Biar Betul Nama Ni Semua Tak Bagus???

Eh, korang tahu tak apa maksud nama korang? takkan tak tahu kan? sekurang2 nya mak ayah korang  mesti ada bagitahu. kalau tak bagitahu, maksudnya korang tak pernah nak tanya dan ambil tahu. macam fara, maksud nama UMMI NURUL FARAHIN ni, bermakna CAHAYA KETENANGAN IBU. tapi, tak sure lah fara ni dah cukup tenangkan mak fara ke tidak. hehe.. 

Nama ni main peranan besar dalam hidup kita taw. bila kita lahir, mesti mak ayah kita cari nama yang terbaik untuk kita. bukan kita sendiri yang pandai2 nak letak nama.. memang tak logik langsung lah kalau korang tanya, "siapa bagi nama kau?".. orang tu oleh pulak jawab "eh, aku lah pilih sendiri nama aku".. jawapan macam tu, memang elok ditampar2 je mulutnya. huhu..

Sebut tentang nama ni, tadi fara dapat 1 info melalui rancangan TANYALAH USTAZ kat tv9. Ustaz SHARHAN SHAFIE pengamal perubatan Islam menyatakan ada nama yang di antaranya adalah nama anak2 jin. walaupun maknanya bagus, tapi nama ni boleh mendatangkan penyakit misteri.. korang nak tahu tak nama apa? *hish, macam tak sampai hati plak nak bagitahu*

1. Balqis
2. Qistina/Kistina
3. Najwa
4. Zakuan/Zaquan
5. Batrisya
6. Erisya/Alisya

Menurut ustaz tersebut, nama2 yg kat atas ni kalau terkena sihir sukar diubati. Nauzubillah! Jadi, kepada yang bakal ibu atau bapa tu janganlah sesekali mengambil nama2 di atas untuk bakal anak anda. Namun, bagaimanapun.. kawan2 yang dah ada nama macam tu, tak perlu nak tukar nama tapi cuma perlu tukar cara panggilan je. contoh, kalau nama siti najwa.. panggil je SITI. jangan guna najwa..

Korang yang nama2 dalam senarai tu, jangan salahkan mak ayah korang plak. zaman dulu, ilmu tak sedalam sekarang. jadikan solat sebagai pegangan, banyakkan doa. INSYALLAH segalanya selamat. lagipun, DIA yang di atas sana dah aturkan segala yang terbaik untuk kita.

Bila dah tahu info tu, fara cancel lah letak nama anak fara nanti ALISYA.. sebenarnya, fara suka nama tu. macam kawaii je bunyi nye.. cheh, berangan nak letak nama anak ni. kawen pun belum.. haha.. 



23 Tahun Itu..

Semalam birthday fara yang ke 23 tahun.. 23 tahun ok!! selama 23 tahun ni, apa yang fara dah buat agaknya kan? dosa, pahala.. entah banyak mana.. ALLAH sahaja yang tahu. kalau umur dah macam ni boleh dikatakan kategori dewasa. fara dah takde dalam kategori remaja lagi sebab remaja selalunya yang berusia 18-21 tahun. hehe. tapi, bila fara renung2 kan sikap fara ni. haih, mengeluh sekejap. perangai macam budak2. apa2 sikit.. ayah, mak.. sampai BF fara kata, "eh, awk tu umur 23 taw. jangan nak merengek2 mcm budak 3 tahun". nak buat macamana. tolong bagitahu sikit.. nasib baiklah si dia boleh terima fara ni seadanya..

Sebenarnya, akan banyak berlaku perubahan sepanjang dalam hidup yang kita lalui ni. tak kisahlah berubah dari segi fizikal atau pemikiran kita. dari zaman anak dara berubah jadi isteri orang. dari seorang isteri akan bertukar menjadi seorang ibu. so, dari situ kita akan melalui pelbagai perubahan fasa kehidupan.

Fara harap, bertambahnya usia fara ni.. fara akan berubah menjadi lebih baik. fara nak jadi anak yang baik, kakak yang baik, kekasih yang baik dan teman yang baik.. INSYALLAH..

