAIK HATI.. kak Aimi & kak Emah.. dorang lah yg tolong fara cuci luka tu.. 

Mula2 kakak yg lain tu dah bising gak suruh gi jumpa doktor tapi fara degil.. takut punya pasal.. last2 bila masuk kaunter, 1 kerja pun susah nak buat.. fara pergi lah jugak.. jumpa je doktor, ambik kau.. kena xray bagai.. nasib baik takde apa2.. cuma doktor kata tisu je koyak.. yg bestnya doktor bagi MC 2 hari.. tapi yg TAK BESTNYA fara terpaksa cancel date dgn cik gemok... tak dapat tgk bini2ku gangster.. waa... :-(


~Kak Amy & Kak Emah tu yg tolong cuci luka fara.. Cayang Cangat~

Mampukah Kamu Pimpin Tangan Dia Lagi??

Korang baca tajuk tu, korang rasa pimpin tangan siapa? ha, jangan fikir tangan boyfriend atau girlfriend korang aje taw.. ada org yg lebih layak dan berhak korang pimpin.. mestilah MAK AYAH kita.. tau tak kenapa tiba2 fara cakap pasal pimpin2 ni? sebenarnya fara ni suka memerhati keadaan sekeliling fara.. kadang2 sementara tunggu cik abang kita ambik balik kerja, fara suka perhatikan gelagat org.. tapi takdelah terlalu obvious sgt.. nanti org perasan pulak.. hehe..

Bila tengok keadaan sekeliling ni mcm2 yg kita boleh dapat.. sama ada yang baik atau buruk.. tempat kerja fara kan kat hospital? lagilah bermacam2 kerenah yg fara boleh tengok.. tapi semalam, fara ternampak seorang ibu dan anak tu.. anak dia lebih kurang dalam umur 5 tahun kot sebab nampak dia pakai baju tadika kemas.. si ibu dan si anak tadi baru turun dari teksi.. turun2 je dari teksi, fara nampak si ibu terus je pimpin tangan si anak ni.. lepas tu terkedek2 lah si anak ni ikut gerak jalan ibu dia..

Tiba2 lalu pulak pasangan anak beranak berbangsa cina.. ibu dan anak jugak.. si anak ni dah besar lah.. tapi yg sedihnya berbeza betul dgn keadaan si ibu dan si anak yg pertama tadi.. si ibu ni bertongkat tapi si anak ni jalan laju je ke depan dan tunggu ibu dia.. apa salahnya dia jalan sekali dgn ibu dia kan?

Dari pemerhatian fara tu.. jasa ibu pada kita sangat berbeza dengan apa yg kita balas.. si ibu mampu memimpin tangan kita dari kita masih belum mampu berjalan sendiri hingga kita pandai berlari.. tapi kita? ibu kita yg seorang tu kita tak mampu nak pimpin tangan dia..

So, kawan2..walau kita sudah berjaya setinggi mana pun.. jangan pernah lupa pada ibu yg selalu memimpin kita.. tak salah sekali sekala kita pimpin tangan mereka ketika bersama mereka kerana mereka lah yg selalu memimpin kita..*uik, mcm banyak sangat pulak perkataan mereka*.. tapi fara pun jarang pimpin tangan mak fara melainkan waktu lintas jalan.. itupun fara rasa mak fara yg pimpin fara..:-(

5 Pagi Punya Cerita..

Assalammualaikum kawan2...apa khabar semua? fara baru balik dari Langkawi hari ahad lepas..badan penat memang takleh nak cakaplah sebab dgn naik feri lagi, naik bus lagi..aduyai..yg tak leh tahan fara ni mabuk laut.. nasib baik ubat tahan muntah dah prepare awal2.. farmasi lah katakan.. hehe...

Balik dari Langkawi, sampai HKL pukul 9 malam.. dari HKL cik abg kita ambik.. balik je rumah, tak kemas2 apa2, terus mandi dan tidur.. sebelum tidur, kunci jam siap2 pukul 6.15am sebab pagi Isnin fara kena buat P1. kiranya masuk pukul 7.30am lah..

