Lelaki Berlari

apa maksud entry tu eh? hehe..tajuk tu saje je.. yg sebenarnya fara nak tanya, korang pernah tgk show RUNNING MAN KOREAN tak? mungkin ada yg pernah, ada yg tak pernah.. mcm fara ni, fara baru je dapat tahu pasal show tu.. itu pun sebab ayah fara langgankan ASTRO BYOND HD kat rumah.. siyes best giler.. ketawa sampai guling2 fara tengok.. show tu ada kat channel 393 ONE HD yg siarkan semua cerita korea.. yg lagi best tgk tu sebab dia channel HD.. gambar mmg cun habis lah..

show ni ada episod episod.. setiap episod dorang buat mcm2 aktiviti dgn artis jemputan. yg paling fara suka show episod 4.. nak tahu kenapa sebab ada MAX CHARMING & YUN HO... pergh, histeria fara tgk dorang. hensem. paling suka MAX CHARMING.. bagi sape peminat tegar K-POP.. mesti korang kenal.. sape yg tak kenal, layan gambar bawah ni dulu..

~hensem kan? berdarah hidung tgk... hahaha..~
MAC CHARMING (kiri), YUN HO (kanan)

ok2.. show running man ni mmg best taw.. ahli running man ni dari artis jugak.. semuanya 8 org.. org yg famous2 plak tu.. setiap minggu dorang akan buat aktiviti dgn artis2 korea yg lain.. setiap aktiviti mmg pecah perut nak ketawa.. hish, fara pun tak tahu nak trgkan mcmana.. korang kena tgk sendiri baru korang tahu lawak ke tak.. kat bawah ni fara tunjuk video episod 1 show running man.. 1st episode tu dorang nak kenalkan ahli running man tu.. episod2 lain kalau nak tgk, korang cari sendiri ye.. hehe..


ha, dh tgk ahli2 dia? sebenarnya ada lagi sorang ahli perempuan.. nama dia SONG JI HYO. nanti korang google.. orgnya comel taw.. kat bawah ni pulak episod 4 time dorang buat aktiviti dgn TVXQ.. tapi video yg tunjuk max charming je lah.. because I LIKE HIM!! uik, marah CIK BESAR fara ni.. jgn risau, SAYA TETAP SYG KAMU RIZAL!!

~ha, jatuh cinta tak? hehe..~


Kenapa Korang Benci Max 247? Ok What...

haha... mesti korang dah tak asing lagi dgn kumpulan MAX 247 tu kan? alah, group yg konon group M-POP pertama yg kat negara kita ni.. siyes, waktu fara blogwalking kebanyakan blog suka sgt kutuk diorang ni. kesian pun ada weh.. cuba adik2, abg2 or bf2 korang yg ada dlm group tu kena kutuk kaw2 punya? ape korang rasa? tapi harap2 takde lah kan saudara mara korang dlm tu.. hehe..

dah byk blog fara jumpa luahkan ketidakpuasan hati diorang dan sekarang giliran fara pulak.. tapi bukan fara nak menambahkan kutukan yg dah sedia ada tu.. cuma, fara nak luahkan pendapat fara..

secara jujurnya bila fara baca kisah2 dorang ni siap tgk gambar sekali, pergh mmg menyakitkan mata terutama dgn stail dorang tu.. namun, bila difikirkan balik.. cuba korang fikir kat mana salah dorang sebenarnya? bg fara silap dorang adalah cara penampilan dorang.. kenapa perlu dorang nak tgkap2 gambar ikut style KOREA kan? kita dah sah2 tahu yg muka 'pakwe' kat sana mmg leh buat kita 'cair'.. tapi, bila dorang tu buat penampilan yg sama.. cheh, mmg jauh panggang dari api.. dorang sepatutnya tak payahlah nak bukak baju bagai.. kalau badan tu ada 6 pack takpe jugak, ni kering.. hehehe...

alamak, fara dah mengutuk ni.. ok2 silap2..ha, yg fara leh respect group ni ialah diorang berani muncul dgn penampilan mcm tu. tak kan dorang tak tahu mentaliti org kita ni mcm mana kan? kalau fara pun, tak berani nak buat mcm tu.. bukan apa, takut kena kutuk.. huhu.. fara ada gak try cari video dorang kat you tube.. semangat tak fara? bukan apa, nak tgk gak dorang tu mcmana. kalau ok, bolehlah dimaafkan cara penampilan dorang tu. kalau nak tgk, korang play video ni..


so, dari video tu.. fara rasa not badlah tarian tu.. sebelum kita nak kutuk, tanya diri sendiri.. korang boleh ke menari mcm tu? lagi satu, kalau korang kutuk dorang berbakul2 sekalipun, sekurang2nya kita dh kenal kot dorang tu walaupun kalau kita terserempak pun kita takkan cam dorang..haha.kejam! lagipun ada gak nama group dorang MAX 247.. korang ada??hehe..

hish, fara back up ni bukan sebab fara suka group ni... fara tak ambik kisah pun.. cuma, tak payahlah kita nak kutuk2 dorang.. suka hati dorang.. bukan dorang kacau kita pun.. ye tak?

~siyes, gambar ni yg buat org ramai menyampah sebenarnya..~

Teh Bunga Vs 100 plus

hai hai hai... chewah.. mcm excited je bunyinye.. sebenarnya tak ada apa pun.. saja nak menghappykan diri sendiri.. yelah, korang pun tahu sekarang ni kan cuaca panas.. suhu kat luar pun dah 36 celcius.. belum campir suhu badan kita.. peh, mmg panas lah kan? tapi, entry fara ni bukan cerita pasal cuaca panas ni. korang pun dh dgr kat radio tengok kat tv kan? takkan fara nak ulang tayang.. ye tak? hehe..

tujuan entry fara ni, fara nak pesan supaya korang tu jaga kesihatan sebab dalam cuaca mcm ni penyakit senang nak dapat.. yelah, mula2 kita keluar rumah cuaca dah panas.. lepas tu bila masuk rumah cepat2 cari aircond atau kipas nak sejukkan badan.. badan tu mcm 'terkejut' lah. tu yg senang demam. fara kerja kat farmasi pesakit luar tu pun, pesakit asyik ambil ubat demam je minggu ni..

