Hobi Baru Saya!! Best Sangat!

Hai kawan2..dah lama fara tak update blog fara ni.. rasa mcm busy sangat jer.. padahal baru berdua je dgn cik suami.. hehe.. ni fara nak cerita 1 benda kat korang.. fara dah jumpa hobi fara yang baru. siyes best giler.. rupa2 nya masak tu adalah satu perkara yang sangat best.. siyes wa cakap lu! best sangat!

Actually awal2 kawen dulu fara risau sangat sebab fara ni bukannya pandai masak sangat. setakat goreng telur, masak sambal tu boleh lah. nak kata buat nasi lemak, nasi ayam.. memang tak dapatlah. apa pun tak boleh! tapi mak cakap belajar sikit2.. rajin2 tengok resipi.. lama2 semua boleh buat. mak cakap mak pun mula2 kawen tak tahu masak. so,lega lah sikit rasa. almaklumlah... cik suami kita besar orangnya. kalau dah tuannya besar korang faham2 lah kan.. lagipun fara tengok mak mertua fara tu pun memang suka masak macam mak fara jugak sebab dua2 suri rumah sepenuh masa.

Awal2 kawen tu fara tak masak sebab duduk rumah mertua. so, makan je apa mak mertua fara masak.. hehe.. lepas pindah baru lah fara belajar masak. masakan pertama yang fara masak untuk suami fara ayam masak sambal dengan kubis goreng. debar kot waktu cik suami makan sebab takut tak sedap. tapi licin betul dia makan. Alhamdullilah.. rasa puas hati betul.. lama2 fara makin seronok nak masak sebab husband selalu makan habis. pas tu dah mula berani ajak family makan kat rumah. lagi best sebab dorang pun kata sedap.. rasa bangga sekejap.. hehehe.

~masakan pertama fara untuk suami~

So, sekarang ni.. nak masak apa pun rasa senang jer sebab dah mula kenal bahan dan fara sangat suka masuk dapur. yang bestnya hari cuti main masak2 dengan adik. dia ajak buat kuih lah.. macam2 lah dia mintak. cuma kek je tak berkesempatan lagi nak buat sebab oven takde. memang hadiah kawen hari tu ada dapat microwave oven tapi macam tak tahu je nak guna kalau untuk baking sebab takde suhu. so, fara dah mintak husband belikan oven pulak sebab husband dah belikan fara mixer.. tak sabar nak tunggu.. hehe..

~sayang cepat belikan oven taw..hehe..~

Pada kawan2 yang belum kawen tu.. kalau tak tahu masak tak salah nak belajar dari sekarang. jangan jadi macam fara ni. waktu bujang buat tak nampak je dapur tu. dah kawen baru sedar yang sebenarnya MASAK ITU BEST! 





Dapat Surat Cinta Dari Suami..

Sebenarnya, fara ni bukan lah orang yang romantik. serious, fara tak tahu nak berhadapan dengan orang romantik ni macamana. tapi akhirnya fara dikurniakan suami yang romantik pulak. hehe.. kalau fara merajuk dia bagi bunga. kalau fara sedih dia akan pujuk fara sampai fara ok. sekarang ni, dah hampir 8 bulan fara dengan dia. fara bahagia dengan suami fara. sangat bahagia walaupun kadang2 terkecil hati tapi bak kata lagu P Ramlee, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pulak suami isteri kan?

Buat masa ni, kami masih berdua. belum ada rezeki lagi untuk fara. itu yang menjadi masalah fara sebab fara cepat tertekan dengan pertanyaan orang sekeliling. walaupun fara cuba elak untuk fikir, fara tetap fikir jugak. sebenarnya, fara ok jer sebab fara tahu ALLAH tu ada dan fara faham kenapa orang bertanya sebab dorang ambil berat.. tapi seboleh-bolehnya fara harap sangat orang tak bertanya pada fara. 

