Pembedahan Tonsil

Hari ni baru fara ada mood nak update blog fara ni.. yelah korang.. dah 9 hari fara tak makan nasi..orang raya makan sedap2 fara cuma mampu makan bubur nasi jer.. sedih woo.. orang datang mak fara masak rendang daging, rendang ayam, kuah kacang, lemang, ketupat, daging goreng lada hitam... wawawa.. mahu fara tak meroyan tengok semua tu.. cuba lah korang kat tempat fara ni.. tapi ayah fara nak pujuk punya pasal, ayah fara belikan bubur Mcd dan ice cream banyak2.. tu je yang fara boleh makan..

Fara mula operation isnin lepas.. nak cerita pun tak ada apa sangat.. yang fara boleh cerita yang fara memang tak boleh makan macam2 lagi buat masa ni.. tapi, hari ni fara rasa tempat fara operate tu sakit balik. lidah pun dah kena infection sebab jadi putih2. so, esok dengan malasnya fara kena jumpa doktor balik.. keluar ward hari tu boleh jugak nak minum air tapi tak tahu kenapa hari ni susah sangat nak telan.. sangat seksa..

Badan pun rasa lemah jer.. tak sabar fara nak sembuh.. nak balas dendam makan macam2..hehehe. lagipun lagi sebulan lebih je hari kahwin fara... harap2 fara sembuh cepat.. doakan fara ye kawan2..

~tengah sakit tengok orang makan apple pun boleh terliur..~

Saya Yang Baru

ALHAMDULILAH.. hati fara mula tergerak untuk menutup aurat sekarang.. walaupun bukanlah bertudung labuh tapi sekurang2 nya fara cuba untuk berubah ke arah kebaikan.. lagipun itu kewajipan kita sebagai seorang Muslim. 

Sekarang ni fara dah mula bertudung dan bila fara keluar tu rasa lebih selamat jer.. dah tak macam dulu..  dulu ada je orang nak kacau bagai. dari situ fara buat kesimpulan yang sebenarnya lelaki lebih hormatkan wanita yang menutup aurat daripada wanita yang auratnya terdedah sana sini.. 

Tapi bila fara duduk sorang tu mesti fara teringat tentang diri fara yang dulu tu.. fara akan bertanya pada diri fara sendiri..

" kenapa dulu aku taknak pakai tudung? " *padahal mak ayah selalu suruh*

" kau tak kesian kat ayah kau ke? "

" apa specialnya untuk suami kau kalau semua lelaki dah tengok aurat kau? "

Bermacam2 soalan keluar kat fikiran fara sampai rasa nak nangis.. rasa berdosa sangat.. fara takdelah nak kata fara ni baik.. tapi, selama 24 tahun ni apa yang fara dapat sebab tak tutup aurat tu? :'(

Memanglah bila fara dah mula pakai tudung ni ada jugak kawan2 fara cakap yang fara tak cantiklah pakai tudung.. nanti dah pakai tudung tak boleh pakai baju cantik2.. haih, besar rasa dugaan tu untuk fara. tapi fara cuba kuatkan hati fara untuk terus kekal pakai tudung ni.. lagipun fara ada sokongan adik perempuan fara, mak ayah fara dan cik tunang fara.. biarlah kawan2 tu nak cakap apa.. biar fara tak cantik kat mata diorang janji fara cantik di mata ALLAH.. 

Ayah fara pun kata nak buat baik ni memang susah tapi nak buat jahat memang senang.. yang susah tu ada manis dan kepuasannya untuk kita.. lagipun tak lama lagi insyallah fara akan bergelar seorang isteri. biarlah aurat fara hanya suami fara je yang berhak..

Kita ni ibarat dua gula2 yang satunya masih berbungkus tapi satu lagi tidak.. dua gula2 tu dicampakkan ke lantai yang kotor.. mana yang korang ambil? mesti yang masih berbungkus tu kan? sama jugak macam kita sebenarnya.. 

Ya ALLAH moga dikekalkan semua ni untuk aku dan mohon cekalkan hatiku..


~ Yang kiri lebih manis kan? ~






Masuk Ward Lagi..

Bulan lepas fara baru admited ward kan? esok fara bakal masuk ward lagi.. tapi kali ni untuk tonsil pulak.. isnin baru fara operation. alahai, takutnya fara.. mungkin dalam minggu depan fara tak update blog ni.. lepas fara dah sembuh seeloknya, fara update balik ye.. 