so, banyak2 kan minum air utk ganti balik air yg hilang dlm badan tu.. jgn time2 panas ni korang pergi jogging pulak.. mmg bagus utk kesihatan tapi kalau tgh2 panas korang jogging apa cerita ye tak? bukan apa.. takut jadi dehidrasi..

sekarang ni time2 panas ni fara amalkan minum air mineral banyak2.. lepas tu fara suka minum air TEH CHRYSANTHEMUM atau org panggil teh bunga.. mmg favourite fara no 1 lah.. cik abg kita pun suka taw.. air ni banyak kebaikannya.. antaranya:

1) mmg sesuai untuk org yg sering gunakan otak semasa bekerja atau belajar

2) boleh menyejukkan badan

3) boleh digunakan untuk tujuan meditasi (kaum cina yg sering gunakan)

~sape pandai buat sendiri air ni? ajarkan boleh?~

sebenarnya banyak lagi kebaikan air ni.. tapi tu je yg fara tahu.. malas nak google sebab penat sikit hari ni.. tapi fara gagahkan juga nak buat entry ni.. hehe..

selain teh bunga tu, cuba korang minum AIR 100 PLUS.. ia merupakan air yg ada natrium, kalium, kalsium, magnesium, klorida, fosfat dan air.. dgn minum air ni, ia boleh neutralkan balik badan kita yg terhidrasi. tapi dalam baiknya, ada jugak buruknya.. kalau korang nak minum, jgn minum hari2 sebab walaupun ia bagus tapi ia tetap minuman bergas. tapi, fara pun x sure sgt sebab ada jugak kata ia sekadar minuman isotonik yg ada molekul dan zarah2 yg sgt kecil dan akan meresap ke dalam otot dan saraf yg dpt mengembalikan kecergasan dan menghilangkan keletihan seseorang..korang mesti ingat konsep isotonik ni waktu kita belajar kat sekolah dulu kan?? kalau tak ingat takpe, korang tanya adik korang..hehe.. macamanapun kenapa bila kita bukak botol dia keluar bunyi 'psstt..'.. sebab gas lah kan?? hm, kalau fara salah.. betul kan ye.. fara tak kisah.. :-)


jadi... itu je info yg dapat fara share bersama..
tata.. take care semua.. :-)

~bila time panas mesti ingat sungai~




" Contest I Love My Self "

kali ni fara nak join contest dari blog SAFIYYAH OSMAN.. contest yg agak senang jugak sebab fara tak perlu keluar apa2 pun nak join contest ni. just cari gambar yg fara rasa 'bagus' dalam lappy ni.. edit.. pas tu buat entry.. dah siap..

utk contest ni, korang perlu letak gambar korang yg paling korang suka dan gambar tu dapat tunjukkan apa yg best sgt jadi diri kita ni.. ala2 'masuk bakul angkat sendiri' lah lebih kurang. hehe.. tapi sebelum letak gambar korang tu... jgn lupa letak banner kat bawah ni..


ha, fara dah letak banner tu.. sekarang, fara nak letak gambar fara yg agak gedik lah. kalau korang menyampah tak payah tgk.. pejam mata je.. hehe..

jeng jeng jeng....





kenapa fara letak gambar ni eh? hm, mestilah korang tak tahu kan? sebenarnya fara letak gambar ni sebab fara rasa jadi diri fara best sebab yg penting fara tak hipokrit.. tak kisah lah depan org ramai ke.. fara tetap jadi diri fara. tak payah nak cover2 ni. buang maso je.. haha..

by the way... hadiah utk contest ni agak menarik jugak taw.. nak tahu apa?

HADIAH PERTAMA


HADIAH KEDUA


ha, semua syarat dah selesai.. tinggal nak tag jer... fara nak tag 3 0rg yg comel ni..


so, jom kita join ramai2.. :-)

Aduhai.. Perlu Ke Kilauan Emas??

eh, korang ada tgk tv tak? mestilah ada kan? tapi, korang ada tgk tak iklan kat astro tak? kalau takda meh sini fara nak habaq mai.. ewah, cakap loghat utara pulak.. hari ni memandangkan fara cuti rehat, fara berpeluang lah tgk tv sehari suntuk sampai mak bising. mak bebel macamana lah mata tu tak rabun duk asyik tgk tv tak habis2.. hehe..dalam fara tgk tv tu, tiba2 keluar lah 1 iklan ni yg memang khas utk mereka yg berusia 45 tahun ke atas.. korang nak tahu apa?


ha, tu dia uji bakat KILAUAN EMAS yg akan diadakan kat ASTRO PRIMA.. waktu fara tgk iklan tu.. 1st impression fara, aduhai nyanyi lagi. takda show lain ke? lagi yg buat mata fara terbeliak tu.. ujibakat tu utk mereka yg dah boleh dianggap warga emas.. hello.. dah takda idea lain ke? sape lah punya idea ni? ada ke patut korang nak tarik warga2 emas ni utk menyanyi. baiklah korang buat UJIBAKAT MENGAJI ke.. kan lagi bagus drpd korang buat show mcm tu.. dalam cakap kasarnya..'RUMAH DAH KATA PERGI, KUBUR DAH KATA MARI' (maaf sebab penggunaan bahasa kasar). so, tolonglah keluarkan idea yg bernas sikit. mcm2 program lagi yg korang boleh buat drpd korang suruh warga2 emas tu menyanyi.

antara syaratnya mestilah warganegara Malaysia, bawak salinan IC dan gambar berukuran 4R. gambar tu pulak kena sampai paras pinggang.. tapi bukan tu je, ujibakat ni mcm ujibakat AF jugak. dorang dah kena tetapkan lagu.. atr lagu2nya:

1) Kau kunci cintaku dlm hatimu (Ramlah Ram)
2) Di persimpangan dilema (Nora)
3) Seri dewi malam (Sharifah Aini)
4) Gerhana (Kembara)
5) Ku pendam sebuah duka (Khatijah Ibrahim)
6) Sampaikan salam cintaku (Alleycats)
7) Epilog cinta (Sohaimi Meor Hassan)
8) Akhirnya kini pasti (Anita Sarawak)
9) Sejati (Wings)
10) Widuri (Broery Marantika)

so, tu je fara nak share dgn korang.. fara tak minat sgt sebab fara rasa mcm tak rasional langsung show ni. hanya pandangan fara. tapi, kalau sekadar utk hiburan boleh lah kot.. kalau korang nak tahu lebih lanjut, korang jgn segan2 klik je SINI taw..

ok bye...