Owh ye, sempena umur fara dah meningkat ni.. hadiah hari jadi pun berubah jugak. dah takde dapat teddy bear lagi dah.. fara dapat buku ilmiah sekarang taw. satu ayah fara bagi. satu lagi kakak angkat fara yang bagi. cik gemuk fara tak dapat bagi apa2 sebab dia kata tak cukup budget. yelah, tengah kumpul duit nak kawen kan.. takpe.. fara faham. ha, bagus kan fara? hehehe..:-p

~buku ni hadiah dari AYAH YANG TERCINTA~


~buku ni hadiah dari kakak angkat fara TENGKU NUR ARINIE~

Buku ni dua2 tebal.. tapi fara akan habiskan baca buku ni.. fara dah belek sikit2.. isi kandungan nya menarik. tak bosan nak tengok.. cuba lah kawan2 baca.. :-)



Budak Basking Ni Hebat Ke Bagi Korang?

Korang tahu basking tu apa? takkan tak tahu kan? siapa budak KL tak tahu basking tu apa, gi bungkus kain baju duk negeri lain. amboi, gurau kasar kau fara kan? jangan marah ye.. gurau2 je.. hehe.. so, fara nak tanya korang apa pendapat korang tentang budak basking ni? mungkin ada sesetengah kita akan pandang diorang ni sebelah mata. ada yang kata diorang ni budak jalanan.. tapi, korang nak tahu tak apa pandangan fara tentang diorang ni? 

OK!! just one word that i wanna to say.. BERANI!! serious beb. fara salute diorang ni. korang ada bran nak buat macam tu? menyanyi dari meja ke meja mintak duit kat orang.. peh, berapa kerat sangat kan? fara tetiba cerita pasal diorang ni bukan apa.. semalam, fara and family gi lah makan kat Kampung Baru.. pas tu, kat kedai tu ada lah sorang budak basking ni. fara rasa budak sekolah lagi kot. dia pun nyanyilah 2,3 lagu untuk kitorang. lepas dah habis tu, dia gi meja ke meja macam mintak duit lah. bila sampai satu turn kat meja ni, ada 3 orang yang boleh digelar pakcik.. sound budak tu, "AKU TAK DENGAR PUN KAU NYANYI".. lepas dengar macam tu, korang agak budak tu buat apa?

Budak tu dengan slamber, betulkan gitar kat badan.. then, petik gitar.. pas tu, dia terus nyanyi lagu 'BIAR BULAN BICARA'.. ha, ambek kau.. memang khas lah untuk pakcik tu.. mesti korang fikir pakcik tu macam kerek kan? baca dulu cerita fara ni sampai habis. bila budak tu habis nyanyi jer, dengan slamber jugak lah pakcik tadi tu bagi RM50.. ha, korang ada bran nak buat macam budak tu dan pakcik tu? hehe..

So, tak payah lah nak pandang rendah sangat kat budak2 basking ni. pas tu, jangan nak kedekut sangat nak hulur seringgit dua.. apa salahnya kita hargai usaha diorang kan? alamak, lupa pulak nak cakap basking tu apa? pada yang tak tahu, basking tu secara rambangnya ialah seseorang yang nyanyi sambil pegang gitar.. selalunya kita jumpa diorang kat kedai2 makan atau kat tempat yang banyak jadi tumpuan. selalunya diorang ni kalau menyanyi, best jugak suara diorang.. :-)



"Nak Trafik Percuma? Nak Follower Ramai?"


 

Blog fara ni baru setahun jagung je.. so, follower takdelah ramai sangat. disebabkan tu, fara nak masuklah segmen ni. kalau korang nak masuk jugak, klik banner atas tu. tapi, if blog korang dah famous tahap gaban tak payah lah masuk. bagilah peluang kat junior2 macam fara ni.. hehe.. :-p

Untuk segmen ni, korang kena bagitahu bila dan bagaimana anda bermula dan berminat untuk berblog.. so, cerita fara ialah.. jeng jeng..

"fara mulakan blog fara ni pada 1 jan 2010.. kiranya 1 jan 2012 akan datang ni, genaplah 2 tahun blog fara ni. fara mula berminat untuk ada blog ni sebab pengaruh ADIK fara. dia bebas untuk cerita apa je kat blog dia. so, fara pun suruh lah adik fara buatkan 1 blog untk fara ni.. lagipun, memang fara takde basic langsung.. fara pun belajar lah sikit2. now, fara dah buat macam2 dengan blog fara ni.. nak luahkan perasan happy, sakit hati, marah, sedih.. semua 'dia' dah tahu. kononnya macam diari fara."