Doakan yang terbaik buat fara ye.. semoga operation tu nanti berjalan dengan lancar.. 

~Tonsil fara bakal dibuang~


Review Filem Aku Terima Nikahnya

Kawan2 dah tengok cerita AKU TERIMA NIKAHNYA? Kali ni seriously, fara semangat nak suruh korang tengok cerita ni.. Fara rasa ni lakonan Nora Danish yang paling best.. style2 manja tu tetap ada dari cerita PUTERI sampailah sekarang.. 

Fara pergi tengok filem ni dengan cik tunang fara.. tengok cerita ni, fara menangis agak teruk kot.. mana taknya, keluar wayang, hidung dah merah. mata lagi lah merah.. malu giler. keluar pun jalan tunduk bawah. segan orang tengok. huhu..

Cerita ni mengisahkan tentang suami isteri iaitu Johan (ADI PUTRA) & Arlisa (NORA) yang baru kahwin dan hubungan dorang memang romantik tahap gaban lah.. tapi malangnya johan accident dan lupa ingatan. dia tak ingat yang dia dah kahwin dan tak ingat pun siapa isteri dia. tapi, arlisa tak putus asa. dia cuba jugak tawan hati johan semula sehinggalah sampai satu tahap dia dah penat! itupun lepas dia nampak kawan baik dia Suriya (MON RYANTI) dengan johan dalam keadaan mencurigakan. tapi sebenarnya apa yang dia nampak tu salah sangka je. lepas arlisa keluar dari rumah, johan dapat ingat semula masa silam dia. akhirnya, mereka bersama..

Happy ending! tu biasalah kan.. pemikiran kita ni bukan boleh terima yang bad ending pun. mula lah tak puas hati bagai. walaupun dalam kehidupan kita sendiri bermacam2 ending kita boleh jumpa kan? 

Pendapat fara, korang patut tengok cerita ni.. jalan cerita dia simple. tak melalut bagai.. cuma pandangan fara tentang lakonan adi putra dalam cerita ni macam tak best.. kaku semacam. tak macam dia berlakon dalam cerita TENTANG DHIA dalam tv dulu tu. dalam filem ni macam dia baru pertama kali berlakon pulak. padahal dah banyak kot dia berlakon kalau nak dibandingkan dengan nora tu.. macamana pun cerita ni best!

Owh ye, bila fara tengok cerita ni, cerita ni lebih kurang macam cerita THE VOW.. cuma the vow lagi complicated masalah nya.. so, daripada cerita fara ni korang decide lah nak tengok cerita ni kat wayang atau beli jer dvd tengok kat rumah.. (^____^)

p/s: suka tengok adi putra dalam cerita kl gangster berbanding cerita2 romantik ni.





Mohd Rizal Vs Baek Seung Jo

Mohd Rizal? sape tu? Baek Seung Jo tu sape pulak kan? rizal tu nama cik tunang fara.. kalau korang peminat tegar cerita Korea pulak mesti kenal baek seung jo tu siapa.. dia watak dalam cerita PLAYFULL KISS yang kim hyun joong berlakon. hero tu fara minat sangat2.. hehe.. ok apa kena mengena mohd rizal dgn watak cerita tu kan? meh sini fara nak cerita.. 

Cerita tu dah lebih 5 kali fara tengok. dalam minggu ni pun fara terasa nak tengok lagi. korang nak tahu tak kenapa fara suka sangat cerita tu? sebenarnya melalui cerita tu buat fara faham lagi tentang jiwa dan perasaan tunang fara. yup! memang betul. kebanyakan sikap baek seung jo dalam cerita tu memang sama dengan cik tunang fara.. DINGIN! tapi, fara pun tak tahu kenapa fara tetap sayang dia.. hehehe.. Hubungan fara dengan cik tunang bukanlah boleh digelar 'loving couple' sangat. tapi disebabkan cerita ni, fara yakin sangat yang dia sayang fara lebih dari fara sayang dia.. *amaran!sila jangan muntah baca pernyataan ni*

Fara tak kata sikap diorang sama 100%.. dari segi rupa tu, Kim Hyun Joong lagi handsome tahap gaban.. hahaha.. bab pandai pulak, hm boleh lah kot dia.. yelah, belajar engineering bukan mudah kan? so, pandai jugak lah tu..haha.. ha, korang jangan fikir watak fara sama macam Oh Ha Ni plak.. fara tak sebodoh tu kot.. cheh, perasan ni.. maksud fara, fara takdelah genius mana.. tapi, fara ni diploma holder jugak.. hehe.. 