Ego Perempuan Yang Tinggi Sebenarnya!!

kita ni kaum perempuan selalu duk bising cakap kaum lelaki lebih ego.. hish, fara tak setuju langsung. fara rasa kita yg ego. kalau tak, masakan ALLAH letakkan hak cerai pada kaum ADAM.. cuba hak cerai ada kat tangan kita? fara rasa mmg berpuluh2 kali turun naik mahkamah. tengah couple pun duk asyik nak mintak putus je kan?

ha, korang jgn nak marah pulak fara sebab tak back up kaum sendiri.. fara bukan mengata korang jer. fara mengata diri sendiri jugak. mengaku ni taw. ingat senang ke fara nak buat pengakuan jujur ni? hehe..

ni ada beberapa contoh yg fara tengok dan nilai kenapa fara kata ego perempuan lebih tinggi dari lelaki. mungkin insiden2 ni terjadi kat korang atau fara sendiri. so, sama2 kita nilaikan.. tapi sebelum tu fara nak bagi sikit tafsiran EGO tu apa sebenarnya..

mengikut kaedah philosophy, ego tu boleh ditafsirkan sebagai suatu keyakinan yg begitu mendalam oleh seseorang itu terhadap apa yg diinginkan dalam hatinya sendiri.

menurut Kamus Dewan pula, ego membawa maksud persepsi seseorang tentang harga dirinya yang seterusnya mempengaruhi keyakinan diri sendiri.

SITUASI 1

bila lelaki iaitu pasangan korang tu kantoi mesej dgn org lain.. ntah2 mesej tu dari sepupu atau kawan sekerja dorang.. perempuan ni dah mengamok mcm lelaki ni buat salah besar. tapi kalau dia tu mesej dgn org lain takpe pulak. bila ditanya, 'alah, aku takpe. aku tahu batas aku. aku bukan nak menggatal pun'. so, apa kes?

SITUASI 2

bila lelaki duk cabar yg perempuan ni lemah.. amboi, korang dulu sinsing lengan tak nak mengaku kalah. siap cakap apa lelaki boleh buat korang boleh buat.. tapi, bila time nak angkat2 barang... tiba2 korang bagi alasan ' alah, mana kitorang larat nak angkat barang tu. kitorang kan perempuan'.. mcm tu pulak kan? mengaku dari tadi kan senang..

SITUASI 3

bila bf or suami korang kat tempat kerja.. mestilah selalunya time rehat dorang akan keluar makan ramai2 kan.. tak kisahlah lelaki dgn perempuan.. bukan berdua lah..maksud fara RAMAI2 melainkan korang 1 tempat kerja.. bila korang dapat tahu, korang cakap pasangan korang tu menggatal. tapi, bila time korang kat tempat kerja siap menggedik dgn lelaki2 tu boleh pulak.. bila disoal ' alah, takpe..aku bkn nak kat dorang pun. saje je mengusik'.. ape korang fikir?

SITUASI 4

bila tgk member2 korang cerita yg bf or suami dorang belikan dorang mcm2.. ha, korang pun nak. lepas tu terus nak paksa pasangan korang belikan mcm tu jugak.. dialog yg selalu keluar 'syg.. suami si A tu kan belikan dia gelang emas.. ayg pun nak mcm tu.. boleh kan?'.. harus ke korang mcm tu? perlu ke nak ikut org eh?

tu lah antara situasi yg mungkin fara sendiri alami.. tapi korang cuba lah teka yg mana 1.. hehe.. tapi ada antara situasi tu yg fara tgk drpd sekeliling fara sendiri.. korang pun mesti pernah tgk. sebenarnya byk lagi situasi2 tu. tp nanti cerita banyak mcm mengutuk kaum sendiri. habis fara kena serang nanti.

korang jgnlah marah ye.. setiap org ada ego masing2. cuma tinggi atau rendah kita tak tahu. kita sendiri yg kena pandai handle.. jgn sibuk nak menangkan diri sendiri jer. padahal dah tau diri tu salah..

last but not least...pada MY SYG.. saya tahu kdg2 saya ego. tapi awk tetap sabar dgn saya kan? sebab tu saya SAYANG AWAK!!

~ego tak leh bawak mati pun~

Mana Pergi Kereta Kat Perak Ni?

sebelum tu, fara nak bagitahu yg fara dah 3 hari tak update blog ni sebab fara ada kat kampung. cousin fara kawen. so kena balik tolong mana yg patutlah kan. mcm biasa fara ditugaskan jadi pengapit. sebenarnya tak suka sgt sebab org tua kata selalu jadi pengapit ni lambat kawen.. owh, betul ke? tapi, takdelah percaya sgt. mengarut je tu. tapi betul kot... ni yg tak kawen2 lagi ni. cheh, menggatal kau fara. baru 23.. lek lu kan? hehe.

ok2.. fara bukan nak cerita pasal kenduri kawen cousin fara tu. tapi fara nak cerita pasal entry fara tu. mesti korang kata yg fara ni melalut je kan. gila ke apa kat perak tak da kete. cerita dia mcm ni.. meh2 fara taip cerita ni.. korang baca. jgn tak baca ye..

cousin fara kawen hari ahad, so kitorang yg sepupu2 ni diminta lah balik awal utk gotong royong kan sebab dah jadi adat family fara tak suka nak catering2 ni. tapi, adik fara yg bongsu tu ada plak pertandingan TULISAN KHAT kat Sungai Tua. so, memg mak ayah fara cancel nak balik hari Jumaat seperti yg dah diprogramkan. ayah fara arahkan fara dgn adik fara yg 2 org tu balik hari Jumaat. nanti mak ayah fara balik hari Sabtu. so, hari Jumaat tu kitorang balik lah naik kereta Wira adik fara tu. tapi kitorang gerak lambat sebab tunggu adik balik kerja. owh ye, fara ada PAKSA sepupu fara balik sekali dgn kitorang. kebetulan dia pun tgh cuti sem. mana aci fara sorang je anak dara balik buat kerja awal2. hehe..