Bunyi jam, fara bangun mcm biasa.. tapi, tak tau kenapa memang ngantuk sgt.. fara fikir mungkin sebab badan penat.. fara pun mandi lah mcm biasa.. lepas siap2, sapu bedak, pakai body spray, pakai perfume *perlu ke nak bagitahu semua* fara gi bilik mak ayah fara utk salam dorang.. tapi mcm pelik jugak lah kenapa mak ayah tak bangun lagi ni.. selalu mesti dorang dah bangun sebelum fara.. dah salam2 tu, fara nak pergi bukak pintu..tiba2 ayah fara panggil.

"Akak nak pergi mana tu?"

"Lah, pergi kerjalah ayah.."

"Akak, pukul 5 baru.. apa yg awal sgt nak pergi kerja.."

Fara muka2 blur tgk jam handphone.. cormfirm pukul 7 dah.. kenapa ayah kata pukul 5 pulak.. lepas tu, fara tgk ar jam dinding.. tak puas hati jugak.. last2 ayah bagi handphone dia dgn mak.. sah memang sah baru pukul 5 PAGI.. owh tidak.. tipah tertipu.. fara pun check lah handphone fara balik.. apa masalahnya sampai 'beliau' menipu fara ni.. rupa2nya tarikh yg di set adalah 1 JANUARI 2000... fara fikir jugak bila masa pulak fara duk usik2 setting handphone ni.. lepas tu, baru lah teringat yang malam before fara tidur tu.. handphone jatuh katil.. bateri semua terkeluar... fara betulkan je mcm biasa tanpa set tarikh dan masa.. itu sebab fara tertipu bangun awal.. fara bangun 6.15 tu rupanya pukul 4.15.. hehehe.. tak pasal2..

~Fara benci bunyi jam loceng sebab tu tak suka guna jam loceng~


Nak Ambik Ubat Tu, Ambik Ubat Je..

Assalammualaikum... hari ni fara berpeluang utk balik awal sebab takde latihan menari dan takde OT.. wah, seronok2! tapi, korang nak tahu.. hari ni ramai giler org ambik ubat kat farmasi.. non stop weh dari pukul 7.30am hingga 5pm... tu belum kira siapa yg kerja malam lagi.. aduyai.. stok ubat kat kaunter pun berulang2 kitorang kena topup disebabkan terlalu ramai orgnya.. penat betul.. tambah2 fara tengah sakit pinggang ni.. *dah mcm org tua dah*


Owh ye, tadi ada ramai gak abang2 polis yg datang ambik ubat.. HKL tu memang PULAPOL selalu hantar dorang punya pelatih *eh, betul ke panggil pelatih?*. lebih2 lagi waktu kes adenovirus tu.. eh, fara nak cerita 1 benda ni.. tadi, ada budak sekolah tu datang ambik ubat.. dari jauh duk tersengih2 dah.. dah bagi habis semua ubat, last2 dia leh tanya beberapa soalan yg fara malas dah nak layan.. kata setia pada yg 1 kan? hehe.. ni lah yg budak tu tanya:

Budak : kak, ada no telefon?


Fara    : takde


Budak : kak, ada Facebook tak?


Fara    : takde jugak


Budak : Hish, kampung betul akak ni..

Slamber badak je budak tu kata fara kampung.. eh hello.. dia ingat yg takde telefon, takde facebook ni org kampung ke? ok.. malas nak layan.. NEXT!!!

p/s: saya tak mahu nakal2 sebab saya ada... ha, cepat2 scroll ke bawah..

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

~INI FARA DAH COP~ (^_^)

Wordless Wednesday - Besar Ke Kecik?

Growing Up

bila kecik nak jadi dewasa..bila dah dewasa nak jadi kanak2... 
miss my childhood...:-(

Dalam Minggu Ini..