HA, itulah cerita fara.. tapi fara nak kejar follower dan traffic ni bukan gila glamour.. cuma, saje je nak tambah kenalan ramai2 kan? mana tahu antara banyak2 tu tersesat pulak kawan2 lama yang dah lama hilang contact tu.. sekarang ni pun adik fara yang AFIQ pun dah mula minat dengan blog ni. tapi, kata2 dia agak macam sastera sikit cuma takdelah jiwang, ayat2 puitis tu.. fara sendiri pun tak tahu nak terangkan macam mana.. korang nilaikan sendiri. kalau nak baca, klik SINI.. :-)

Story Aku & Lagu

Geng Fiq'ra buat aktiviti lagi lah.. bestnye.. tu lah, rugi siapa tak join geng ni taw.. best sangat. hehe.. kali ni aktiviti tentang cerita dan lagu.. jom join!



Kalau nak ikutkan, banyak betul lagu kegemaran fara. tapi, untuk aktiviti kali ni fara nak bagitahu lagu kegemaran fara waktu fara kecik lah. nampak nostalgia sikit. hehehe.. mungkin antara korang pun pernah dengar jugak lagu ni.. kalau korang rajin masuk nasyid waktu sekolah rendah dulu, ni antara lagu yg agak famous taw. tajuk lagu dia 'DI PONDOK KECIL'.

Serious, waktu kecik dulu fara suka sangat dengar lagu ni. bila dengar lagu ni, fara akan sentiasa ingat mak ayah fara. kadang2 boleh nangis fara dengar lagu ni sorang2. biasalah, mungkin sebab fara anak sulung. fara rasa tanggungjawab sebagai kakak ni besar. fara takut kalau fara hilang mak ayah fara. fara rasa macam tak boleh terima kalau diorang takde. :'(

Disebabkan lagu ni jugak, fara sentiasa berpesan kat diri fara supaya jadi anak yang terbaik untuk mak ayah fara. fara akan buat yang terbaik untuk hidup fara supaya dapat membanggakan mak ayah fara. tapi, disebabkan lagu ni jugak.. fara rasa diri fara ni still manja dengan mak ayah fara sampai sekarang. tak boleh nak berpisah langsung. masuk asrama waktu belajar dulu pun nak menangis. padahal dah besar kot.. huhu..

Lagu ni memang bermakna dalam hidup fara. liriknya simple tapi ada maksud yang mendalam. lagu ni buat fara rasa bertapa pentingnya mak ayah fara dalam hidup fara. sebab tu BF fara pun tahu, kalau ditakdirkan  dulu mak ayah fara tak suka dia.. fara takkan bersama dia. tapi ALHAMDULLILAH semuanya berjalan lancar.. mak ayah fara suka dengan pilihan hati fara. :-)

Pada korang yang ada mak ayah lagi, hormat dan sayangi lah diorang lebih dari diri korang sendiri. senangkan hati diorang. INSYALLAH, selamat hidup kita. kalau korang tak pernah dengar lagu yang fara maksudkan ni, korang tengok video bawah ni..




~I LOVE THEM SO MUCH!~

Wordless Wednesday - MLM



Contest Gambar Cool

Yeah2.. nak join contest lagi.. saje2 nak jadikan hobi terbaru. hehe.. kali ni fara nak join contest ni plak. kalau korang nak join, macam biasa terus klik banner yang cool kat bawah ni..


Nak kata fara ni cool, mungkinlah kot. tapi, kalau nak cari gambar fara yang cool.. fara tak sure. tapi, cuba je lah kan? so, fara nak pertaruhkan gambar ni..


Tu gambar fara dengan kawan2 kolej fara.. fara rasa gambar ni cool sebab kitorang tak pandang camera. fara dalam gambar ni yang freehair tu.. huhu..

Untuk contest ni fara tag insan2 terpilih ni:




2 Parut Dalam Hidupku..

Cheh, tajuk macam apa je kan? bajet2 duka lah sangat. sebenarnya, fara nak cakap pasal 2 parut yang ada kat fara ni. sempena lagi 2 hari fara nak menyambut ulang tahun kelahiran fara yang ke 23, saje je lah nak mengenangkan sikit pasal parut2 ni.. tu yang cik gemuk kita kata hantaran turun ni. apa kena mengena parut dengan hantaran kan? dush! dush! nak ikutkan banyak je parut kat badan ni. biasalah waktu kecik tu 'baik' sangat kan? hehe.. setakat parut2 kecik tu dah lama hilang. cuma, tinggal 2 parut je yang takkan hilang sampai bila2.. sedih betul.. :-(

Parut pertama yang fara dapat waktu umur fara 6 tahun. parut kat telinga. luka siap berjahit lagi. ni gara2, nak lambai ayah fara pergi kerja. fara duduklah tepi longkang depan rumah fara tu. tahu kan rumah teres.. kanan kiri mesti ada longkang. so, baik punya lambai.. fara boleh pulak terlentang dalam longkang tu. apa lagi, telinga koyak. so, berjahit lah telinga fara ni.. 