bila masuk highway pun dah pukul 12 lebih waktu tu. bila dah masuk jalan kampung lepas Tapah tu...pergh, SCARY. korang tahu tak kenapa? sebab tak ada sebiji kereta pun yg fara jumpa melainkan kereta kitorang. siyes. takda langsung.. selalu tak da plak mcm tu. sekurang2nya ada jugak lah kereta..tgk jam lebih krg pukul 2 pagi. kat KL, time2 mcm tu riuh lagi. alah, kalau korang balik dari 'downtown' ke.. korang tgk byk lagi kereta kan? berderet lagi kat jalan.

so, fara pelik gak lah kat Perak tu.. tak da kereta langsung. tu yg bagusnya duduk kampung kan? hiburan tak byk. kalau nak pergi tgk wayang pun jauh. apa lagi nak karaoke. langsung tak nampak. tapi, sesiapa org Perak duduk Ipoh tu.. moden sikit lah kot. cuma yg kdg2 bahayanya org kampung ni.. bila kat kampung dorang tak byk kena pendedahan tapi cth bila dorang dtg KL.. dorang yg paling mudah nak kena CULTURE SHOCK.. hm,minta maaf pada yg terasa. cuma itu pandangan ikhlas fara. sebab dah banyak berlaku depan mata tapi takda lah semua.. sebilangan jer kan? jgn marah2 fara ckp mcm tu.. cenyum lah sikit.. :-)

sebenarnya, mana pun kita pergi.. pandai2 lah kita bawa diri. ingat 1 je. kita sentiasa bawak nama mak ayah kita mana pun kita pergi..

eh, ni dah mcm terkeluar dr tajuk entry. tapi takpe.. ada fara kisah? hehe...

~2 hero kat belakang tu lah adik fara yg balik kmpung dgn fara.~

eh, tetiba pulak ada gambar dorang ni.. kira ok lah kan.. takde lah entry ni nampak bosan jer..:-)

Jozan Tak Sensitif Langsung!!

sorry lah eh pada peminat tegar kumpulan jozan.. fara bukan nak mengutuk ke apa.. fara pun minat jugak diorang ni. tapi fara kureng berkenan pada lawak dorang berkaitan dgn 'NAMA'.. alah, waktu minggu ke3 tema muzikal tu.. korang ada tgk tak? yg ZIZAN mainkan nama FAKrul tu.. kalau tak tengok lagi, korang klik SINI..

tang johan tu fara boleh terima lg yg double meaning 'babi' johan tukar jadi 'baby'.. tapi tang zizan ni fara tak leh terima. dia seolah2 mempermainkan nama orang. cuba org mainkan nama dia pulak. kalau sekali dua takpe kot, tapi setakat yg fara tahu.. dah 2 org artis dia jadikan bahan lawak dia.

1) Aznil Hj NAWAWA yg sepatutnya NAWAWI
2) AKHIR yg sepatutnya AWAL ASHAARI

fara bukan lah anti zizan.. fara minat woh dgn dia. suka style dia.. tapi bila tang nama dia jadikan bahan lawak tu yg fara tak berkenan. mungkin dia sekadar bergurau, tapi.. fara nak tanya lah, korang suka tak kalau org mainkan nama kita? ha, lu fikirlah sendiri..:-)

nak tahu kenapa fara tiba2 ungkit pasal nama ni? kerja tadi, ada lah pesakit ni namanya FAKHRUL ni.. umur dia baru 8 tahun. tiba2 fara teringat lak zizan tu. kalau budak kecik ni tgk show tu dan tengok pulak si zizan ni mainkan nama fakhrul tu.. mahu budak ni tak sentap. lepas tu kalau dia dapat kwn2 yg hampeh duk bahan dia dgn nama tu, apa perasaan budak tu? budak kecik ni tak payah ajar, senang je dia boleh ikut. kalau depan mata dia duk tengok org bahan nama org lain, sekejap je dia leh ikut. walaupun fara tak tahu lah budak tu tahu ke tidak pasal lawak zizan tu, tapi... kita ni manusia bermasyarakat yg punya mcm2 nama. so, kita kena lebih sensitif sebab fara sendiri pernah rasa bila org ejek2 nama fara. UMMI dorang leh ejek UBI.. sedih taw dulu sampai nangis tak suka nama sendiri.

tapi sekarang fara bangga dgn nama fara. UMMI NURUL FARAHIN bermaksud CAHAYA KETENANGAN IBU.. korang ada?? hehe..

so, pada zizan... sila lah lebih sensitif sebab awak dah banyak kali main2 nama org. cheh, perasan jap konon zizan baca blog buruk ni.. hehe.. blushing sudah... :-p

anyway, fara tetap suka ZIZAN!!

Kambing Vs Lembu

kalau fara kata dalam entry ni fara nak kenalkan kambing dan lembu tu, korang nak lempang fara laju2 tak? hehe.. fara belum gila lagi taw nak cerita benda macam tu kalau takde idea nak buat entry sekalipun.. korang mestilah kenal dgn haiwan tu kan? :-)

korang perasan tak, kalau kita sebut pasal susu jer.. mesti kita terbayangkan susu lembu kan? lepas tu terbayang lembu2 tengah meragut rumput kat padang new zealand yg cantik sgt. alah, macam iklan susu Fernleaf tu.. lepas tu, budak2 sekarang ni pun minum susu lembu juga. termasuk lah jugak fara ni. tapi, tahu tak sebenarnya susu kambing yg lebih tinggi manfaatnya kalau nak dibandingkan dgn susu lembu. dr segi proses penghadaman, susu kambing lebih mudah nak hadam sebab molekul lemaknya lebih kecil.

tapi, susu kambing ni mmg kurang orang minum sebab tanggapan org terhadap susu tu boleh menyebabkan darah tinggi dan 'panas'. hakikatnya, susu kambing ni sebenarnya berfungsi untuk menstabilkan tekanan darah, jantung dan banyak lagi. sebab tu susu kambing ni mahal.. malangnya, berapa peratus je masyarakat dunia tahu manfaat susu kambing ni.

tambahan lagi, kalau korang nak tahu... susu kambing ni mengandungi kandungan gizi lengkap dan baik utk kesihatan. ia tidak mengandungi beta-lactoglobulin iaitu penyebab alahan yg boleh sebabkan asthma, masalah pernafasan, radang telinga, infeksi kulit dan gangguan saluran pencernaan. yg menariknya, susu kambing ni mempunyai tindak balas alkali yg beri faedah pada mereka yg mempunyai masalah asid terlalu banyak dalam perut (macam fara lah..). ia bertindak dgn cara menipiskan asid hidroklorik perut dan melindungi membran mukus di permukaan lapisan perut dari rosak.