Walaupun fara susah nak luahkan pada suami fara kalau fara sedih atau sakit, dia tetap faham. sebab tu kalau fara bangun tidur mesti ada surat atau nota cinta atau kata2 semangat yang dia bagi pada fara. sebab kata2 dia, fara akan happy.. antara salah satu nota dia yang fara suka ada tulis macam ni;

JANGANLAH KITA BERTANYA PADA ORANG LAIN PERSOALAN YANG MENJADI RAHSIA ALLAH S.W.T. 

"BILA NAK KAWEN NI?"
"BILA NAK ADA ANAK NI?"
"TAKNAK ANAK KE?"
"MERANCANG KE?"

JANGAN GORES PERASAAN ORANG YANG SEDANG BERSABAR DENGAN UJIAN ALLAH YANG REDHA DENGAN KETENTUANNYA.

REZEKI KITA TELAH DITETAPKAN OLEH ALLAH S.W.T. ALLAH ADALAH SEBAIK-BAIK PERANCANG KAN SAYANG?

So, mana fara tak jatuh cinta dengan suami fara kan? walaupun fara tak pandai nak balas balik apa yang dia buat, fara harap yang dia faham fara cinta dan sayang pada dia.. 

 
~moga cinta kami hingga jannah..insyallah..amin..~


Kenapa Saya Rasa Dia Jodoh Saya Dari Mula?

Kenapa fara yakin suami fara tu pilihan tepat untuk fara? entahlah.. naluri hati fara dari mula rasanya.. terutama saat fara tengok gambar ni..

               
 
Korang dah faham tak kenapa? hehehe.. (^___^)

Sibuk Nak Pindah Lagi..

Hujung bulan 9 ni nanti, fara akan pindah rumah lagi..kali ni betul2 dekat dengan rumah family fara dan suami fara. tak sampai seminit, fara dah boleh sampai rumah family kitorang.. hambek kau! betul2 dekat suami fara cari rumah.. mana tak nya, rumah family suami fara tingkat 1, selang 4 buah rumah jer dari rumah kitorang nanti. rumah family fara pulak tingkat 2. kan dekat sangat tu.. hehe.. Sekarang, fara dah mula busy kemas barang sikit2. seronok sangat nak pindah kali ni. penat pun xper sebab happy punya pasal.

Ada setengah orang cakap kat fara, tak rasa susah ke nak duduk dekat2 dengan mak ayah. entahlah.. lain orang lain pandangannya fara rasa. bagi fara lebih senang kot. suami fara dan fara dua2 anak sulung. apa2 perkara berlaku dalam family menjadi tanggungjawab kitorang untuk ambil tahu. terutama suami fara sebab dia lelaki sulung. lagipun, fara ni rapat dengan adik2 fara. kalau bosan2, cik abang pergi kerja hari minggu.. boleh fara lepak dengan adik2 fara tu. suruh jer diorang datang rumah. dekat pun dekat kan?

Jika ada rezeki fara nanti, fara nak ada baby ker.. senang lah untuk family datang nanti.. hari2 pun takper.hehe.. insyallah jika ada rezeki fara dan suami nanti. fara dan suami pun dah biasa membesar dalam kawasan yang kitorang akan duduk ni nanti.. dari zaman sekolah lagi kitorang dah biasa kat situ. so, rasa sayang kalau nak pergi jauh sangat.

Moga dipermudahkan semuanya untuk fara dan suami nanti.. fara bersyukur sangat sebab dapat suami yang sentiasa memahami fara.

Lagi satu..fara berharap lepas ni ada rezeki untuk kami untuk ada rumah sendiri pulak. insyallah... tu impian kami bersama...



Apa Yang Sibuk Sangat?

Assalammualaikum semua.. alahai, dah berhabuk lappy fara ni sebab dah lama tak guna. yelah, selalu guna utk update blog tapi blog pun dah jarang2 nak update.. nak online pun guna handphone jer. so, memang ketepi je lah laptop ni. hehehe..

