CONTEST PHOTO COUPLE : 'WE ARE NOT PERFECT'

Wuuuhu.. lama gila tak join contest sejak makin busy ni..hehe.. hm, kali ni fara dapat contest dari blog yg sgt comel ni.. contest yg fara nak join ni pun sgt fara suka.. I LIKE!! kalau korang pun nak join, korang klik gambar bawah ni taw..


syarat2 contest ni tuan punya blog tu dah buat cantik2.. so, korang follow je taw..


dah nama contest ni pasal kita dgn pasangan kita kan? so, meh layan jap gambar2 fara dgn cik abang fara ni.. wah, excited nak tunjuk ni.. :-)


Si kecik dan Si besar tu memang panggilan untuk kami berdua taw sebab org sibuk kata tentang saiz badan kitorang yang jauh berbeza. tapi tak kisah pun. fara memang suka..


ops, cik abang fara bukan bapok taw pegang handbeg. tu handbeg fara.. dia pegang sekejap sebab handbeg tu berat.. hehe...


Ha, dah cukuplah tu 3 keping fara letak.. jangan nak over sgt kan? hehe.. lepas korang dh tgk gambar2 tu.. meh fara nak cerita tentang saat pertama pertemuan kitorang.. tu syarat no 4.. jom, check it out!!

actually fara dgn dia dah kenal lama sebab kitorang ni berjiran.. mak ayah pun dh kawan baik. dia tinggal tingkat 1 dan fara tingkat 2.. tapi before ni kitorang cuma pandang2 jer.. fara suka tgk badan dia yg chubby tu.. walaupun badan saiz XL, dia tetap aktif kat sekolah.. owh ye, dia senior sekolah fara jugak..hehe..

habis sekolah, dia dah kurus sikit. waktu tu dia try mintak no telefon fara. sejak tu kitorang rapat.. 10 JUN 2006, lagi seminggu fara nak masuk belajar.. dia mintak couple.. dan, semenjak tarikh tu hingga entry ni ditulis.. kami dah bersama selama 5 tahun 2 minggu dan 2 hari. lama kan?

tapi, ada rahsia nak bagitahu ni.. mula2 fara dah memang agak dia suka fara tapi yg buat fara geram tu.. dia lambat sgt mintak couple.. last2, fara bagi hint banyak2 kat dia yg fara pun mcm minat kat dia. hik hik (gelak gedik). lagipun fara tahu dia memang minat fara dari sekolah sebab dia selalu curi pandang kat fara terutama waktu tution.. cheh, confident tak hengat. hehe..

walaupun bermacam2 dugaan yg kitorang tempuh.. ALHAMDULILAH.. kami dapat tangani dgn baik. org sibuk mempersoalkan jugak tentang saiz badan dia jauh berbeza dgn aku, tapi... ADA AKU KISAH?? hehe..

perancangan utk ke arah hubungan yg halal tu mestilah ada kan?
so, doa2 kan kami eh..:-)





Kereta Atau Rumah??

Assalammualaikum semua.. berkenaan dgn tajuk entry fara tu, fara nak tanya korang.. bila korang umur dah semakin meningkat, maksud fara umur dalam lingkungan 20an ni.. apa yg pertama terlintas kat fikiran korang utk dijadikan aset dalam hidup korang? fara pasti 90% akan jawab kereta kan? fara tiba2 nak cerita tentang perkara ni bukan apa.. cuma kat tempat kerja fara dah beberapa org tanya fara dgn soalan yg sama: 'BILA FARA NAK BELI KERETA?'

Sebenarnya bukan fara tak minat cuma fara fikir harga kereta ni makin lama makin jatuh tapi bukan harga rumah.. cuba korang tgk mana ada harga rumah yg murah lagi.. kalau kereta bila2 je akan ada model yg baru harga pulak makin jatuh. terbaru ni yg wat fara meleleh tgk... peh, MYVI baru.. cantik tahap gaban! i LIKE!! tapi bila difikirkan, betul cakap ayah fara.. fokus pada satu matlamat dulu. jgn semua nak dikejar pas tu nanti hutang keliling pinggang.

Lagipun, mungkin yg membuatkan fara tak terfikir sgt tentang kereta ni sebab kemana je fara pergi mesti ada org hantar atau ambik. bf fara kata fara ni terlebih mengada2.. hehe.. so, tak leh nak salahkan fara jugak sebab dari sekolah dulu mana fara pergi ayah nak hantarkan. hehe..