SEJARAH SUSU KAMBING

1) NABI ADAM a.s
bermulanya tamadun manusia, Habil dan Qabil menternak kambing dan ia merupakan ternakan haiwan pertama di dunia.

2) NABI IBRAHIM a.s
merupakan penternak kambing yg agung. terdapat 12,000 ekor anjing yang menjaga kambing2nya. berlaku peristiwa sedekah (kambing) yg terbesar dalam sejarah islam.

3) NABI ISA a.s
juga menternak kambing. wujudnya Bani Israel - bangsa Yahudi (1 bangsa yg dikenali cerdik). mengamalkan minum susu kambing hingga ke hari ini.

4) NABI MUHAMMAD S.A.W
di antara jenis minuman yg biasa diminum oleh baginda adalah susu kambing segar iaitu terus diminum setelah diperah dari kambing.

5) PERISTIWA ISRAK MIKRAJ
Nabi Muhammad S.A.W telah disediakan dgn 3 jenis oleh malaikat Jibril iaitu arak, madu dan susu. baginda telah memilih susu. (Minuman yg terbaik di dunia selepas susu ibu).

6) MAHATMA GANDHI
tokoh sejarah india yg minum segelas susu kambing setiap pagi dan malam sebagai amalan hariannya. penganut agama hindu mengamalkan minum susu kambing bertujuan untuk meningkatkan daya ingatan juga di dalam amalan perubatan mereka.

7) PUTERI MAHARAJA CHINA
pada zaman dahulu, mereka mengamalkan minum susu kambing dan sering berendam di dalam susu kambing utk menjaga kecantikan mereka. wah, no wonder lah keturunan dorang cun2 belaka. hehe..

fara dapat info ni dari satu leaflet produk kat tempat kerja fara. susu kambing jenama HIGOAT tak silap fara. nampak macam menarik. tapi fara lupa pulak butiran yg selanjutnya. kalau nak tahu, korang google je lah eh. hehe..

so, moral of the story.. ce nanti kita try bagi anak kita susu kambing. tak payah lagi bagi susu formula tu. hehe..:-p

~ha, tgk.. even kambing tu lagi kecil dari lembu, dia lagi banyak manfaatnya kan?~

Blog Saya Biasa Biasa Je Tapi Cool!

eh korang, fara nak join contest dari kakak comel ni.. best2.. tapi, tak delah nak mengharap sangat. nanti kalah, frust menonggeng pulak. hehe. apa2 pun, kalau korang nak join.. korang klik banner kat bawah ni ye.. tapi, tak payahlah join. fara ajak2 ayam je ni. nanti banyak pulak saingan nak menang. hahaha. gurau2 je k. xmo marah2. nanti muka kedut..


utk contest ni, korang kena letak entry korang yg bagi korang ia terbaik. tak kisah lah entry apa pun. so, untuk fara pulak.. entry fara yang fara rasa boleh masuk contest ni ialah entry:

TADAA..................... kalau nak tahu, kena klik ye. baru surprise. hehe..

^

^

^

^

^

^

ha, dah tgk dah? ingat fara berani ke nak kutuk kaum sendiri. kutuk kaum sendiri ni dah kira macam berpaling tadah taw. tapi, fara tetap perempuan ok. belum lagi tukar jantina. hehe..

ha, dh selesai semua syarat. tinggal nak tag org jer. fara nak tag cik aish boleh? hehe. main2 eh kau fara. ok2. fara nak tag ADIK AMA..

tapi, before tu.. fara nak jugak cakap kenapa fara perasan blog fara ni cool.. sebabnya, blog fara ni biasa2 je.. tak famous pun. follower pun tak ramai.. tapi fara rajin update blog. tak kisahlah org kata syok sendiri pun.. so,kira cool lah tu kan? hehe.. :-)

Awak Ada 2 Muka Ke?

entry kali ni, saya nak guna kata ganti diri 'aku' sebab tengah marah dan bengang.. actually aku takdelah nak marah sgt, tapi bila org tu bermuka2 yg buat aku sakit hati tu. kau ni kenapa fara? nak marah2 tak tentu pasal? ce cite ha ah... ce cite.. ok2, meh aku cerita sikit.

ada lah seorang hamba ALLAH ni.. jantinanya sama dgn aku, perempuan. dia depan aku pijak semut tak mati seh. bila berdepan, kan main lagi malu2 depan aku. nak cakap dgn aku apatah lagi. aku je yg terhegeh2 nak sembang dgn dia. tapi rupa2nya belakang aku dia buat angkara.. korang nak tahu apa?

senyap2 dia mesej CIK BESAR aku. mcm2 lah dia puji bf aku tu.. dia siap cakap kalau bf aku tu ada masalah, kongsilah dgn dia.. hah?? aku ni apa sampai nak suruh bf aku tu nak share dgn dia kan?? dan dgn muka confius aku hanya boleh cakap ~ok~. bf aku dah gelak2. ni pun dia cerita sendiri kat aku. jujur kan bf aku? aku je tak.. hahahaha.. xdelah. mana aku nak cari org mcm tu lagi. org yg boleh sabar dgn perangai aku yg menggedik ni. :-)

berbalik pada that girl tu, aku malas ar nak bising2. lantak lah. bf aku sendiri tunjuk mesej2 dia tu. bf aku pun cakap, tak ada apa2 lah. selagi tak melampaui batas, bagi aku orait jer. tapi, kalau CIK GEMUK aku tu melayan, mmg kena lah dgn aku. garang ni taw. hehe..

so, pada 'awak'... saya tak nak pun gaduh dgn awak. bagi saya, awak tak matang lagi kot. saya tak marah kalau awak nak cakap2 dgn bf saya. i trust him. tp dgn saya jgn lah nak sombong. padahal awak knl saya dulu sebelum bf saya kan? ok. tu je..