Dah kawen ni, macam susah sangat nak luangkan masa utk blog. ada je kerjanya pun. kadang2 bukan kerja apa, sibuk sangat tengok tv tak hengat dunia. hari minggu sibuk keluar date dgn husband pulak. ni belum ada baby lagi ni.. kalau ada baby nanti, password blog pun boleh lupa agaknya... harap2 tak lah kan? huhuh..

Takde benda fara nak ceritakan buat masa ni.. cuma fara nak ucap SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI walaupun mcm dah lambat tapi kita masih dalam bulan syawal lagi kan? akhir kata, fara nak minta maaf atas salah kata2 dalam tulisan fara di dalam blog ni yang mana mungkin penggunaan bahasa yang agak kasar dan menyinggung mana2 pihak..

~SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!~

Segmen My Feveret Song Everrrr !!


kalau korang nak join jugak, klik banner cute atas ni..(^__^)

Sebenarnya banyak lagu kesukaan fara yang fara dengar setiap hari... tapi takkan nak tulis semua kan? tak muat pulak entry ni nanti.. tapi, dalam banyak2 lagu fara suka satu lagu ni. 

Tajuk Lagu : Disaat Sendiri
Penyanyi     : Dadali


Hari demi hari telah ku lewati
Tak pernah aku bersamamu lagi
Tak pernah aku menduga
Kau akan pergi tinggalkan aku

Jauh kau pergi tinggalkan diriku
Sepi hati ini membunuhku
Ku coba untuk cari penggantimu
Namun tak ada yang sepertimu

Rindu aku, sangat rindu kamu
Terasa sejak kau masih ada di dekatku
Tak mudah aku melupakan dirimu
Di saat aku terbangun dari tidurku

Rindu aku, sangat rindu kamu
Terasa sejak kau masih ada di dekatku
Tak mudah aku melupakan dirimu
Di saat aku sendiri

Ooh jauh kau pergi tinggalkan diriku
Sepi hati ini membunuhku
Ku coba untuk cari penggantimu
Namun tak ada yang sepertimu

Rindu aku, sangat rindu kamu
Terasa sejak kau masih ada di dekatku
Tak mudah aku melupakan dirimu
Di saat aku terbangun dari tidurku

Rindu aku, sangat rindu kamu
Terasa sejak kau masih ada di dekatku
Tak mudah aku melupakan dirimu
Di saat aku sendiri

(rindu aku, sangat rindu kamu
Terasa sejak kau masih ada di dekatku
Tak mudah aku melupakan dirimu
Di saat aku terbangun dari tidurku)

Ooh rindu aku, sangat rindu kamu
Terasa sejak kau masih ada di dekatku
Tak mudah aku melupakan dirimu
Di saat aku terbangun dari tidurku

Rindu aku, sangat rindu kamu
Terasa sejak kau masih ada di dekatku
Tak mudah aku melupakan dirimu
Di saat aku sendiri











Perempuan Pengotor!!

Korang percaya tak kalau fara kata perempuan ni pengotor jugak sebenarnya. tak percaya? kenapa taknak percaya pulak? takkan lah fara nak mengutuk kaum sejenis fara sendiri sesuka hati kan? tapi serious, perempuan ni boleh tahan jugak pengotornya. kalau tak percaya, cuba korang tengok tandas awam kat negara kita ni. jarang nak jumpa yang 100% bersih. 90% mesti kotor punya lah. naik menyampah fara kalau fara terpaksa pergi toilet awam ni. kotor memanjang. bayar 30 sen pun takde motif. 

Yang tak lalunya, ada perangai dorang ni kalau nak tukar 'pampers' sendiri tu.. main campak suka hati jer. tak reti agaknya nak bungkus dan buang betul2 dalam tong yang disediakan depan mata. aada yang terlebih pandai, flush plak dalam toilet tu. alahai, mana lah pergi sivik dorang ni? Yang guna tisu plak main buang je atas lantai. tong sampah besar gabak tu korang tak nampak ke? 

