Rasanya Perlu Ke Ada Istilah Hipokrit?

Apa yang kawan2 tahu tentang hipokrit ni? utk fara, hipokrit ni macam berpura2.. merujuk kamus dewan pun, hipokrit bermaksud "orang yang berpura2 berkelakuan baik atau orang yang memperlihatkan keadaan diri yang berlainan dari yang sebenarnya.. dalam kata nama lain MUNAFIK.."

Maksud munafik korang tau tak? munafik pulak ialah seseorang yang berpura2 beriman kepada ALLAH tetapi sesungguhnya mereka kafir serta ingkar kepada ALLAH & RASULNYA.. antara ciri2 nya adalah jika berbicara, mereka berdusta. jika berjanji, mereka mungkiri. jika diberi kepercayaan, mereka khianati..

Bila nak dibandingkan maksud hipokrit dan munafik ni, fara tak tau lah dorang ni ada persamaan ke tidak.. tentang munafik tu, korang try lah google kat sumber lain eh.. sumber yg lebih arif.. fara tak mahu cerita tentang sesuatu yg fara kurang pasti.. sekarang ni, fara nak bagitahu apa yg fara faham tentang hipokrit ni..

Tapi, kalau difikirkan balik.. fara rasa takdelah hipokrit ni teruk sangat sebab cuba korang fikir kita akan berpura2 menjadi orang lain sebab apa? sebab kadang2 kita nak menyesuaikan diri dengan sesuatu keadaan kan? sebagai contoh, korang jumpa bakal mak ayah mertua korang.. mestilah korang tunjuk diri korang yg terbaik kan? takkan nak tunjuk perangai yg tak bagus.. so, itu nak dipanggil hipokrit ke? lagi satu, kalau korang kat sesuatu majlis formal.. pergi plak makan kat hotel.. korang nak buat ke perangai korang mcm kat kedai mamak tu? siap bersila atas kerusi? so, itu hipokrit ke?

Jadi, korang jangan lah suka suki je nak panggil org tu hipokrit ke apa kalau korang kenal perangai dorang yg lain tu sebab mungkin dia tengah sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.. don't judge a book by it's cover.. don't judge a person by his appearance..

Macamanapun, istilah hipokrit ni ada mcm2 maksud dari pandangan yang berlainan.. kita sendiri yang kena bijak menilai..:-)












Day 6 – A song to match your mood.

Fara ni suka sangat dengar lagu.. tapi lagu yang kadang2 fara rasa match dengan mood fara ialah lagu yg jenis seksi kot.. hehe.. antaranya lagu HOT ISSUE.. rasa mcm hot giler..hehe.. *nak perasan jap*


disebabkan fara suka menari lagu2 catchy ni, fara dengan geng2 menari fara nak bawak lagu ni next performance kitorang nanti.. :-)

~I LOVE THIS SEXY BOY!!!!~

Wordless Wednesday - Faham


Jangan harapkan orang lain nak faham diri kita selagi kita sendiri tak faham diri sendiri..:-)

Kamikaze Naik Atas Waktu Musim Hujan

Haha.. apa yg kamikaze nya? korang rasa apa? hehe.. sekarang ni kan musim hujan.. bila petang je hujan.. lebat pulak tu.. fara dengan kawan2 kerja fara, *actually pangkat kakak dengan abang* rancang pergi cuti sama2.. tapi takdelah jauh pun.. pergi Genting jer.. tapi, yg buat harunya.. kitorang pergi waktu musim hujan..  budget tak dapat main sebab waktu naik skyway tu hari dah mendung.. nasib lah kitorang bertuah sebab sampai sana hujan jadi tak jadi jer.. dapatlah main gak.. hehe.. Fara malas nak cerita banyak, korang layan je gambar2 kat bawah ni ye.. yg pasti, memang syok bangat fara keluar dengan kakak2 ni.. love them!!


 

 


 



 

Day 5 – What Makes You Different From Everyone Else?

Setiap org akan mempunyai personaliti masing2.. tapi ada jugak org yg suka sangat sibuk nak jadi org lain.. sibuk nak ikut org itu dan ini.. kadang2 tak nak ukur baju kat badan sendiri.. so, personaliti korang mcmana pulak?