~talam 2 muka mcm ni eh? hehehe.~

Sayang Ayah Sangat2!!!!

AYAH,
Mungkin ibu lebih kerap telefon utk tanyakan keadaan kita setiap hari
Tapi tahukah kita, sebenarnya ayah lah yg mengingatkan ibu utk menelefon kita?
Semasa kecil, ibu lah yg sering mendukung kita..
Tapi tahukah kita bahawa sebaik sahaja ayah pulang bekerja dengan wajah yg letih, ayah lah yg selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian?
Saat kita sakit atau demam, ayah sering membentak
" Dah cakap jgn minum ais!"
Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau?

Ketika kita remaja, kita meminta izin utk keluar malam.
Ayah dgn tegas berkata " TIDAK BOLEH!"
Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita?
Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat beharga.

Saat kita sudah dipercayai, ayah pun melonggarkan peraturannya.
Maka, kita telah melanggar kepercayaannya.
tapi, ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dgn sangat risau.

Setelah kita dewasa,
Ayah menghantar kita ke kolej untuk belajar
Di saat kita memerlukan itu dan ini utk keperluan kuliah kita,
Ayah hanya mengerutkan dahi.
Tanpa menolak, beliau memenuhinya.

Saat kamu berjaya,
Ayah adalah org pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu
Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang
Dia meminta izin untuk mengambil kita dari ayah
Ayah sangat berhati-hati mengizinkannya
Dan akhirnya..
Saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan kita
Ayah pun tersenyum bahagia
Apa kita tahu bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?
Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia
Dan dia pun berdoa
" Ya Tuhanku, tugasku telah selesai dgn baik.. bahagiakanlah puteri kecilku yang manis bersama pasangannya "

Setelah itu,
Ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yang
sesekali datang menjenguk.
Dengan rambut yang memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita.

AYAH,
akak sayang ayah!!!!


~akak sayang ayah sgt2~



Pergh, Berderau Darah...

Hari ni, buat pertama kalinya sepanjang kehidupanku selama 22 tahun ni.. saya tgk ayah kena tahan kat hospital. siyes..selama ni memang tak pernah. waktu tu saya tak dapat nak gambarkan perasaan saya mcmana..menggelabah, nak nangis, risau semua bercampur baur..

Tapi, sebelum dapat call dari adik bagitahu pasal ayah tu, memang dah perasan macam ada something tak kena jer. Pagi tadi pukul 5.30am, saya dah bangun nak siap2 pergi kerja. battery handphone macam nak dekat low. selalunya memang saya malas nak cas kalau dah nak pergi kerja tu sebab bukan nak main mesej kat tempat kerja pun. tapi, gerak hati suruh cas jugak sementara tunggu adik siap. handphone kebetulan memang takde kredit. tiba2 dapat mesej dari celcom bagi kredit percuma. bila dah sampai tempat kerja, tergerak hati nak minta off petang. lebih kurang pukul 1 dapat call dari adik cakap ayah kat hospital. apa lagi, kelam kabut. tinggal semua kerja terus nak call CIK RIZAL kita suruh ambik.

Waktu tu, saya rasa bersyukur sangat2 ALLAH permudahkan hari saya tadi. cuba bayangkan kalau handphone saya takde bateri.. mesti adik saya tak dapat call. lepas tu, kalau takde kredit mesti terkial2 nak meminjam orang utk telefon cik abang kita tu suruh ambik. bila dah dapat call tu, rizal terus gerak dari rumah. 15 min dia dah sampai HKL dari Selayang. lepas tu, terus gerak HUKM.

bila sampai, rupa2nya ayah kat bahagian EMERGENCY NON CRITICAL. ALHAMDULLILAH. doktor cakap ayah kurang air dalam badan dan bahagian tekak ayah ada infeksi sikit. mungkin sebab allergi. tapi saya rasa, ayah saya tu keletihan. dah berapa hari dia tak cukup rehat sebab tolong kenduri cousin tu.. dah habis masuk Normal Saline atau 'masuk air' dalam badan, doktor kata ayah kena tahan kat wad. tapi ayah saya tu degil. dia tak mahu kena tahan wad dengan alasan banyak kerja tak siap dan dia risau siapa nak hantar adik saya yang kecil tu pergi sekolah. kalau dah nama ayah tu, kalau apa2 pun.. dorang mesti fikirkan anak2 dulu berbanding diri sendiri. tapi kalau kita? lagi suka agaknya kena tahan wad. tak payah pergi kerja kan? cheh, macam mengata diri sendiri jer. hehehe.

dah selesai semua, pergilah saya teman ayah nak ambil ubat kat farmasi. tiba2 bila staff diorang tengok saya berpakaian uniform farmasi, leh pulak dia terus bagi je ubat tu kat ayah saya dan dia cakap:

" nanti kalau apa2 encik tak faham, tanya anak encik eh. dia mesti tahu "

owh, boleh plak mcm tu kan??

tapi, saya mcm pelik sikit rawatan masuk air kat HUKM ni.. bila rawatan masuk air, dia tak baringkan pesakit atas katil. pesakit kena duduk atas wheelchair pulak. selama saya selalu keluar masuk hospital sebab masuk air ni, tak pernah pulak saya terima rawatan duduk jer. mesti kena baring. kdg2 siap leh tidur lagi. nak tahu kenapa saya selalu masuk air? saya selalu kena serangan sesak nafas dan 'period cramp'.. hehehe..