Parut kedua kat peha fara.. tu waktu umur 6 tahun jugak. naik motor dengan makcik fara. biasalah budak kecik, pantang tengok orang berjalan mesti nak ikut. termasuk lah fara ni ha. nak dijadikan cerita, ada 1 van yang drivernya mabuk langgar lah kitorang berdua. apa lagi, fara tercampak tepi jalan. peha fara koyak.. habuannya, dapatlah fara 20 jahitan kat peha ni. so, peha fara memang cacat sikit lah. tapi takde siapa pernah  dapat tengok melainkan bakal suami fara nanti *mungkin cik gemuk*.. hahaha.. gatal seh!! alah, masing2 dah besar. faham sendiri lah kan? :-p

Parut ni kadang2 akan merendahkan keyakinan seseorang kan? tapi, nasib baiklah parut fara bukan di tempat yang jadi tumpuan mata nak tengok. boleh jugak sorok2. hehe.. :-p

Fara tulis pasal parut ni bukan apa.. bila nak buat preparation untuk tunang ni mulalah duk fikir nak cantikkan lagi diri ni.. kalau boleh nak buat rawatan kecantikan dari hujung rambut sampai hujung kaki. padahal baru tunang.. kabut betul.. hehehe.. so, doakan fara ye kawan2 supaya semua akan berjalan lancar..



Akhirnya Saya Dirisik *blushing*

Setelah 5 tahun, 6 bulan dan 1 minggu.. akhirnya fara telah dirisik oleh family cik gemuk fara.. perasaan tu tak tahu nak cakap macam mana.. happy, terharu semua ada.. bila tengok jari manis fara tersarung cincin ni ada perasaan yang tak dapat fara nak cakap. ha, kau.. ni baru merisik.. belum tunang dan kawen lagi.. waktu tu, tak tahulah nak cakap macamana.. yelah, dalam hubungan fara dan dia ni dah macam2 kitorang tempuh.. bila fikirkan, tu yang jadi touching sekejap.. huhu..

Family fara dengan rizal ni dah lama kawan.. ayah fara dah kawan dengan ayah dia pun sebelum diorang kawen lagi. so, fara dah biasa dengan panggilan pakcik dan makcik.. bila bayangkan nak tukar kepada panggilan mak dan ayah nanti rasa janggal pulak. hehehe.. :-p

Fara harap fara dah kena 'booking' ni, hubungan fara dan rizal akan berterusan dengan baik sehingga akhir hayat. semoga ikatan fara dan dia takkan pernah putus.. kawan2 doakan fara eh.. aminnn...:-)

~cincin belah rotan~


HafizZainal's Contest - Senyuman Mahal II

Ni kali kedua fara masuk untuk contest ni.. kali pertama dah kalah. so, saje cuba nasib untuk kali ke-2. hehe. kalau korang nak join jugak, korang klik banner bawah ni. tapi, sebelum klik baca sampai habis entry fara ni. penat fara taip. :-p


Untuk contest kali ni, fara nak letak gambar yang ni:


Korang dah letak gambar tu, kita kena jawab 3 soalan taw. jom2 baca jawapan fara..

1. CERITAKAN KENAPA ANDA RASA GAMBAR SENYUMAN ANDA INI ADALAH SENYUMAN MAHAL?
Ini sebab fara jarang senyum nampak gigi. cara fara senyum selalu tutup mulut je atau bak kata BF fara, fara suka senyum sebelah. fara pun tak tahu kenapa dia kata fara macam tu. hehe.. gambar kat atas tu lepas fara konvo untuk DIPLOMA FARMASI fara. bila dah senyum nampak gigi tu kira macam happy gila lah sebab boleh dikira dengan jari gambar fara senyum nampak gigi. hehe..