Assalammualaikum kwn2.. ni update entry fara yg paling ringkas.. fara nak bagitahu dlm minggu ni fara mungkin jarang update entry sebab fara dah mula latihan menari.. aduyai, penat lah.. next week nak perform kat Langkawi.. nanti, fara ada masa terluang fara update blog fara ni..

Rindu kamu semua!! jaga diri ye kawan2..:-)

Macamana Nak tahu Org Tu Rindu Kita Eh?

Hello kawan2..hm, mentang2 cik abang fara tak balik lagi dr kampung.. duk sebut pasal rindu je kan?hehe.. tapi sebenarnya, fara nak bagitahu korang 1 rahsia.. rahsia ni fara dapat dari ceramah Datuk Dr Fadzillah Kamsah mengenai jodoh dan cinta.. yelah, mesti korang pernah alami situasi di mana korang suka seseorang tapi seseorang tu tak suka pulak kat korang.. yg lebih haru, korang tak pernah luahkan pun perasaan korang tu..

Ha, korang boleh cuba cara ni.. nak tahu apa? TELEPATI.. korang pernah dgr tak? mesti korang pernah dgr kan? tp, korang tahu tak maksud dia? meh sini, fara nak bagitahu.. telepati ni ialah perhubungan yg berbeza dari segi normal tetapi ia mampu dilakukan oleh semua org termasuklah kita semua. dgn hanya menggunakan minda, kita akan dapat berhubung dan menyampaikan informasi di antara satu sama lain bergantung kpd persekitaran kita waktu tu.. telepati ni merupakan sebahagian drpd ESP iaitu persepsi luar jangkauan atau deria ke-6.

Telepati ni berasal drpd perkataan 'Tele' yg bermakna 'jauh' manakala 'pathos' membawa maksud 'perasaan'.  ianya 1 kemampuan seseorang utk merasakan sesuatu dari jauh.. hm, korang faham ke tak eh apa yg fara tulis ni.. ok2..takpe.. fara bagi 1 contoh..contohnya korang nak ckp sesuatu dgn kwn korang tapi tiba2 kwn korang tu ckp benda yg sama sebelum korang cakap.. ini menunjukkan kekuatan telepati telah berfungsi mempengaruhi saraf2 refleks kita.. secara ringkasnya telepati ialah perhubungan antara minda dgn minda.. ha, amacam.. faham tak?

Menurut Datuk Fadzillah pulak, contohlah korang rindukan sgt kat seseorang tapi korang tak tahu nak bagitahu mcmana.. cuba korang fikirkan org tersebut.. sambil tu korang berdoa.. INSYALLAH rindu korang akan sampai pada org yg korang rindu tu.. fara takde yakin sgt benda ni 100% akan berhasil tapi fara pernah jugak mengalami peristiwa2 ni di mana korang tak perlu nak bagitahu tapi org tu akan faham sendiri.. :-)

Di antara pengalaman fara, sebagai contoh.. adik fara yg waktu tu tgh belajar kat ipoh dah kehabisan duit poket tapi dia takut nak mintak.. jadi, dia takdelah makan sgt.. so, korang nak tahu.. waktu tu dlm seminggu jugak sebelum adik fara call nak mintak duit.. fara dan family semua tak lalu makan..;-( 

Alah, benda2 ni selalu jugak jadi kat kita.. tapi mungkin kita yg tak pernah perasan.. ni je sedikit info yg fara dapat kongsikan bersama.. mana yg kurang tolonglah tambah2kan.. :-)


Ada Perkara Yang Kita Tak Perlu Kata Apa2...

Ya, hanya dgn senyuman kita dapat 'berbicara' dgn sesiapa pun walaupun kita xkenal mereka tu siapa..


~Kerana mereka aku masih tersenyum~



What??Cancel??