Paling keji dan fara tak boleh terima bila dah buang hajat masing2 tak kira kecik atau besar, tak reti2 dorang nak flush. owh, tolonglah jadi perempuan. kalau korang bagi alasan flush rosak, usaha lah guna paip tu. tu pun tak boleh nak fikir. korang boleh bagi orang lain hadap benda kotor korang tu!

Geram betul bila tengok tandas awam kotor ni.. yang lelaki fara tak tahu lah macam mana pulak kan sebab tak pernah masuk. hehe. pada kaum2 perempuan kat luar sana tu, cuba bersivik sikit bila guna tandas awam ni. cuba buat macam toilet kat rumah sendiri. ke kat rumah korang kotor jugak? kalau kat rumah pun 2x5 macam kat luar, tak dapat lah den nak nolongnya lagi. sendiri mahu fikir lah..

Last nak pesan, KEBERSIHAN ITU SEBAHAGIAN DARI IMAN. 

~sumber dari menaraz09.blogspot.com~

Allah Tahu Yang Terbaik

Bulan ni dah nak masuk 5 bulan fara berkahwin.. serious, macam2 dah fara dan suami lalui tapi alhamdullilah fara dan suami kuat untuk harungi dugaan ni. sebenarnya bukan dugaan apa pun. kadang2 mungkin disebabkan ketidakfahaman. yelah, tiba2 tinggal sebumbung dengan 'orang asing' dan tidur sebantal, sekatil. masing2 ada pendapat dan pandangan yang sendiri nak menang jugak. sekarang, fara dan suami masing2 tahu peranan bila masa nak beralah atau kadang2 diam tu lebih baik. 

Perkahwinan ni mengajar fara untuk jadi lebih matang sebenarnya dan kalau nak buat sesuatu tu, fara akan fikirkan suami fara dulu sebelum fara nak buat apa2. cuma sekarang ni, kadang2 fara hilang kawalan jugak sebab pertanyaan orang lain sama ada dah 'berisi' ke belum. kadang2 benda dah ditanya, ditanya lagi banyak kali. sampai tak tahu nak bagi jawapan apa. nasib fara ada suami yang memahami. dia yang bagi semangat kat fara.

Tolonglah faham. ALLAH tahu apa yang terbaik buat fara dan suami. DIA yang merencanakan semuanya. DIA yang menentukan semuanya. tak perlu ditanya.. ada khabar gembira, fara sendiri akan bagitahu. fara jadi lemah bila fara ditanya soalan yang tak mampu fara nak jawab.. :'(

Korea - Gyeongbokgung Palace > Blue House > Malaysia

Hari keenam

Hari terakhir fara dan suami di Korea. hari terakhir ni, kitorang turun untuk check out hotel agak lewat. dalam pukul 8.30am baru kitorang berkmpul kat lobi hotel untuk serah kunci bilik hotel. owh ye, korang nak tahu kan fara dapat tengok ke tidak hujan salji tu? hm, semestinya fara terlepas tengok! hubby fara je sempat tengok sebab dia kata salji turun dalam pukul 4 pagi. fara keluar hotel tengok salji dah tebal kat atas jalan. 

Sebelum gerak ke destinasi seterusnya, kitorang pergi sarapan dulu. lepas tu, baru kitorang gerak ke Gyeongbokgung Palace. kalau korang tengok cerita korea 'Jewel In The Palace' tu, mesti korang familiar dengan tempat ni. istana ni adalah hasil peninggalan sejarah pemerintahan korea dulu. kat sini, korang boleh tengok seni bina istana dorang ni. memang sangat unik dan ada ciri tersendiri. setiap binaan ada fungsi2 yang tertentu. kalau nak ceritakan tentang istana ni memanglah sangat banyak tapi bagi fara sangat menarik untuk korang tahu.

