MMT > OMEPRAZOLE > PANTOPRAZOLE

Fara baru keluar wad petang tadi.. fara masuk wad hari rabu lepas. korang nak tahu kenapa? meh sini fara nak cerita. lepas tu, korang ambil iktibar dari cerita fara ni ye.. jangan dah terkena macam fara baru nak menyesal. tado guno lagi eh jang.. hehe.. 

Fara ni dengan gastrik dah 'berkawan' baik sejak tahun 2006.. mula2 kena sakit tu sebab fara tak pandai jaga makan sejak duduk asrama. yelah, kena berdikari sendiri kan? duduk rumah semua mak jaga. tapi, tahun ni gastrik fara makin teruk pulak. nak kata fara tak jaga makan, macam mustahil. mana taknya, fara ni duk mengunyah tak kira masa. ada je benda nak dimakan.

Hari Selasa pagi, lepas fara kerja malam.. fara pergi sarapan dengan cik tunang. lepas tu, terus lah balik rumah. tiba2 perut fara sakit giler.. tapi fara cuba tahan dan fara telan ubat OMEPRAZOLE 20MG.. lagipun ubat tu memang fara dah pernah on. yelah, ubat MMT pun dah tak jalan dengan perut fara ni.. bila malam sikit, fara dah tak tahan. fara terus gerak gi KECEMASAN HKL. kat situ, fara dirawat sampai jam 12.30 malam. itupun lepas rasa lega dapat infusion OMEPRAZOLE 40MG.. doktor suruh tahan wad, fara taknak..


Tablet Gelusil

Omeprazole indigestion tablets

Tablet Omeprazole

Dah padah orang degil, pagi rabu perut fara sakit balik.. nak tak nak kena jugak pergi hospital.. akhirnya, kena tahan jugak kat wad.. dah lama giler kot fara tak masud wad.. haih, mati kutu dibuatnya. memang tak tahu nak buat apa. tapi, nasib baik masuk WAD KELAS PERTAMA.. so, selesa lah sikit.. hehehe.. memandangkan perut fara semakin teruk, fara pun on ubat PANTOPRAZOLE 40MG.. baru lah rasa lega sikit perut ni..


Tablet Pantoprazole

Lepas ni, dah takde makanan pedas, air gas, asam2 ni semua.. fara kena makan sup je.. tinggalkan semua ikan goreng cili, sambal belacan, tomyam... wargh, semua favorite tu.. :-(

Sebenarnya, fara ni tak minat pun minum air gas.. ni gara2 raya hari tu.. lepas tu, buat tambahan je lah kat perut fara yang memang sedia tak sihat ni.. lagipun, dulu dalam kelas suka sangat makan asam kalau taknak bagi mengantuk.. tapi, ni lah padahnya..

Macamanapun, fara redha.. doakan fara cepat sembuh ye kawan2.. fara nak kahwin ni.. hehehe.. (^___^)

p/s: semua gambar ihsan dari mr google.. malas nak transfer gambar dari handphone..


Ni ambik dari folder adik.. hehe..

Oh Mizobata Junpei..

Kalau sape2 rajin tengok blog fara ni, mesti korang tahu fara giler2 suka kat pelakon korea KIM HYUN JOONG tu.. betul tak? kalau tak tahu, belek2 jer blog fara mesti jumpa gambar dia.. tapi, kalau korang nak tahu, sekarang ni.. fara dah jatuh cinta dengan sorang pelakon jepun pulak.. ni gara2 fara duk beli DVD Detective Conan tapi bukan yang cartoon tu. best.. pelakon watak utama yang jadi SHINICHI tu yang fara suka sangat.. 

Mula2 fara tahu cerita ni sebab kat laman web www.mysoju.com tu.. dah tengok separuh, rasa tak puas pulak tengok kat screen kecik.. so, fara cari jugak DVD dia. sekarang, baru puas hati tengok kat tv besar.. hehe.. lagipun DVD ni banyak episod.. tak rugi beli.. :-)


Sekarang, fara nak tunjuk pelakon yang fara suka sangat ni.. jom layan!!








SAYA SANGAT SUKA!!! cik tunang jangan marah ye... :-)




Review Filem Expandable 2

Dah tengok expandable yang pertama tak? pada yg pernah tengok, mesti excited nak tunggu yang kedua ni. Siyes best sangat.. pada korang yang suka action movie, ni cerita yang harus korang tonton ok.. fara tengok cerita ni pun sebab ada SYLVESTER STALLONE ni.. walaupun hero tua, tetap macho dan mantap.. hehe.. suara dia yang buat fara gugur jantung tu.. hehe.. cik tunang sebelah fara pun bengang jer dengan fara sebab dari awal cerita tu, fara duk puji si sylvester tu.. dah fara puji2 tu, dia sentap lah pulak. ada ke patut dia cakap kat fara macam ni.. " yelah, kita ni gemuk. tak macho mana.." alahai, ada touching di situ.. :-p

Sebelum fara cerita sinopsis cerita ni, korang tengok dulu barisan pelakon dia. ramai sangat yang utamanya..


Tapi, sinopsis cerita ni takda banyak sangat nak bagitahu pun. lebih kurang macam yang pertama. tentang balas dendam jugak bila ahli di kalangan dorang terbunuh.. untuk filem kali ni, dorang nak balas dendam untuk BILL 'THE KID' (Hemsworth).. 

So, jangan lepaskan peluang tengok cerita ni. kalau fara dah kata best tu, memang pasti best. sebab kawan2 fara kata, fara ni bila nilai sesuatu tu agak tinggi jugaklah. hehehe.. kalau fara kata best tu, pergi lah tengok. korang tak rugi beli tiket wayang tu.. SELAMAT MENONTON!!

Shopping Raya Vs Shopping Kahwin

Raya tahun ni, fara takdelah excited sangat nak sambut sebab tu cuti raya pun tak amek.. korang nak tahu kenapa tak? tahun ni, fara lebih fokus pada persiapan perkahwinan fara hujung tahun ni. haih, macam2 nak kena beli. barang2 yang dijadikan hantaran dah beli 100%.. cuma persiapan untuk goodies beg belum lagi.. hari ahad lepas, fara rasa nak patah kaki beli barang2 tu semua. ni lah jadinya kalau beli sekali harung.

Fara takde lah beli barang2 high class sangat. biasa2 jer mana cik tunang fara mampu. lokasi pilihan fara kat Midvalley & KL Festival.. fara suka pergi tempat macam tu sebab banyak butik. so, tak payah nak pening kepala. 

Hari ahad ni kita dah raya kan? tapi sabtu tu fara kerja lagi. nasib baik lah adik lelaki fara dengan rela hati nak teman fara balik sebab mak ayah fara balik hari jumaat.. terima kasih dik.. (^___^)

Akhir kata, SELAMAT HARI RAYA buat kawan2 semua.. jangan makan ikut nafsu taw.. siapa yang nak kawen lepas2 raya ni, control berat badan ye..