Kalau korang dah tengok cerita tu, mesti faham apa yang fara cakap ni.. percayalah, memang jiwa lelaki ni kita susah nak faham.. sama jugak macam diorang nak faham kita..GOMAPTA PLAYFULL KISS!!



Sikap mereka serupa cuma handsome tak sama.. hahaha.. aigoo.. kalau bukan sebab seung jo, memang susah fara nak faham cik tunang fara.. huhuhu..*walaupun entah sama atau tidak fikiran diorang*

*maaf pada sesiapa yang tak faham langsung tentang entry fara kali ni.. cuma, luahan rasa fara*



To The Beautiful You

Eh kawan2, sekarang tengah hot cerita TO THE BEAUTIFUL YOU! korang tengok tak? wargh, time fara type entry ni pun fara rasa excited giler.. lebih2 lagi sambil dengar soundtrack dari cerita ni.. pergh,best tak hengat ni.. korang nak tahu tak tajuk2 lagu cerita tu? meh fara bagitahu..



~sangat suka gambar ni!!~


1. Butterfly (Jessica & Krystal)
2. It's me (Sunny & Luna)
3. Stand up (J-Min)
4. To the beautiful you (Kyuhyun & Tiffany)
5. Sky (Super Junior KRY)
6. Closer (Taeyeon)
7. Maybe We (Dana)
8. In your eyes (Onew)

Ha, cepat2 lah download ok.. semua lagu dia best.. (^__^)

Sebab cerita ni, fara jatuh cinta dengan CHOI MINHO.. wargh, berdebar2 jantung tengok dia.. tengok cik tunang pun tak macam tu.. hahaha.. sebelum ni fara tak perasan tentang minho ni. tapi sebab cerita ni, fara baru ingat fara pernah tengok dia dalam cerita SALAMANDER GURU tu.. korang nak tahu siapa choi minho ni? meh layan gambar2 dia..





Wargh..suka sangat kat dia!! hm, tolong eh fara.. jangan nak berangan. sila berpijak di bumi yang nyata.*sambil ketuk kepala sendiri*

Pre Wedding Jangan Over!

Sekarang ni dah jadi trend orang buat pre wedding sebelum kawen kan? termasuklah fara ni pun.. rasanya tak salah tapi yang penting jangan over ok.. dah nama pre wedding sebelum kawen. dah comfirm2 tak sah lagi kan? bukanlah nak kata fara ni baik ke apa ke.. cuma, korang pun dah boleh fikir yang mana baik dan mana yang buruk..

Minggu lepas fara berkesempatan untuk buat pre wedding dengan cik tunang fara.. photographer dia tak lain tak bukan mestilah adik fara sendiri... dah jimat banyak kat situ.. (^___^)











Alamak, macam gambar fara pulak yang banyak kan? sebenarnya banyak lagi gambar fara dengan cik tunang.. tapi ni blog fara kan? gambar dia letak sikit je lah..buat syarat jer..huhuhu..




Jaga Diri Sebelum Jaga Orang Lain

Hai semua.. fara dah lama tak update blog fara lepas fara keluar hospital itu hari.. fara busy sikit dengan persiapan kawen. pas tu, busy dengan overtime kerja pulak. hm, sekarang ni orang sekeliling fara dah bising tentang kesihatan fara yang tak menentu.. yelah, dah nak kawen ni macam2 pulak.. tapi takdelah fara nak mengeluh. mungkin tuhan nak uji sementara fara dalam tempah bertunang dengan cik abang fara tu.. nak tengok dia boleh jaga fara ke tidak. ALHAMDULLILAH waktu fara kat hospital, sehari pun dia tak pernah tak datang.. pagi2 dah nampak muka si dia.. hehehe..

Hujung bulan 10 ni, fara akan masuk ward lagi.. tapi kali ni bukan untuk rawatan perut. kali ni fara masuk untuk operation tonsil pulak.. cik gemuk fara tu dah risau.. mengalahkan dia yang nak kena operate. 

So, sekarang fara tahu. sebelum fara boleh jadi seorang isteri yang baik dan solehah "INSYALLAH" fara perlu lah jaga diri sendiri dulu kan? 

Fara harap lepas ni, segalanya berjalan dengan lancar.. doakan fara ye kawan2.. (^__^)