Kesimpulannya, mana yg mahu didahulukan sebenarnya terpulang pada seseorang individu tu. ada yg rasa kereta tu lagi penting sebab senang nak kemana2 tapi bagi fara transport awam pun byk je.. Jadi, tepuk dada tanyalah hati kita..


~dapat rumah kondo pun ok gak.. hehe..~


~waktu sekolah dulu, fara suka kereta ni~

Dah Tukar Dah!! Happy Sangat!!

hai kwn2.. hari ni fara happy sgt sebab wishlist fara yg pertama dah tertunai.. nak tahu apa dia?? cer korang jeling kat side kiri fara tu..ha, dah tahu dah? syukur ALHAMDULILAH.. fara ada rezeki utk tukar hanphone yg baru.. tapi sekali lagi bukan fara yg beli, tapi cik abg saya belikan.. baik tak syg saya? hehe... :-)

korang ingat tak ada satu entry fara yg cerita tentang handphone tu.. kalau tak ingat, korang klik SINI..ni kiranya dah kali kelima lah fara tukar handphone dan MY SYG hadiahkan lagi sempena kitorang 5 tahun..teruja gile aku. dh lah warna pink pulak tu. I LIKE!!

korang nak tahu tak fara pakai handphone apa? sekarang fara guna T707 pulak.. cik abg fara kata, tu limited edition.. bukan senang nak dapat. korang tahu tak yg mana 1? mana lah tahu korang pun sama mcm fara, tak pakar sgt bab2 handphone ni. hehe..

~ha, ni lah T707 tu.. cantik kan?~

~ni keypad handphone dia.. sgt best utk ditekan2.~

~ni lah antara keistimewaan dia.. fara suka screen luar dia tu~

kepada MOHD RIZAL.. terima kasih sgt2.. t nak tunang, dalam hantaran nak handphone lain pulak eh.. hehe.. joking!! Love you!!

Kerja, OT, Latihan Menari, Kursus dan.....??

Assalammualaikum semua.. peh, dah lama sangat fara tak update blog kan? siyes, fara sgt busy lately ni.. dgn kerja lagi, latihan menari lagi.. owh ye, mesti korang tertanya2 kan? fara ni kerja Penolong pegawai Farmasi.. tapi apa pulak nak sibuk pasal menari kan? hehe.. sebenarnya, bila kita dah kerja ni.. jgnlah kita sibuk dgn kerja semata2 kan? kita kena jugak cari hiburan utk diri kita sendiri.. mungkin sesuatu yg kita suka buat.. mcm fara, fara suka menari.. bukan je dapat enjoy tapi leh jugak sebagai satu senaman. yelah dh sehari suntuk dari 8 pagi sampai 5 ptg duk mendispen ubat je, takut bosan pulak kan? tambah pulak sekarang ni fara dah mula buat OT..

sebenarnya fara baru je balik dari Batu Pahat semalam sebab ada persidangan farmasi kat Hotel katerina. kat sana, fara dgn geng2 menari buat persembahan tarian lagu PAIRO ME BANDAN HAIN dgn lagu NOBODY.. step2 tarian tu semua sebijik dgn video klip. best gile. semua puji persembahan kitorang.. disebabkan gi Batu Pahat lah, sebulan sebelum fara pergi memang busy yg amat. lepas kerja pukul 5 tu, ada latihan sampai pukul 8.30. lepas tu balik.. buat itu buat ini.. dh nak dekat pukul 10.. memang rasa terkejar2 jugaklah.. tapi takpe. janji puas...

lepas Batu Pahat ni, nak buat persembahan kat Melaka pulak. kitorang nak bawak lagu yg sama tapi tambahan lagu JOGET KASIH TAK SUDAH.. rasa tak sabar pulak..

disebabkan aktiviti fara yg makin bertambah, makin kurang lah fara nak berblog dan berfacebook.. senyap sunyi lah kejap.. sowi ye kawan2.. tapi takpe.. bulan puasa nanti fara take latihan menari. mungkin waktu tu fara aktif kembali.. tunggu dan lihat saje.. rindu kamu semua...

owh ye, dalam fara sibuk2 ni.. fara nak berterima kasih kat boyfriend fara sebab dapat memahami walaupun kdg2 dia ada gak bising.. sowi ye syg.. (^_^)




nak masukkan video yg kitorang punya persembahan, fara tak dapat dia punya copy lagi. nanti kalau dah ada, fara upload ye..