~Opps, ni bukan Gyeongbokgung Palace tapi tempat ni bersebelahan jer.. hehe..~


~Our tour guide, Vincent.. orang yang sama bawak Awal & Scha~


~My hubby lahir tahun arnab~

~saya tahun naga~


~Sebahagian besar kawasan istana sebelum banjir besar melanda~




Lepas istana, kitorang pergi ke tempat yang meletakkan sistem pemerintahan korea yang terkini pulak. lebih kurang macam White House jugak lah kalau versi Amerika tapi kat korea dipanggil Blue House ataupun Cheong Wa Dae. kat sini adalah tempat kediaman rasmi presiden Korea. cuma kitorang takdelah pergi dalam rumah tu cuma kitorang dibenarkan melawat muzium presiden yang menceritakan tentang sejarah masa lalu dan keadaan Korea masa kini. 



Dalam pukul 11, kitorang bergerak ke Lapangan Terbang Icheon. akhirnya, menunggu masa untuk pulang ke tanah air sendiri. betullah kata orang, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.. tapi tak salah kita berjalan ke negara luar untuk menambahkan pengalaman dan meningkatkan ilmu pengetahuan. lagipun jauh berjalan luas pandangan. Yang penting negara kita tak perlu setiap musim nak beli pakaian yang berbeza mengikut cuaca. hehehe..




Apa2 pun, negara KOREA adalah salah satu negara yang patut korang kunjungi.. 

Akhirnya.. cerita cuti fara dah TAMAT.. (^___^)

Korea - Ginseng > Kosmetik > Amethyst > Myeongdong > Jump Show

Hari kelima

Pagi ni kitorang keluar awal dari hotel sebab hari Jumaat. semalam sebelum kitorang masuk bilik tour guide banyak kali pesan suruh turun awal sebab kat seoul, hari jumaat jalan jammed dan banyak tempat kitorang akan pergi. lagipun, orang lelaki nak kejar masa untuk solat jumaat.

Pukul 7am kitorang dah gerak gi sarapan kat Itaewon. kali ni sarapan rasa kat Malaysia sikit sebab bukan english breakfast tapi makan roti nan dan nasi goreng. memang berselera lah..cuaca sejuk, perut asyik lapar jer. hehehe.

Lepas sarapan, kitorang dibawa ke Ginseng Duty Free Shop. tempat ni di bawah seliaan kerajaan korea. so, kakitangan dia ada dari pelbagai negara termasuk negara kita, Malaysia. selain tu ada dari Filipina, Indonesia dan China. kitorang diberi taklimat oleh kakitangan dari Malaysia sendiri. dia cerita serba sedikit tentang ginseng ni. sebenarnya, hanya di Korea sahaja ginseng menyerupai badan manusia. kalau nak tahu ginseng tu asli atau tidak, 1st bite akan rasa pahit dan lama2 baru akan rasa manis. Lepas habis penerangan, kitorang dibawa ke tempat penjualan ginseng. harga dia mahal yang amat. kalau korang ada credit card senanglah. tapi harga ginseng ni boleh mencecah puluh ribu! tak sanggup den. kat sini, korang dilarang keras untuk menangkap gambar sebab apa yang ada dalam tu semuanya hak kerajaan. korang boleh tangkap kat luar bangunan jer..


Yang paling fara nanti2 kan ialah ke destinasi seterusnya.. nak tahu apa dia? semestinya KOMESTIK!! yeah! kali ni hubby fara bagi fara peluang beli apa yang fara nak. so, apa lagi.. senyum lebar lah fara. hubby fara cuma ambil gel rambut je. tapi serious kosmetik kat sana murah gila. mask muka dia boleh dapat dalam 1000 won jer. lebih kurang rm3 duit kita. hubby fara geleng kepala je tengok bakul penuh dgn segala benda dari mask muka, bb cream, lip balm, lotion, hand cream dan segala benda yg fara suka. fara sengih je lah kat kaunter waktu dia bayar.. hehe..  