Prinsip hidup fara simple je.. HAPPY LAH SELAGI KORANG HIDUP.. betul tak? buat apa korang nak moody2.. xbest woo... prinsip ni yg fara rasa fara lain dr org lain.. kadang2 memang fara ada masalah, tapi fara tak suka terus pendam.. duk nak sedih memanjang.. kalau fara bergaduh dengan boyfriend fara pun, dia lagi moody dr fara. hehe.. fara tak moody bukan bermaksud fara tak sayang. cuma fara tak reti kalau duk nak fikir je masalah yg kita ada. 


Lagi satu, fara tak tahu nak marah lama2.. macamana fara benci sekalipun seseorang tu, fara tak tahu nak bagi layanan macamana sebenarnya.. kalau fara marah sekalipun, fara akan marah tak lebih 10 minit. kadang2 cik abang fara tu ada gak buat fara hangin jer, contohnya dia dtg lewat 1jam.. kalau korang, mesti korang marah sampai nak mogok tak nak cakap kan? tapi fara ni, tak sampai beberapa minit elok dah.. tu yg cik abang fara naik lemak tu.. hehehe..


Musuh? kadang2 musuh ni datang tanpa kita undang pun.. kita tak cari pasal dengan orang.. orang tu duk sibuk cari pasal dengan kita.. kita pun tak suka nak ada musuh kan? buat serabut hidup.. cuma, hidup fara ni fara tak tahu kenapa ada je orang duk nak dengki.. ha, inilah salah satu sikap yg cik abang fara duk bising sangat.. nak tahu kenapa? sebab kalau musuh fara mintak tolong fara pun, fara akan cuba jugak tolong.. *berdasarkan pengalaman*


Semua personaliti tu yg fara cerita kat atas tu, apa yang fara nampak pada diri sendiri.. kalau bagi pihak orang lain pulak semua kata fara ni manja.. perangai macam budak kecik.. lepas tu, semua tak percaya yang fara ni anak sulung.. yang paling bangga ramai kata fara mcm student tak macam gaya orang bekerja.. bangga seh.. *perasan jap*


Sebenarnya, macamanapun personaliti kita.. kita yang perlu corakkan diri sendiri.. ibu bapa sebagai cermin kita waktu kita kecil tapi bila dah besar, kita dah pandai nilai mana yg baik dan buruk.. so, utk fara.. sikap anak2 yg dah dewasa tak boleh disamakan dengan perangai ibu bapa sebab kalau bapak tok imam tapi anak mcm 'syaiton' tak adil jugak kan kalau nak disamakan? 

Boys & Girls Don't Be Selfish Ok!!

Fara nak tanya korang something? korang ada boyfriend atau girlfriend tak? kalau ada, macamana korang layan dia? bila bab2 couple ni, benda pertama yang akan terlintas kat kepala fara.. "KORANG CONTROL DIA TAK?" mesti ada punya kan? tipu kalau cakap takde.. alah, mesti korang ada suruh2 dia report kalau dia nak pergi mana2.. actually, fara ok je kalau setakat nak bagitahu kita ada kat mana2.. cuma, kalau dah sampai tahap control mana2 pun tak boleh pergi.. tu fara memang menyampah..

Fara tengok ada sesetengah pasangan tu tak bagi bf/gf dia nak lepak dgn kawan2.. eh hello, dorang tu kawan lebih lama daripada couple dgn korang.. apa hak korang nak sekat dorang.. pleaselah.. perangai korang yg mcm tu memang annoying sangat2.. apa salahnya kalau pasangan kita tu nak sedikit ruang utk diri dorang.. tak perlu lah nak berkepit dgn korang 24 jam.. tak perlu jugak nak mesej 24 jam.. tapi, jangan lah sampai tak contact langsung.. tu dah bahaya taw..

Bila dah bercinta tu, jangan sekat kebebasan diri sendiri.. get some space.. jangan dah bercinta menyebabkan korang hilang kawan.. serious, bila korang bagi ruang utk pasangan korang.. si dia akan lebih sayang dan hormat kita.. so, takdelah dia serabut.. mana nak jaga hati korang, nak jaga hati kawan lagi.. kalau korang perasan, bila korang duk sibuk nak control pasangan korang tu.. ini tak boleh, itu tak boleh.. tu dah sebabkan si dia tu hilang kawan.. korang suka ke pasangan korang tu hilang kawan?