2. KENAPA ANDA BERMINAT UNTUK JOIN CONTEST NI?
Sebab saja nak tunjuk gambar fara senyum nampak gigi. bukan senang taw nak tengok. hehe.. alah, saje cuba nasib. mana tahu boleh menang. cheh, perasan tak hengat! :-p

3. APA 1ST IMPRESSION ORANG TERHADAP ORANG YANG PAKAI BRACES?
Wah, sangat comel sebab sebenarnya fara pun teringin nak pakai braces tapi fara ni jenis takut sakit. kalau pakai benda tu kena control makan. tu yang tak best. dah lah fara ni kuat makan. :-(

Owh ye, sambil2 korang taip entry korang tu nanti.. cuba korang klik kat SINI.. layan lagu sikit untuk ambik mood.. hehe..

Sebelum terlupa, fara nak tag 3 orang utk contest ni:
1. Cik Momo
2. Cik Lollypurp
3. Cik Aish







Mahu Cuba Cara Diet Diorang Tak?

Selalu kita dengar pasal diet2 ni kan? tapi, korang tahu tak cara diet yang betul? apa yang korang buat mesti tak nak makan nasi kan? ha, tu dah salah. sebenarnya banyak lagi cara diet yang betul taw. so, korang tak payah susahkan diri korang tu tak makan berhari2.. apa kata korang try diet ala artis2 Korea ni.*mentang2 fara minat Korea*

1. DIET DANISH ALA KARA NICOLE
Ha, korang tahu tak pe benda diet danish tu? diet danish ni boleh membantu untuk ubah metabolisma badan kita dengan cara pemakanan yang kita ambil di mana protein adalah tinggi dan kalori rendah. tapi diet ni jugak sangat ketat. tapi, best taw menu2 dia.. cuba korang klik SINI dan SANA untuk dapatkan menu.. :-)


2. DIET KALORI ALA YOON EUN HYE
Dia mengawal jumlah kalori yang diambilnya kira2 1600 Kcal sahaja. dia mengambil nasi dalam lingkungan 150g - 170g sahaja dan diambil bersama sayur atau salad. jika lapar, dia akan mengambil buah strawberry sebagai sneknya.


3. DIET PISANG ALA SEO IN YOUNG
Cara diet ni paling senang sebab ia buat wajah jadi lebih kecil, membakar lemak di bahagian pinggang dan perut. ia juga membuat dada lebih bervolume. cara diet ni yang fara amalkan kadang2 sebab ia paling mudah. mungkin sebab tu fara makan banyak bahagian perut fara susah nak buncit.. hehe.. try lah.. yang ni fara berani jamin sebab fara cuba.. :-)


4. DIET KALORI ALA GIRLS GENERATION
Cara ni lebih kurang dengan Yoon Eun Hye jer.. antara menu untuk group ni ialah 50g rempah *fara tak sure rempah apa*, 5 potong brocolli, 150g nasi merah dan 100g dada ayam. hm, patutlah potongan badan diorang lebih kurang je sebab cara diet yang sama.


5. DIET PROTEIN ALA JUNG HYE YOUNG
Fara suka sangat dia ni sebab dah ada anak 3 pun body still maintain taw. ala, dia yang berlakon dalam cerita PLAYFULL KISS jadi mak yang sangat sporting tu.. kalau korang nak tahu tentang diet ni, korang klik SINI sebab nak taip panjang sangat.hehe.. :-p


6. DIET SALAD ALA PARK BOM
Cara diet ni buat kita rasa kenyang kerana kandungan seratnya yang tinggi. so, memang sesuai sangat untuk diet..


So, kalau rasa nak diet tu, cubalah cari cara diet yang betul. jangan lah seksa diri tu ye.. kalau boleh diet tu biarlah sebab nak sihat bukan nak cantik semata2 taw.. tapi kalau artis2 Korea ni, fara selalu jelous dengan kaki diorang. yelah, macam kurus je.. kaki fara ni dah panjang cuma tak cukup kurus jer.. hahaha.. selamat mencuba kawan2.. 



Day 12 – A Photo of Something That Makes Me Happy






^

^

^

^

~eh eh..tetiba pulak kan ada mamat ni..hehe..~

Nak ikutkan banyak lagi tapi nanti korang nak masuk blog fara jadi lambat loading pulak. so, fara batalkan niat fara tu.. hehe..

Tolong Kawan Saya Hilang :'(


Fara tengah sedih sebab kawan baik fara dari sekolah dulu dah hilang.. kalau kawan2 blogger fara pernah ternampak dia ke apa, bagitahu fara ye.. dia kawan baik fara dari sekolah lagi.. fara tahu dia takkan lari dari rumah sebab fara kenal dia. dia penakut orangnya. dia takkan setekad itu. tolong ye kawan2.. dia student UITM Segamat.. tolong dengan sangat... :-(

dia yang duduk sebelah kanan fara :'(

Wordless Wednesday - Redha Seorang Suami






~credit to KEMBARA SANG SEMUT~

Jom Reka TAGLINE..