~muka gembira dapat shopping~

~best product yang fara pernah guna~

~mask muka yang diborong~

Kitorang lunch awal sebab nak kejar orang solat. kali ni lunch ada ikan bakar kesukaan fara dan pancake sotong.. nyum nyum.. lepas lunch, kitorang gerak gi masjid kat Itaewon. 


Lepas solat pulak, kitorang pergi Amethyst. amethyst ni terletak kat bahagian basement. terletak kat bawah tanah sebab harga dia mahal kot. harga dia ribu riban jugak. nasiblah fara ni tak minat sangat benda2 macam tu. kalau tak, habis duit cik hubby fara.. tapi, dalam minat tak minat tu, hubby fara belikan jugak loket kecik untuk fara.. 


~contoh amethyst~

Sekali lagi kitorang diberi peluang untuk shopping. kali ni Myeongdong! kitorang bernasib baik sebab kitorang datang, dorang ada buat Korea Grand Sale 2013. so, banyak lah diskaun yang kitorang dapat. kat myeongdong ni korang boleh dapat semua jenama2 yang popular dari fesyen atau kosmetik. macam2 ada. memang tempat shopping paling best fara rasa. kiranya macam one stop centre sebab semua boleh dapat kat sini. yang bestnya boleh dapat barang promosi percuma walaupun kita masuk kedai tu tanpa membeli. kebanyakannya bagi mask muka. 






Dinner kali ni kat Taj Palace. dah nama pun Taj mesti korang dah dapat bayangkan kitorang makan apa kan? pemilik kedai ni orang pakistan. kitorang dapat makan nasi beriani dan ayam tandoori. sedap jugaklah.

Lepas makan pergi tengok Jump Show. show ni memang terkenal seluruh dunia sebab selalu jugak buat persembahan kat luar negara. show ni jugak dikenali sebagai 'comic drama'. kitorang dapat tempat VIP so dapatlah duduk depan. pelakon dia memang best dan sangat sporting. yang penting show ni sangat kelakar. korang takkan rasa mengantuk dan bosan tengok show ni. lagipun show ni tak guna dialog. cuma guna aksi dan memek muka dorang. yang penting, ada hero handsome taw. sempat jugak tangkap gambar dgn pelakon2 show ni. hehehe..




Lepas show ni habis dalam pukul 10 malam, kitorang gerak balik ke hotel.. pergh, hari yang sangat memenatkan. tapi sebelum masuk bilik, tour guide kitorang Vincent sempat pesan pagi nanti akan ada salji turun. so, kalau nak tengok hujan salji yang takkan dapat kat negara Malaysia ni.. kena lah tunggu. agak2 korang fara dapat tengok ke tidak? nak tahu jawapan, tunggu lah next entry ye.. hehehe.. 




Korea - Everland > Dongdaemun > Seoul

Hai kawan2 sekalian..akhirnya fara muncul balik selepas busy memanjang lepas kawen itu hari. nak cerita pasal percutian fara ke korea pun tergendala disebabkan punca utamanya takde internet kat rumah sewa fara ni. tapi tak sangka suami fara memahami dan sediakan kembali kemudahan yang fara perlukan sangat sebagai seorang blogger.. *blogger lah sangatkan..* 

So, sekarang ni fara akan habiskan update fara tentang korea tu.. harap2 korang sudi lagi nak baca..:-)

Hari keempat

Pagi2 kitorang check out dari Hotel Pheonix Park. lepas habis sarapan style 'english breakfast', kitorang tunggu bas kat lobi utama. waktu tu, amek kau suhu dia -21 darjah celcius.. gila gigil waktu tu.memang berdiri sampai ketar2 lutut.