Jangan nak pentingkan diri sangat.. adil lah utk diri masing2.. bila korang tahu hormat hak peribadi masing2.. INSYALLAH.. hubungan korang akan berjalan lancar.. tapi yg penting kena ingat, korang bila dah diberi ruang sila lah jaga batas diri.. jangan mengada2 nak main kayu tiga pulak.. 


Actually fara TAK SUKA pun bila couple pakai baju sama ni.. rasa mcm budak2.. tapi bila tgk gambar atas ni rasa mcm comel lah pulak.. ke sebab hyun joong fara rasa comel?:-)


Day 4 – Your Favorite Photograph of Your Best Friend

Korang mesti ramai kawan baik kan? xdelah sorang je kan? sekurang2 nya kawan baik korang tu lebih dari 2 orang.. betul tak? yelah, sepanjang kita hidup kita berkawan dengan ramai orang.. dari kita tadika sampailah kita bekerja.. setiap perubahan masa tu akan mengubah setiap kehidupan kita.. bila tadika, kawan baik kita si A.. bila masuk sekolah rendah kawan baik kita si B.. begitulah seterusnya.. 

Macam fara jugak, fara ramai kawan baik.. tapi yang fara pelik bila fara semakin meningkat dewasa, kawan baik fara semuanya pangkat kakak2 utk fara.. tapi fara suka.. hehe.. challenge no 4 fara ni, fara nak letak salah satu gambar kawan baik fara.. yg ni kawan baik fara waktu fara belajar accounting sebelum fara sambung belajar farmasi.. she's one of the best friend of mine.. nama beliau hidayah tapi panggil AYID.


~baju pink tu fara, yg sebelah pakai spec tu ayid~

Petua Perut Taknak Buncit..

Entry ni khas utk gadis2 yang mungkin ada masalah buncit ni.. fara bukan nak bangga lah.. tapi fara memang takde masalah pembuncitan pada perut ni.. tapi tak tahulah kalau dah kawin nanti..hehe.. ada jugak kawan2 fara tanya fara pakai lotion apa bagi perut tak buncit.. fara makan bukan main banyaknya sampai kawan2 fara kata fara ada 'bela' sebab makan banyak perut tak buncit.. utk pengetahuan kawan2, fara tak guna apa2 lotion pun.. mungkin cara fara makan kot.. tapi, fara tak tahulah betul ke tidak sebab saje je fara share..

1) JANGAN MAKAN BERSULAM AIR
satu sikap fara, bila fara makan fara takkan selang kan dengan air terutamanya air berais.. fara akan minum sebelum fara makan.. bila kita minum sebelum makan, ia dapat meningkatkan metabolisma kita.. maka, bila metabolisma meningkat.. makanan akan cepat hadam... *kalau salah, tolong tegur fakta ni*


2) JANGAN MINUM AIR LEPAS MAKAN
kalau makanan fara tu pedas macamanapun, fara akan cuba elak minum terus lepas makan.. melainkan betul2 pedas yg fara tak boleh tahan langsung, fara akan minum sikit.. selalunya fara akan tunggu dalam setengah jam lepas makan baru fara minum.

3) ELAK MINUMAN BIKARBONAT
air gas yg ada gula yg sangat banyak ni akan buat makanan digubah menjadi lemak dengan lebih cepat.. tu yg perut buncit..


4) JANGAN MAKAN GELOJOH
makan laju2 boleh buat udara tertahan dan tersekat dalam usus dan membentuk gas lalu buat perut kita rasa penuh. makanan yg tak dikuyah dgn lumat susah utk hadam dan hasilkan gas2 yg buat perut kita buncit.. sebab tu fara bab makan selalu ketinggalan sebab makan lambat.. bf fara pun kadang2 bebel bila tunggu fara makan..


5) MAKAN BUAH BANYAK2
pergh, bab makan buah-buahan ni memang favorite fara terutamanya pisang.. buah yg bagus cthnya buah epal sebab kandungan air yg tinggi dan dapat elak perut buncit..


6) BERSENAM
ha, ni yg banyak org kita malas nak buat ni.. alasan sibuk dengan kerja lah, kuliah lah.. alahai, sabtu ahad takkan lah tak dapat nak luangkan masa sekurang2 nya 1 jam.. mcm fara ni kurang minat bersenam.. so, fara menari.. yo yo.. shake your body!! hehe...


~layan lagu ni.. shake it! shake it!~





Day 3 – Your Idea of The Perfect First Date.