Ni, 1st time fara nak masuk aktiviti under GENG FIQ'RA.. aktiviti kali ni, reka tagline untuk geng ni.. haih, kepala fara ni bukannya kreatif sangat. saje gatal2 nak cuba.. kalau tak best jangan ketawakan pulak eh.. hehe.. 


Agak2 fara nak buat tagline apa ek? kalau macam ni ok x? ha, cepat2 scroll ke bawah:

^

^

^

^

^

^

^

^

~abaikan je KIM HYUN JOONG tu..hehe..~






Blog Ini Dalam Proses Pemulihan..

Harap maaf kalau kawan2 masuk dalam blog fara ni macam tak siap sikit.. blog fara ni dalam proses pemulihan. nanti, kalau dah cantik2 fara akan update entry2 baru ye.. tq to FARAH IZZATI sebab sudi nak cantikkan blog fara ni.. tqsm.. fara suka sangat. almaklumlah fara ni tak tahu apa sangat pasal blog ni.. hehe..

So, nantikan penampilan baru blog fara ye kawan2..:-)


~perasan pulak tetiba..hehehe~

Akhirnya Diploma Itu Ku Genggam!!

Pergh, tajuk tak boleh blah.. ala2 sastera gitu.. hehe.. akhirnya, DIPLOMA FARMASI menjadi hak milik fara. susah payah fara bersengkang mata waktu study, menghafal segala jenis ubat2, buat macam2 ubat.. akhirnya berbaloi jugak. tak lupa pada mak ayah fara yang selalu menyokong fara.. terima kasih mak!ayah! akak sayang kalian! huhu.. ~tiba2 nak touching~

So, malas nak cerita banyak, korang layan gambar2 fara ni.. yang bestnya fara konvo, orang lain susah payah kena bayar gambar pakej utk 1 family, upah orang tangkap gambar semua.  tapi, nasib baik lah fara tak perlu semua tu sebab adik fara sendiri PHOTOGRAPHER!! awek dia pun sama.. sonang kojo den.. jimat pun jimat.. hehehe..






~all picture credit to OMAW ROZDUAN~

Kalau korang nak tengok gambar2 lain yang lagi best, klik OMAR atau OMAW.. dua2 blog ni penuh dengan gambar..:-)



Kenapa Saya Suka Handphone Lipat2?

Sekarang ni ramai je yang dah pakai handphone canggih manggih ni.. IPHONE lah, tablet lah.. haih, macam2 sampai fara pun tak tahu apa lagi nama2 dorang ni. almaklumlah, fara ni buta teknologi sikit. hehe.. sekarang ni, budak sekolah pun dah pakai hp yang canggih2 ni.. dahlah mahal pulak tu kan? fara dulu sekolah takde pun hp sebab fara rasa membazir je nak guna duit belanja untuk topup bagai. baik fara makan. ada jugak kenyangnya. apa2 guna public phone jer.. agak2 generasi akan datang kenal tak public phone ni? hehe..


Bila tengok kawan2 fara yang lain dah tukar hp macam2, memang terniat nak tukar jugak telefon ni. yelah, dorang asyik duk perli fara jer.. kata fara ni jimat sangat. telefon pun taknak tukar. eh, hello.. bukan fara taknak tukar. masalahnya, fara suka hp lipat2 ni sebab rasa macam bergaya sikit.. haha.. dush dush.. jawapan nak mintak kena lempang kan? sebenarnya, fara suka hp lipat2 ni sebab fara terpengaruh dengan cerita korea. kebanyakan dalam cerita dorang semua guna hp lipat2. korang perasan tak? contohnya macam dalam cerita PLAYFULL KISS.. ha, smart kan hp dorang..
~smart kan? smart x?~

Fara ni guna hp Sony Ericson jer.. jenis lipat2.. yang buat fara sayang lagi hp ni sebab dia warna pink warna favorite fara. so, tak kisahlah orang nak kata fara ni ketinggalan zaman ke aper. janji fara sayang hp ni. lagipun, cik gemuk fara yang hadiahkan hp ni. selagi boleh guna, gunakan aje.. tapi, kalau ada smartphone jenis lipat2, boleh jugak fara beli. hehehe..