 

~fara sangat suka sup rumpai laut~

Destinasi pertama kitorang pagi ni ke Everland iaitu taman tema yang sangat popular kat sana. ala2 Genting Highland + Disneyland. memang fara excited gile nak pergi tempat ni. dari malaysia lagi memang tak sabar. yelah, fara tahu tempat ni pun sebab tengok Running Man episod Song Joong Ki jadi tetamu jemputan. hahaha.. 

Nak masuk everland tu kena naik shuttle bus yang disediakan sebab kenderaan biasa tak dibenarkan masuk di dalam kawasan taman tema tu. dah dapat tiket masuk dan peta taman tu, kitorang diberi masa 4 jam untuk marayap dalam everland. tak cukup ok 4 jam! tapi apa nak buat dah kita follow group kan? lainlah pergi sendiri. duduklah 1 hari dalam tu pun takpe.

Sebenarnya nak pergi everland ni best waktu musim bunga sebab barulah dapat tengok hiasan2 bunga dalam taman tu.memang superb! kalau nak tahu, everland ni dibahagikan kepada 5 bahagian : American Adventure, European Adventure, Magic Land, Zoo Topia dan Roller Coaster. disebabkan fara pergi musim sejuk, so fara tak pergi ke bahagian The Four Seasons Garden sebab bukannya dapat tengok bunga2 cantik pun. permainan dia memang best sangat dan memang adventure! rasa tak puas bila main sekali jer. mesti nak 2 kali. yang kelakarnya, fara baru tahu yang hubby fara tu takut tempat tinggi. kesian sangat kat dia bila fara paksa dia naik roller coaster tu. sampai pening2. sowi lah syg.. hehehe..

~kalau pergi musim bunga, korang dapat tengok macam ni~

~dalam shuttle bus nak masuk everland~





~tong sampah ni comel kan?~

~ayunan kapal ni lagi tinggi drpd genting punya!~

Selepas 4 jam, lebih kurang pukul 2.30pm kitorang berkumpul untuk balik dan pergi ke destinasi seterusnya. Dongdaemun! yeah shopping! dari everland pukul 3pm dan kitorang sampai kat Dongdaemun ni dalam pukul 4pm. sebelum kitorang diberi pelepasan untuk shopping sendiri, kitorang dibawa ke kedai cenderahati. kat kedai ni rasa sangat selesa nak berjual beli sebab pemiliknya orang indonesia. so, bolehlah tawar menawar dengan senang hati. yelah, nak ikutkan agak mahal jugak mata wang kat korea ni.. 1000 won dorang pun dah RM3 kita. kalau kat kedai ni fara dah habiskan 205,000 ribu won, cuba lah korang tukar nilai duit kita pulak. 

Dalam bangunan ni jugak semua rekaan2 designer Korea boleh dapat kat sini. so, harga baju2 kat sini boleh tahan lah harga dia. kiranya Dongdaemun ni tempat yang mewah jugak kalau nak shopping. 


Lepas habis shopping, kitorang ada dinner pulak. dalam banyak2 dinner kat korea ni, fara paling suka dinner makan Ginseng Chicken Soup ni. pergh! mamamia! marvellous! memang sedap! dalam ayam tu ada nasi dan makan dengan kuah sup yang ada ginseng. isi ayam dia memang sangat lembut. nak makan dengan chopstick pun senang. cara nak masak ayam ni pun susah sebab kena rebus selama 4 jam. so, kalau rasa nak makan ginseng chicken soup ni kena lah buat tempahan awal sebelum datang makan. 

~terbaik!~

Dah habis makan, kitorang check in Hotel Best Western Guro. hotel ni taraf 5 bintang sebab dia ada kat dalam bandar seoul. memang selesa hotel ni. kalau nak pergi bilik kita kena ada kad bilik baru boleh tekan butang lif. kalau tak, tak naik lah lif tu. so, memang takda harapan budak2 nak main lif tekan butang semua level. hehehe..

Ni sahaja aktiviti fara untuk hari keempat. nak tahu fara pergi mana lagi? tunggu next entry fara ye.