Hari ni fara nak luangkan masa sekejap utk buat challenge no 3.. bila sebut pasal date.. apa perkara pertama terlintas kat fikiran korang? fara selalu bayangkan lelaki tu seorang yg romantik tapi bukan jiwang2 ok.. romantik melalui perbuatan yg paling fara suka.. suka sangat2 lah..

1st, fara nak dia pakai smart2.. ala2 korean gitu.. tu yg paling penting..takkan nak selekeh2 kan? walaupun hakikatnya fara terima si dia seadanya.. hehe..

~hanya angan2 semata..hehe~

Yang bestnya, bila fara masuk kereta ada sejambak bunga ros.. kalau boleh nak warna merah.. 


Lepas dah dapat bunga tu, fara nak dia bawak fara pergi tepi pantai atau pulau.. Pulau Langkawi ke, Pulau Jeju ke.. *nak jugak kat Korea tu kan?* alah, mcm cerita BOYS OVER FLOWERS tu.. hehe.. kat pulau tu, dah ada meja makan dia sediakan.. wah, best2.. 


Tapi, date yg mcm ni fara nak buat lepas khawin nanti bersama hubby tercinta.. INSYALLAH..AMINN.. kalau waktu couple buat mcm ni tak best sebab ada batas2nya.. faham kamu? date lepas khawin tu kira the perfect 1st date lah kan? sebab hubungan yg halal..:-)

Boys_0317_2
~OMG!!i love this picture~


Day 2 - Your Favorite Movie

Yeah, hari ni second day.. fara nak cerita tentang movie kesukaan fara.. wah, yg ni pun sangat banyak taw.. tapi, fara akan senaraikan cerita yg fara minat tu berdasarkan cerita yg fara tengok lebih dari 3x.. so, check it out!

MELAYU

Papadom
Cerita ni fara suka sebab cerita tentang ayah dan anak.. fara nangis bila tengok scene last waktu mia buat video tentang ayah dia.. fara suka kalau cerita tu tentang kasih sayang ayah dekat anak.. terutamanya kalau dengan anak perempuan sebab fara ni manja dengan ayah fara..:-)


ENGLISH

P.S I Love You
wah, cerita ni memang fara suka.. tapi berbanding dgn cerita, fara lebih suka baca novel dia sebab baca novel dia pun fara boleh nangis.. bila dalam filem, muka heroin tu (Hilary Swank) nampak tabah.. bila baca novel, watak perempuan tu dalam lemah ada tabahnya..


KOREA

Playfull Kiss
kalau nak fara senaraikan cerita korea favorite fara memang berlambak lah.. tapi, ni salah satu cerita yg fara tengok lebih daripada 5 kali.. tu yang sampai terjatuh cinta dgn Kim Hyun Joong tu.. haha.. kalau boleh nak cari lelaki mcm Baek Seung Jo watak dalam cerita tu.. sangat2 cool!!


HINDI

Dil Ne Jise Apna Kahaa
kadang2 fara suka jugak layan cerita hindustan ni terutamanya kalau ada Salman Khan.. hm, cerita ni fara suka sebab salman dgn preity zinta.. cerita tentang sayang suami kat isteri dia.. sedih gile bila part wife dia mati dan bagi jantung dia kat org lain.. org yg terima jantung tu pun jadi suka kat salman.. tapi, salman tak boleh terima.. cubalah korang ajak hubby or boyfriend korang tengok.. kalau dorang taknak tengok, korang paksa jugak.. hehe..






Day 1 - Your Favourite Songs

~Currently listen to Should I Confess~

Ok.. ni challenge pertama utk hari pertama.. bunyi mcm senang je sebab dia tanya tentang lagu kesukaan je.. bila difikirkan balik, memang banyaklah lagu kesukaan fara ni.. kalau tak takkanlah memory card hp ni sampai dah nak penuh sebab letak banyak sgt lagu.. tu belum tengok dalam laptop lagi.. fara rasa fara nak senaraikan ikut ketegori.. alah, mcm anugerah dalam tv tu.. hehe.