~Moga ayah dikurniakan kesihatan yang baik..A..MINN~

CONTEST RIBEN PUTIH : SI RABUN

apa kena dgn saya ni.. duk letak entry pasal contest jer. sowi lah der.. saje2 cari pengalaman kan? kali ni ada contest dari RIBEN PUTIH plak.. kalau korang nak join, korang klik banner kat bawah ni eh..:-)


sebenarnya, rabun saya ni semenjak saya belajar DIPLOMA FARMASI pada tahun 2008..yelah, dh belajar guna powerpoint je kan?mmg setiap hari 1 subjek 2 jam mengadap benda alah tu. kalau 1 hari ada 3 subjek? dh 6 jam saya duk mengadap powerpoint tu. mana ada nak guna kertas2 majung mcm zaman kita sekolah dulu..pas tu bila banyak assignment, mengadap pulak laptop. bila search info nak buat assignment to kat google, sah2 muka ni macam nak masuk je dlm laptop tu. so, bermula dari situ lah saya rabun. mula2 'down' jugak. siyes, saya tak nak mengaku rabun pun. tapi, bila tengok dari ayah, mak, adik saya yang 3 org tu slumber je pakai spec.. so, saya dah mula tak kisah. kiranya mcm genetik lah kot saya rasa. 1 family saya rabun ok. kalau saya tak rabun nanti mcm bukan 1 family pulak.. hehe..

so, kat bawah ni details pesakit yg cik riben putih mintak:

Nama : Ummi Nurul Farahin Binti Rozduan

Jenis Rabun : Short Sightness

Power Mata : (R) 150 (L) 125

Punca Rabun : Faktor cahaya ketika pembelajaran dan tengok laptop

Tempoh Mengalami Rabun : 4 tahun

Perasaan : mula2 down jugak tapi mcm best pulak sebab family saya semua rabun.

Pengalaman Manis Menjadi Si rabun : bila dalam kelas, yg rabun mesti diutamakan duduk depan. special kan? hehe.

Pengalaman Pahit : ada org yang tak bertamadun kata saya TAK CANTIK bila pakai spec..:'(

scroll ke bawah utk tgk gambar saya yg berspec..hehe..

^

^

^

^

^


~mana tak jadi rabun kan?~

CONTEST SELAMAT HARI GURU, CIKGU!

ha, ada contest lagi... yeah!! saje je nak memenuhkan entry saya ni. lagipun tgh tak ada idea sgt nak cerita pasal apa. hehe. semalam saya dah buat entry sempena hari ibu kan? hari ni nak buat entry contest sempena HARI GURU pulak. contest ni saya dapat kat SANA..kalau korang nak join klik banner kat bawah ni eh..


hm, contest ni nak kita buat ucapan terbaik utk cikgu2 kita. so, sementara tgh ada idea ni.. nak taip laju2 ucapan ni. hehehe..

Cikgu,
seawal 5 tahun kita panggil mereka
tapi kita tidak tahu siapa mereka
kita hanya mendengar dan mengikut sahaja
A untuk ayam
B untuk bola
C untuk cawan
kita hanya ikut tanpa kita tahu.

Cikgu dan Teacher,
kita mula kenali siapa mereka
sekolah rendah
sekolah menengah
tinggi atau rendah
mereka sama untuk kita
kita jadikan mereka sahabat kita
mereka yang ajar kita lebih dalam ilmu dunia
biologi, fizik, kimia
seni, geografi atau sastera
tiada beza untuk mereka
cuma kita yang membezakan antara kita
bagi mereka anak didik mereka tetap sama
yang penting tanggunjawab mereka laksana
penat lelah tiada makna
asalkan mereka mampu jayakan kita.

Puan, Tuan, Sir, Madam, Miss
kita lebih jauh mengenali siapa pendidik bagi kita
universiti, kolej semuanya sama
yang membezakan hanya kerajaan atau swasta
ilmu yang dipelajari
skop yang diterima
adalah sama
kita keluar nanti mengikut arah jalan yang kita pelajari.
kita yang memilih ikut kata hati
doktor, lawyer atau farmasi?
jadi sama2 pilih jalan sendiri

tak kira apa panggilan kita untuk mereka
dia adalah guru mewakili beribu buku
dengan mereka kita tahu apa itu ilmu
jadi tanpa mereka siapalah kamu.
maka walaupun siapa pun kamu pada hari ini,
semuanya kita mula dgn mereka.

CONTEST: I LOVE MY MOM

hari ni dah masuk bulan May.. 8hb ni adalah sambutan HARI IBU.. lepas tu 23hb adalah sambutan HARI LAHIR mak saya yang ke 43 tahun. so, disebabkan tu saya semangat nak join contest yang blog CIK IDA buat ni. korang nak join? kalau nak, korang klik banner kat bawah ni eh..


dalam contest ni beliau sebenarnya nak kita buat satu cerita atau kisah kita bersama mak kita. tapi sebelum tu beliau nak kita bagi kutukan membina atau cadangan utk tingkatkan mutu blog beliau tu. mcm biasa, jawapan saya ada kat bawah.. baca jgn tak baca ye..:-)

1) Kutukan membina

saya rasa, saya takda apa2 nak kutuk pun. saya pun bukan lah pandai sgt. berblogging pun baru setahun lebih. cuma kalau beliau letak button follower kat bahagian atas, lagi ok kot. sebab kat bawah mcm tak perasan sangat.. warna pink tu saya suka cuma combination dgn biru mcm tak berapa jadi.. itu je pandangan saya. hope tak marah ye..:-)

2) Kisah Saya & Mak

Saya panggil beliau dengan panggilan mak. mak saya yang lahir pada 23 May 1968 di Perak telah diberikan nama NOOR LIZA. pandai kan atok dan opah saya bagi nama kat mak. nampak mcm nama moden kan? hehe. mak saya seorang suri rumah tangga sepenuh masa. walaupun beliau tidak bekerja, saya bangga kerana sebab itu makan minum kami sekeluarga terjaga dengan baik malah hiasan rumah kami selalu dipuji. walaupun mak saya agak garang berbanding dgn ayah saya.. saya tetap sayang beliau.. beliau cuma garang dalam bab kebersihan. hehe..:-)

sepanjang 23 tahun saya di bawah jagaan beliau.. saya bahagia. nak tahu kenapa? mak saya cerita mak saya berkahwin dgn ayah saya pada tahun 1986. tapi kelahiran saya pada tahun 1988. kiranya 2 tahun lah mak menunggu. dalam penantian tu, mak saya banyak terima sindiran dari pihak sekeliling. ada yg suruh beliau ambil je anak angkat. tapi, mak dan ayah saya tak setuju. mereka terus menunggu. akhirnya 22 DISEMBER 1988 lahirlah puteri sulung mereka iaitu SAYA!!