Wuuuuuuuu.. fara tgh sedih ni.. sepatutnya hari ni fara pegi jalan2 dgn cik gemok fara.. yelah, dlm bulan puasa hari tu mana ada kitorang gi dating.. tapi tiba2 cancel plak.. dalam rancangan, dia akan balik dari kampung hari ni tapi tak jadi plak.. :-(

Apa perasaan korang kalau korang dah excited gile nak keluar tiba2 cancel? dalam kepala tu dah fikir mcm2 apa korang nak buat, nak makan apa kan? mcm kes fara ni lah.. dalam kepala ni dah rancang nak makan ice cream Baskin Robbins.. lepas tu nak tengok wayang.. nak beli kasut kerja baru.. tapi, semuanya tangguh... fara siap dah fikir nak pakai baju apa.. yelah, baju raya banyak tak terpakai lagi.. huhu..

Tiba2 pagi lepas Subuh dapat call.. cik gemok saya tak jadi balik hari ni sebab atok dia sakit masuk hospital.. keadaan agak tenat jugak lah.. so, sebagai seorang yg berfikiran matang dan rasional *hek eleh,matang ke?* fara takdelah nak marah.. ko gile ke nak mengamok sebab atok dia sakit.. wat kena tinggal jer.. kalau korang marah jugak maksudnya korang tak matang atau yg lebih kasar korang gile... hahaha.:-p

Apa2 pun, harap2 minggu depan jadilah sebab 16hb fara pergi Langkawi sebab kena menari kat sana.. Owh ye, kes fara ni ada jugak terjadi kat sorang blogger ni.. kes yg lebih kurang jugak lah.. kalau nak usha, klik SINI ok..:-)

~Org kata muka kami serupa..betul ke?~



Apa Yang Kurang?

Fara nk tanya korang lah..sepanjang umur korang makin meningkat nie..ape perasaan korang tntang hari raya? best ke x best?

Fara dh tak rasa kemeriahan hari raya ni sebab makin lama fara hilang orang2 yg fara sayang di sekeliling fara. terutama arwah opah fara *sebelah mak*..siyes..kehilangan dia mmg terasa tahap gaban punya.smpai sekarang fara masih rasa dia tggu tiap kali fara nak balik kampung. dari kecik sampai besar, mmg dia yang paling rapat dgn fara. waktu fara dapat sambung belajar bidang farmasi ni dulu, habis heboh satu kampung dia cerita walaupun dia takdelah paham sgt kot.

Fara ingat lg..kuih feveret fara yg dia tak pernah lupa buat..KUIH SIPUT..hm,korang tau x? alah yang bentuk dia mcm siput tu lah..takkan korang tak tau kan? kalau korang tak tau...ni ha gmbar dia..


~so,kenal kan kuih ni?~


So,berbalik pada cerita fara td..tiap kali fara tgk kuih ni..gerenti fara teringat arwah opah fara. 2,3 hari sebelum nak raya..mesti dia dh siapkan awal2 utk fara..bila fara balik kampung, dia dh siap asingkan dlm tupperware lain. so, jgnlah harap sesiapa nak ambik. kalau duit raya pun, mesti fara yg dpt lebih. walaupun mcm tak adil utk sepupu2 fara yg lain..tp nak buat mcmane..lain org lain cara kan? hehe..lepas opah, atok fara pulak menyusul..so, kemeriahan tu fara dh tak dapat rasa melainkan dgn ahli keluarga fara..dgn ayah, mak dan adik2 fara.. tapi mujurlah walaupun opah dan atok fara dah takde, adik beradik mak fara tetap balik ke kampung..

Macamanapun, fara masih ada lagi sorang opah*sebelah ayah* yg tetap fara sayang..:-)

~Credit to my adik for this picture~

Pergi Tambun Duit Nak Bertambun Lah Jugak!!

Hari raya pertama, fara dah pulun habis raya rumah2 saudara mara fara yg terdekat sebab hari raya kedua nanti fara dgn adik2 serta cousin fara dah ada agenda yg tersendiri.. hehe.. kitorang nak 'melawat' LOST WORLD OF TAMBUN!! teruk kan? hari raya sepatutnya pergi ziarah rumah saudara mara tapi fara plak pergi sana.. tapi, tak kisahlah.. hehe..