Lagu Melayu 

Lelaki
Kau Yang Satu - Ramli Sarip

Wanita
Kisah Hati - Alyah

Band
Jangan Ucap Selamat Tinggal - Shades

Lagu English

Lelaki
Lips Of An Angel - Hinder

Wanita
Hurt - Christina Aguilera

Band
That Thing You Do - The Wonders

Lagu Indonesia

Lelaki
Menyesal - Ressa herlambang

Wanita
Atas Nama Cinta - Rossa

Band
Di Saat Aku Mencintaimu - Dadali

Lagu Korea

Lelaki
One More Time - Kim Hyun Joong

Wanita
Should I Confess - Soyu

Band
Kiss Kiss - SS501




30 Things in 30 Days Challenge..

Day 1 _ Your favorite song
Day 2 _ Your favorite movie
Day 3 – Your idea of the perfect first date.
Day 4 – Your favorite photograph of your bestfriend.
Day 5 – What makes you different from everyoneelse?
Day 6 – A song to match your mood.
Day 7 – A photo of an animal you’d love to keep as a pet.
Day 8 – A picture of your favourite memory
Day 9 – Your current relationship, if single discuss how single life is.
Day 10 – A photo of the item you last purchased.
Day 11 – 5 facts about you.
Day 12 – A photo of something that makes you happy.
Day 13 – What kind of person attracts you?

Day 14 – Who are you?
Day 15 – A TV show you’re currently addicted to.
Day 16 – Something you don’t leave the house without.
Day 17 – How you hope your future will be like.
Day 18 – 5 things that irritate ME about opposite/same sex
Day 19 – A picture of something you want to do before you die
Day 20 – The meaning behind your blog name.
Day 21 – A photo of your favorite place to eat.
Day 22 – A letter to someone who has hurt you recently.
Day 23 – Your dream wedding.
Day 24 – A photo of something that means a lot to you.
Day 25 – Short term goals for this month and why
Day 26 – A photo of somewhere you want to go.
Day 27 – A picture of your favourite band or artist
Day 28 – In this past month, what have you learned?
Day 29 – Something you could never get tired of doing.
Day 30 – A photograph of yourself today + three good things that have happened in the past 30 days

Fara dapat game ni dari fara tengah blogwalking tadi.. fara dapat dari BELOGCIKSHIDOT.. mcm best pulak kalau fara buat kat blog fara ni.. almaklumlah kepala pun asyik mengong tak tahu nak taip apa.. so, nantikan jawapan2 fara utk setiap challenge tu ye.. /\(^_^)/\

Best Single Atau Couple?

Ha, korang rasa korang suka couple atau single? korang fikir couple lagi bagus ke atau single? kalau korang tanya fara kan, fara rasa kadang2 single tu lagi bagus. fara cakap mcm ni bukan sebab fara tgh gaduh dengan cik abang fara tu.. fara happy je dgn dia. cuma kadang2, bila fara tengok kawan2 fara yg single lagi tu.. mcm best lah pulak.. hehe.. kalau korang tak percaya, meh fara senaraikan kebaikan bersingle daripada bercouple ni..

1) JIMAT DUIT
siyes, ni lah sebab utama kenapa single lagi best.. korang tak payah pening2 asyik nak topup je.. paling kurang topup RM10 selang 2 atau 3 hari *mcm kena je dgn batang hidung sendiri ni*. sebulan dah berapa kan?  lepas tu, takdelah kena usung handphone tu ke hulu hilir sebab takut bf mesej.. ha, ni satu2 perangai fara.. fara agak rimas kalau asyik duk mesej je.. tu yg kdg2 leh buat gaduh cik chubby fara.. hehe.. 

2) MASA UTK DIRI SENDIRI/BEBAS
tipulah kalau korang kata waktu korang couple mana korang nak pergi, korang tak lapor kat pasangan korang tu.. gerenti korang report lah.. korang akan bagitahu korang nak pergi mana, dgn siapa, buat apa, berapa orang, naik apa.. soalan2 tu biasa lah kalau kita bercouple.. kalau korang single, ah tak kisah lah korang nak pergi mana kan? korang boleh buat apa je korang nak..

3) MASA UTK KAWAN LEBIH BANYAK
ha, ni yg kadang2 jadi 1 masalah.. bila dah ada bf/gf mesti masa kita dgn kawan2 jadi lebih terhad.. nanti kalau lebih pilih kawan, buah hati merajuk. kalau pilih buah hati, kawan pulak merajuk.. haih, serba salah dibuatnya kan? tapi kalau korang single semua benda ni tak jadi masalah.. 