kenapa saya bangga jadi puteri sulung beliau? ada kata2 beliau yang saya akan ingat sampai bila2. 18 JULY 2000, lahir puteri bongsu dalam keluarga saya iaitu adik saya yang diberi nama NURUL FARHAANA. disebabkan dah 12 tahun saya hidup sebagai anak tunggal perempuan dalam keluarga saya, saya rasa kehadiran adik saya tu menggugat kedudukan saya. hish, jahat kan saya? yelah, saudara mara duk mengusik saya yg lepas ni mak ayah saya dh tak sayang saya. dah tak boleh nak manja2. mana saya tak merajuk kan? saya yang budak hingusan waktu tu, terpengaruhlah juga. hahaha. kalau umur mcm sekarang nak terpengaruh mmg nak kena tampar laju2 lah jawabnya. tapi kata2 dari beliau ni buat saya sejuk hati. " akak, akak anak sulung taw. akak patut bangga jadi seorang kakak. lagipun kenapa nak fikir org mengusik tu. akak hasil pertama cinta mak dan ayah. akak lah yg paling istimewa". ha, tak bangga kau kalau dah dengar mcm tu. waktu tu baru lah saya tersengih2. konon dah sejuk hati lah. hish, dengki tak bertempat kan?

lagi satu, saya dgn mak saya mcm member taw. beliau lah sahabat pertama saya.. saya boleh bercerita apa sahaja dgn beliau walaupun kisah saya dan SI DIA.. beliau juga yang mengajar saya erti hidup semenjak saya berumur 1 hari lagi. yang saya banggakan lagi, kalau sekarang ni.. kebanyakan ibu mengandung bila bersalin, yg mana agak2 baby dia yang beratnya 4kg ke atas.. mesti diorang kena buat caeserian (pembedahan). tapi walaupun waktu lahir berat saya 4kg.. mak saya lahirkan saya secara normal taw..

I'M PROUD BECAUSE SHE IS MY MOM!!!

~depan:adik bongsu, tengah:MY BELOVED MOM, belakang:saya~


PUISI BUAT IBU...

ibu,
pesanmu beribu-ribu,
dari ku keluar pintu hingga ke malam tidurku..

ibu,
pesanmu beribu-ribu,
tentang pelajaran juga pekerjaanku,
tentang persahabatan juga percintaanku.

ibu,
pesanmu beribu-ribu,
sentiasa ku ingat dalam langkahku,
akan ku bawa hingga akhir nafasku.

ibu,
pesanmu beribu-ribu,
hanya kamu yang satu,
kamu satu dalam seribu,
tiada pengganti dalam hidupku.


ops, sebelum terlupa...saya nak tag:

" SEGMEN : PENULIS SENJA CARI BLOG BLUE AND PINK "

ha, korang pun tahu sekarang ni saya duk gila nak join segmen atau contest. hm, korang amek tahu ke? perasan plak kan? hehe. ok lah..entry ni, saya nak ajak korang join segmen yang PENULIS SENJA buat ni..kalau korang nak join, korang klik kat SINI ye.. korang leh tgk syarat2 yg beliau nak. tapi make sure blog korang warna pink atau biru je taw. colour lain2 reject.. cheh, mcm saya plak jadi juri.. tapi betul lah kan? tgk tajuk entry kat atas tu pun dah tahu.. :-)

~banner yg WAJIB diletak~

dalam syarat2 tu, beliau nak kita buat 2 benda. beliau nak kita bgtahu kenapa kita suka warna pink atau biru ni.. lepas tu, kita kena kutuk2 blog beliau.. ha, sudah.. wajib plak tu. takut plak nak kutuk2 ni. tapi takpe, korang baca apa jawapan saya kat bawah ni eh..

1) Sebab saya suka warna PINK:

saya suka warna pink ni dari saya kecil.. mak lah yg cakap. kalau pergi shopping saya mesti pegang warna pink. lagipun mak bgtahu, baju saya waktu baby banyak warna pink. mungkin sebab tu sampai ke besar saya suka warna pink.. tapi, antara sebab utamanya sebab bagi saya warna pink warna yg sgt feminin. mmg warna yg sgt sesuai dgn jiwa seorang gadis. cheh, tiba2 rasa jiwang pulak guna ayat tu. pas tu bila pakai baju warna pink tu.. kita tak seksi pun leh rasa kita ni mcm seksi. bukan nak menggedik atau menggoda ok. cuma, utk kepuasan dan keterujaan pada diri sendiri..hehehe.

lepas tu, kalau contohnya waktu saya belajar dulu kena buat presentation ke.. saya paling suka nak pakai baju warna pink. saya rasa bila pakai baju saya lebih confident. org tak nak tgk saya, org tgk baju pun tak per. hehe. kenapa saya cakap baju warna pink leh buat saya confident? menurut Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj, warna pink tu warna SYAHWAT ok.. ha, terkejut x? tapi bukan syahwat utk seks tu.. lucah tu beb.. hehe. syahwat tak semestinya ke arah benda tu je tapi ia merupakan semangat. syahwat tu SEMANGAT taw..

kdg2 ada jugak sesetengah mentaliti manusia paranormal ni...eh, tetiba plak.. hehe..tak2. sebenarnya ada sesetengah tu fikir yang perempuan suka warna pink ni perempuan gedik or budget cun.. pas tu siap panggil kita sotong.. saya tulis mcm berdasarkan pengalaman je kan? siyes weh, saya kena dulu. mana tak nye.. pembalut buku semua pink. alat tulis apa tah lagi. tapi saya bolayan je dorang tu. PINK tetap menjadi pilihan. bak kata USOP dalam cerita hantu kak limah.. "Kalau awok kawen nanti, awok nak semua kaler pink"..hahaha..


2) Kritikan kat blog Penulis Senja:

apa pulak yg saya nak kutuk ni? hm bagi saya blog beliau mmg sesuai dgn namanya.. suasana senja tu dah cukup menggambarkan beliau. maksud saya, nama lah.. sebab kalau nak sebut pasal sikap, manalah saya kenal beliau in personal kan? pas tu blog beliau mmg simple. tak serabot. tapi cuba nanti sesekali tukar suasana senja yang lain pulak.. suasana senja ni ada mcm2. cantik2 pulak tu.. ciptaan ALLAH mestilah cantik kan?

~sangat suka suasana ni. tapi time mcm ni takut nak keluar rumah. hehe.~