Pagi2 kitorang bangun, sarapan semua.. lebih kurang pukul 10 kitorang gerak ke Ipoh.. fara pergi dgn 1 kereta je.. fara 4 beradik dgn 2 org sepupu fara.. bila sampai sana, kitorang budget dalam 30 lebih lah tapi korang nak tahu berapa? harga utk dewasa ialah RM45 dan kanak2 RM38. tapi, kalau agak2 tinggi korang kurang dr 90cm dipersilakanlah masuk dgn percuma.. hehe..

Mandi kat sini bestlah jugak.. dia mcm taman tema air dalam zoo negara sebab kat dalam tu ada jugak binatang2 yg korang boleh lawat.. ada 1 bahagian pulak mcm ala2 Genting.. alah, yg ada buaian pusing2 tu.. korang boleh nak jalan dalam tu sama ada dlm pakaian korang basah atau kering.. disebabkan tempatnya yg luas, ada jugak disediakan shuttle *betul ke ejaan ni* bagi korang yg tak larat nak jalan tu.. alah, shuttle tu yg mcm bas tu..

Tapi, 2 benda lah fara nak pesan.. kalau korang sewa pelampung make sure korang jaga leklok sebab ada jugak org yg panjang tangan nak ambik kalau korang biar mcm tu je.. mcm kitorang lah.. 2 kali lah adik fara dgn sepupu dia duk mencari pelampung org ambik.. kalau korang terror mesti korang jumpa balik sebab setiap pelampung tu ada nombor yg sama dgn tag tgn korang.. kalau tak jumpa melepas lah duit deposit korang.. ha, lagi 1.. korang tak leh bawak makanan luar masuk dlm.. so, diingatkan bawaklah jugak duit banyak2 sebab mcm biasalah... harga makanan dorang mahal..

kitorang habiskan masa kitorang sampailah tempat tu tutup jam 6 petang.. kalau tak, rugilah bayar mahal.. hehe..  pada sesiapa yg belum pergi tu, trylah pergi..:-)



~Racoon~

~Hamster~


~kucing hutan~




Raya Pertama Dan Kawen..

Selamat Hari Raya kawan2..hari ni baru fara berpeluang utk update blog fara ni.. raya punya pasal, nak update pun tak sempat.. maklumlah kampung fara tu line telefon pun susah nak dapat inikan pulak line internet.. memang jenuh ar nak menunggu dia loading.. lagipun semalam fara dah mula kerja..

Raya kali ni, fara excited taw.. nak tahu kenapa? sebab tahun ni fara berpeluang utk bagi duit raya kat budak2... walaupun tak banyak tapi bolehlah.. fara tak lupa jugak bagi duit raya kat mak ayah fara dan adik2 fara.. serious. rasa seronok plak.. tapi, tak taulah kalau tgh bujang je yg seronok.. yelah, tak payah nak fikir beban mcm2.. kalau dah kawen mcm2 nak kena fikir.. hehe..

Ha, sebut pasal kawen ni.. fara balik kampung, aduhai balik2 soalan yg sama fara terima. sampai naik jemu nak menjawabnya.. buat apa lah tanya fara soalan2 tu.. bkn fara yg kena masuk meminang boyfriend fara tu kan? korang nak tahu fara jawab apa bila org asyik soal soalan yg sama je? ha, fara jawab:

"ALLAH TAHU BILA MASA YG TERBAIK UTK NURUL KAWEN"
*nurul tu panggilan utk family*

Bukannya fara tak nak kawen.. tapi relax lah dulu kan? kdg2 sedih tu ada lah jugak.. ramai gak kawan2 sebaya dah kawen.. tapi bila fara tengok diorang, dari situ fara tahu fara perlukan persediaan lagi.. persediaan dari setiap sudut.. kita kawen bukan utk sehari dua tapi selama2 nya.. INSYALLAH..

Owh ye, tak payah lah fara bebel lagi pasal kawen ni kan? korang layan lah gambar2 raya fara utk tahun ni.. warna TURQOISE.. korang warna apa plak?:-)

~My happy family~



~2 sister in da house~



~Kami 4 beradik~





~My lovely parents~