4) KURANG DOSA
ni yg paling best sebenarnya.. korang faham2 sendiri lah kan? semua dah besar.. :-)

So, pada yg single tu.. jgn sedih2 sangat.. setiap org ALLAH dah tentukan pasangan masing2.. jgn tension2 tengok kawan2 yg ada couple tu.. eh, tapi fara nak senaraikan kelebihan bercouple boleh kan?

1) DIARI BARU
selalu kadang2 korang lepaskan marah, sedih, kecewa kat diari atau korang lepaskan sorang2 kan? tapi, bila kita ada couple kita leh jadikan dia diari kita utk kita luahkan semuanya. tapi tengok jugak sama ada pasangan korang tu good listener atau tidak.. 

2) DRIVER PERCUMA
peh, mcm kurang ajar asam je bunyinya.. maksud fara bukan lah buat mcm kuli ke apa.. sila jangan salah faham ye.. maksud driver ni, yelah mana kita nak pergi cormfirm2 cik abang kita tu offer diri diorang nak hantar kita.. mcm cik chubby fara, jangan haraplah dia nak benarkan fara naik bus kalau fara nak pergi mana2.. seboleh2nya dia akan cuba hantar.. sebab tu fara mengada2.. haha..

3) BODYGUARD
ha, yg ni pun best jugak.. tapi yg ni utk perempuan lah.. kalau korang ada bf mesti dorang secara automatik akan jadi bodyguard korang kan? terutamanya kalau kat tempat ramai org..(^_^)

Tapi pada yg bercouple tu, seboleh2nya jagalah batas dalam hubungan ye.. jangan nak ikut budaya negara luar tu. yg paling penting, 'HALALKAN' hubungan tu cepat2!*pesanan utk diri sendiri jugak ni*

~fara suka style cinta mcm korea..hehe~


Bagus Sangat Ke Penjawat Awam Ni?

Wah, lek lu... baca tajuk tu jangan lah nak melenting dulu.. sabar2.. saje je tajuk tu fara bikin gempak.. poyo2 sikit... padahal fara sendiri penjawat awam.. hehe.. fara buat tajuk mcm tu ada lah kena mengena dgn budget 2012 yg dibentangkan petang tadi.. ALHAMDULLILAH.. penjawat awam banyak dapat habuan.. tu tajuk berita tadi lah.. Gaji naik, bonus dapat... syukur2.. dapat kumpul duit kawen cepat2.. hehe.. 

Memanglah ada je org mengata yg dorang bagi semua tu nak bodek rakyat sebab pilihan raya tahun depan.. tapi ada fara kisah? janji dapat naik gaji.. kan kan kan? hehe.. petang tadi lepas balik kerja, fara gi minum kejap lah dgn bf fara. dia duk cakap2 pasal kerja swasta atau kerajaan.. mcm cik abang fara tu, dia lebih prefer swasta dari kerajaan.. kitorang duk tegakkan pendapat masing2. mcm fara ni, fara lebih pilih kerajaan dari swasta. bagi fara swasta ni ada persaingan. bila sebut pasal persaingan ni lah yg fara bengang je dgr cakap dia. fikir sayang je, kalau tak.. haih, tak tahulah.. fara cakap kat dia, kerja swasta ni kena fizikal mental kuat sebab banyak persaingan. org mcm fara ni memang susah.. lepas tu dgn confident dia cakap, memang lah.. sebab tu kerja swasta lagi bagus. banyak saingan baru bekerja namanya.. org kerajaan banyak malas.. pergh, dgn muka2 pulak tu dia buat. fara pun tak tahu kenapa perlu fara bengang dgn statement dia tu..

Last2, fara malas nak panjang2 cerita.. fara cakap kat dia kerja mana2 pun sama je. masing2 ada advantage dgn disadvantage dia sendiri. depend kat diri sendiri mcmana cara kita kerja dan amanah yg kita pikul.. lepas tu dia diam. ok BAGUS! GOOD BOY!

So, kepada penjawat awam tu.. tahniah fara ucapkan.. bersyukur lah dgn apa yg kita dapat ok.. tingkatkan usaha dalam kita bekerja.. jangan makan gaji buta je.. gaji nak tapi kerja malas.. mana nak berkat gaji tu nanti.. FIGHTING!!

~kalau kerja dgn org hensem mcm ni, sakit2 pun fara pergi kerja..haha~