Hari ni 18 July 2011, genap umur si comel itu 11 tahun.. 11 tahun yg lepas dia lahir dan menyerikan lagi keluarga kami.. ya, dialah adikku yg bongsu.. NURUL FARHAANA nama diberi.. hari ni, hari lahir si comel itu.. tak sangka dia dah besar.. tahun depan dia dah darjah 6. lepas tu akan ada IC.. peh, mcm tak percaya je.. mana taknye, perangai dia yg kebudak-budakan tu.. nak manja je selalu.. lebih krg mcm kakak dia jugak.. hehe..
kalau nak tahu, walaupun umur dia 11 tahun.. siyes dia mcm budak2 lagi. nak bagi dia lintas jalan sendiri pun fara susah nak percaya. apa lagi nak suruh dia pergi kedai sendiri. jgn haraplah. memang takut nak lepas dia. tapi utk tahun ni, 1 perubahan drastik dia ialah dia dah pandai iron baju sendiri. so, senang dah fara. bukan lah fara ni kakak yg malas cuma nak mengajar je.. hehe.. lagipun fara darjah 5 dah gosok baju sendiri.. takkan dia tak boleh pulak kan? lagi 1, manja2 adik fara ni.. kira pandai lah dia nak buat air ke.. masak nasi ke.. kira boleh harap jugaklah.. takdelah mcm fara ni.. form 2 baru nak belajar masak nasi.. hehe.. kantoi sudah..:-p
sempena hari lahir adik fara tu, fara berharap dia akan menjadi manusia yg berguna dan jadi seorang anak perempuan yg baik... AMIN...
~yg depan tu lah si comel saya~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan