Benci betul huruf K!!!


ni untuk korang yang suka sangat balas mesej tulis K jer.. apa salahnya tulis OK ke apa ke.. ni K saje buat sakit hati taw tak.. jangan marah ye kalau korang terasa.. CHILL!! (^___^)

Nak Cari Calon Suami?

Semua manusia, semua inginkan hidup berpasangan kan? tak kiralah lelaki atau perempuan. tapi, biarlah cara berpasangan yang betul. jangan lah pulak lelaki dengan lelaki atau perempuan dengan perempuan.. tapi, pernah terfikir tak semasa kita nak bercinta tu, kita sepatutnya mencari seorang CALON SUAMI bukannya CALON PAKWE.. 

Antara ciri-ciri SUAMI TERBAIK yang fara dapat dari sumber USTAZ AZHAR IDRUS ialah:


                             Solat fardhu cukup 5 waktu.

moga dia boleh jadi imam untuk saya hingga saya mati..


 Ada kerja gaji RM800 - RM1500 ke atas. boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh hantar tempat kerja. nafkah zahir boleh bagi bukan nafkah batin je tahu.
bukanlah mata duitan sangat.. tapi hidup zaman sekarang kan? macam lah kita boleh pergi kedai beli beras dgn cakap macam ni " hati saya penuh cinta. nak beli beras boleh?" memang korang dah tak waras namanya tu..huhu..

Ada kenderaan. motor kapcai dah cantik. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. basikal pun boleh tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. sebaik2 nya kereta sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.
ha, ni lah salah satu sebab kenapa perempuan memilih. bila kitorang cakap lelaki marah pulak kata kitorang mata duitan. hish, tak patut betul!

Lulus ujian fardhu 'ain sekolah rendah. maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul apatah lagi mandi2 yang lain.
ni faham2 sendiri lah kan?(^___^)

Boleh baca Al-Quran dan boleh mengajar Al-Quran walaupun setakat "Alif Ba' Ta" sampai surah "Iqra' Bismirabbikallazi Khalaq."
takkan dah kawen bagi alasan tak mengaji kan? so, ni yg penting dapat suami boleh ajar mengaji..

Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. takdelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.
fara tak suka yg lurus sgt. fara suka yg tegas utk control sikap degil fara ni. hehehe.

Dia faham kamu. kamu faham dia. faham jiwa gitu. serasi bersama. berbeza tapi boleh masuk.
betul3.. ini yg kita cari kan? tak perlu ubah diri masing2. cukup sekadar memahami.

Gedik joget2 pun depan bini dan anak2 je. depan orang lain sopan santun gitu.
ni salah satu ciri yg ada kat ayah fara. untungnya mak fara kan? hehehe.. harap2 cik tunang fara pun macam tu.

Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok. "Ehemmm.. ramainya kawan laki kat opis.. jangan sampai lupa abang taw.."
ni cik tunang fara memang terror lah bab2 cemburu ni. fara plak tak pandai cemburu sgt sampai dia pun ingat fara tak syg dia. hahaha.

Belajar takat PMR je pun takpe. janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.
Alhamdullilah dia ada pelajaran yg bagus dan kerja yg bagus. moga kitorang akan berubah lebih maju di masa hadapan utk family kitorang.

Kalau dia jenis diam takdelah sampai org kata dia tak bergaul dengan manusi lain. kalau dia banyak bercakap pun takdelah sampai dia mengata org lain.
cik tunang fara dgn org lain byk pulak dia cakap. dgn fara dia kurag bercakap sikit sebab fara lg banyak bercakap dari dia. hahaha..

Malas juga ke masjid. tapi dia pergi jugak dalam sehari tu 2x sekurang2 nya Maghrib dan Isyak.
insyallah..aminn...

Walaupun tak kerap ke kuliah agama tapi bila tengok YouTube Ustaz Azhar Idrus mengajar tu, sampai terlupa nak tengok bola. jika ada kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang2 kampung.
hehehe.. ada jugak ni. kitorang suka tengok berdua dan bincang sama2 isi ceramah tu..:-)

Boleh susah senang bersama. kalau isteri menangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.
moga dia boleh jaga fara seperti ayah dan mak fara jaga fara.. rasa sedih pulak bila terfikir lepas ni ayah dah tak jaga fara.. :'(

Jenis senyum sokmo
memang terlebih dah pun..(^___^)

Tak tengok sangat awek cun. dia duk tengok bini dia je walaupun bini dia tak cun. (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu)
betul3.. ada fara kisah kalau korang kata tunang fara besar ke apa ke. fara tetap sayang dia ok.




Handphone Baru Lagi..

Assalammualaikum kawan2.. maaf lah fara dah lama tak update blog ni.. duk busy memanjang. dah nama pun org nak kawen kan, itu yang asyik kerja overtime je. nak tolong mak ayah apa yg patut. pas tu nak tolong jugak cik tunang fara tu. kesian dia kena kerja je. pastu bulan puasa ni pun dia siap cakap nak berniaga.. alahai, kesian fara dengar..

Dalam fara busy2 sibuk cari duit kawen ni, sempat jugak fara tukar handphone lagi.. masuk kali ni, dah kali ke... hm, kali ke berapa eh fara tukar telefon? entah. fara pun tak terkira.. siyes, memang banyak kali fara tukar telefon ni sebab semua telefon macam tak suka kat fara. cepat sangat nak rosaknya kalau fara guna. yang paling kesian, cik tunang fara lah. tiap kali rosak dia yang kena belikan. fara nak beli dia tak bagi.. kalau korang rajin, boleh klik SINI dan SANA untuk tengok handphone2 yang fara dah guna.. huh, buruk perangai. membazir je kan? 

Kali ni, fara guna jugak handphone jenama SONY ERRICSON sebab dari dulu memang fara suka handphone keluaran sony. fara rasa dorang macam comel2 jer.. yang terbaru cik tunang fara beli ni takdelah mahal mana pun sebab fara ada minta sesuatu yang lagi best utk letak dalam hantaran. hehehe.. jahat fara ni.. sekarang, fara guna handphone sony model txt pro.. org macam dah tak guna kot. tapi, comel punya pasal fara rembat jer.. lagipun fara nak guna utk call dan mesej je pun..

~semestinya fara punya warna pink!!~

~keypad dia yang buat fara suka tu..hehehe~

So, fara tak tahulah handphone kali ni dapat bertahan dengan fara untuk berapa lama pulak.. harap2 lama lah jugak kan.. takdelah asyik nak beli telefon je.. membazir kan? ('^__^)


Makan Sambil Berputar!!

Ha, korang boleh makan sambil berputar? bukan kata korang.. fara pun tak boleh nak buat. pening doh.. amboi, apa main2 doh doh ni beb.. mentang2 baru tengok cerita bohsia kan? bahasa pun mahu tukar ka? hehe.. sowi2. fara tak nak cerita pasal bohsia, tu nanti entry lain lah eh.. fara nak cerita pasal makan sambil berputar ni.. wuik.. excited sungguh nak cerita sama korang ni. 

Hari tu 10 JUN 2012 genap lah hubungan fara dan cik tunang selama 6 tahun.. bertunang baru 6 bulan tapi hubungan kitorang sebenarnya dah 6 tahun ok! haih, macam2 dah dugaan yang kitorang tempuh.. sebenarnya, dari minggu lepas fara dah excited nak tunggu tarikh tu. yelah, 1st time fara sambut anniversary ni sebagai tunangan si dia taw.. tapi korang tahu tak, dalam fara duk excited tu tiba2 cik tunang fara kata dia kena kerja pulak hari tu.. adoi.. sedih tol.. :-(

Pas tu, pagi ahad tu.. tiba2 dia ajak fara teman dia pergi kerja. dia cakap dia ada kerja luar so bolehlah dia nak bawak fara. dia siap pesan suruh fara pakai cantik2. apa kejadahnya nak teman dia kerja kena pakai cantik2 pulak kan? dalam kepala korang mesti dah dapat teka apa dia nak buat sebenarnya kan? kalau korang nak tahu, fara ni memang tersangatlah blur orangnye. kadang2 kalau ada sesuatu yg pelik pun, fara lambat nak perasan. hehehe.. fara dah siap2 tu, pegilah keluar dgn dia dengan wajahku yg slamber ni.. chewah.. dalam kereta dia duk tersengih2 tengok fara. apa kes?

So, sampailah fara di MENARA KUALA LUMPUR yg paling last fara datang sewaktu umur fara 8 tahun iaitu  16 tahun yang lepas. ha, amek kau! memang excited lah fara. fara siap cakap dengan cik tunang fara tu:
" Abg gi lah buat kerja.. nak jalan2 kat sini jap. nanti jumpa" dengan confidentnya fara berkata2.. tapi, dia tarik tangan fara supaya ikut je dia. apa lagi memang fara merungut habis lah. dia bawak fara pergi ke arah lif.. fara tengok orang lain semua beratur. apasal fara dengan cik tunang ni macam VIP sangat. boleh rilek potong barisan. siap ada iringan bagai.. naik lif tu, sampailah fara kat level di mana adanya sebuah restoran.. ada orang bawakkan kitorang ke meja yang telah direserved! so, apa tekaan korang? hehehe.. SURPRISE SAYANG!! apa lagi, terus menangis fara kat situ. walaupun mungkin orang cakap, alah gi makan je pun. tapi, apa yang cik tunang fara buat tu betul2 buat fara terharu. seriously. fara tak tahu nak cakap fara happy macamana..

Kenapa fara terharu sampai menangis? sebab tempat2 yang ekslusif macam tu bukanlah citarasa cik tunang fara tu sebenarnya. dia lebih selesa dengan gerai atau mamak stall. tapi demi fara, dia cuba biasakan jugak. bukanlah fara tak suka makan kat gerai2 ni. fara suka jugak.. fara tak kisah pun. cuma, citarasa fara memang macam tu. huhuhu.. lagipun, kalau dia buat surprise kat gerai biasa sekalipun.. fara tetap akan happy..

Terima kasih sayang.. Love u so much dear.. doakan kami untuk 21.12.12.. AMINN..

~gambar banyak kat cik tunang.. ni je dalam hp fara..hehe~

~takdelah mahal sangat sebenarnya sebab korang boleh makan sampai lebam..hehehe~


Apa Salahnya Hantaran Mahal?

Wah, kalau kaum lelaki baca tajuk entry fara tu mesti rasa nak sumpah seranah fara kan? haha.. lek lu.. baca dulu baru buat kesimpulan masing2. jangan terus nak maki jer.. cian fara taw.. hari sabtu macam ni, duk takde buat apa.. fara blogwalking lah. tiba2 terjumpa satu entry kat blog KASOTPUTEH.. mula2 baca entry tu takdelah nak marah pun.. tapi bila baca 1 comment kat entry tu kata harga hantaran ni macam NAK JUAL ANAK PLAK!! ha, tu yg buat angin tu.. 

Lelaki2 jadi 'angin' bila sebut pasal hantaran sebab keluar 1 artikel ni lah.. lagipun, ia hanya sekadar info atau kajian jer.. jangan emo sangat der..:-)


Buat pengetahuan kaum2 ADAM yang budiman, memang dalam Islam tak wajib pun hantaran tu. yang wajib mas kawen tu ha.. tapi, cuba lah fikirkan balik.. cuba tanya kat pihak perempuan tu.. dorang akan gunakan duit hantaran tu untuk apa? bukan dorang nak guna untuk berjoli sakan ok. bukannya mak ayah nak jual anak. duit tu dorang akan gunakan jugak untuk belanja kenduri kawen KORANG dimana bila family korang yang ramai tu datang.. korang akan diberi makan.. tahu kau? boleh je kalau korang nak bagi hantaran setakat seribu dua.. dialu2 kan je.. melainkan family korang datang bertandang tu nanti nak makan nasi putih dengan telur goreng.. ok lah tu kan? hehe..

Bila fara cakap mesti korang nak marah kan? perempuan ni takdelah kejam sangat pun. duit hantaran dia dapat tu, takkan dia pulun sorang2. at least kitorang akan bantu korang walaupun sikit. kalau ibu bapa yang baik dan memahami dia takkan nak seksa bakal menantu diorang nak letak hantaran tinggi2. kalau cakap elok2 INSYALLAH diorang faham.. walaupun kalau ikut info tu fara leh dapat lebih drpd yg fara dapat sekarang, fara tak kisah. CIK TUNANG fara tahu nak nilai fara lebih dari tu.. (^__^)

Kepada ibu bapa pihak perempuan, tak perlu letak hantaran tinggi2 sangat sebenarnya pun. kalau rasa nak senang, mana yg agak2 ada anak perempuan tu.. kumpul duit mulai dari sekarang. macam ayah fara..hehe. so, tak perlu nak bebankan pihak lelaki nanti. letak lah seadanya.. tak perlu letak sampai berpuluh2 ribu..

Pada kaum ADAM, janganlah nak mengata MAK AYAH kaum HAWA ni nak jual anak ke apa.. fikir yang positif di sebalik harga hantaran tu. jangan nak fikir negatif je.. sebab kalau nak difikirkan balik di sebalik nilai hantaran ni lah korang boleh nilai diri korang sendiri sama ada korang boleh nak pimpin kitorang atau tidak. yelah, ada sesetengah lelaki tu kata nak kawen. tapi kumpul duit pun tak pandai. anak orang korang nak!! so, lu fikirlah sendiri.. 

Pada yang membaca entry ni, janganlah marah2 ye.. fara cuma beritahu apa yang kaum adam selalu salah sangka tentang kitorang.. lagipun, bak kata ayah fara.. 

" Ayah tak kisah. janji korang sah. kalau rasa rizal tak mampu nak bagi tinggi2 hantaran, kita buat kenduri selamat je.. pas nikah, korang balik tidur!"

Ha, sporting tak ayah fara.. hehe.. tapi, nasib baik cik tunang fara takdelah berkira sampai macam tu. dia sanggup kerja siang malam nak kumpul kawen ok. kitorang nak kuar pun dah jarang taw.. dia kata, dia sanggup usaha untuk fara. ha, terharu fara bila dia cakap macam tu. sayang sangat kat kamu!!















Tolonglah Saya...

URGENT!! fara perlukan selendang SATIN bewarna PUTIH, KRIM DAN PINK!! fara dah puas cari merata tempat tapi takde warna yang fara nak.. tolong lah siapa2 yang ada tu, atau rasa nak jual atau memang anda jual tudung.. tolong saya ye..

Kalau ada, boleh email kat --------> nurulfara2122@yahoo.com.. 




Bawak RM500 Jadi 1K!!




Ha,gila tak gila kalau kita bawak RM500 tiba2 jadi RM1k! peh, memang best lah kan? sebenarnya takde pun macam tu.. cuma, fara nak buat perbandingan bila fara shopping kat Kelantan dengan KL.. memang rasa sangat bezanya kakak2 oi.. memang terbaik.. fara baru je balik dari kelantan minggu lepas sebab fara gi kawan fara kawen. last fara gi kelantan pun 6 tahun yang lepas. memang dah lama sangat lah.. kali ni fara gi dengan cik tunang fara. kitorang tidur rumah nenek dia kat besut tu. kebetulan, sedare mare dia pun balik besut sebab nenek dia tak sihat..

Ok2.. fara nak cerita pasal tajuk entry fara tu.. sebelum ni, fara asyik dengar orang cerita tentang Rantau Panjang tapi fara tak pernah pergi pun. ni lah first time fara pegi. lagipun, cik tunang fara dah awal2 pesan simpan duit kalau nak shopping. ingatkan nak bawak fara gi shopping kat mana rupanya kat rantau panjang. peh, memang penuh tangan fara dengan cik tunang fara dengan segala barang2 fara. handbeg, baju, selendang memang paling banyak fara borong. hehehe.. kalau nak diikutkan kualiti, mungkin lah kat KL memang best. yelah kat sana banyak barang siam kan? xkisahlah. ada fara kisah? janji cantik.. huhuhu.. handbeg2 tu kalau setakat nak bawak2 biasa tu memang berbaloi lah beli kat sana. :-)

Sesiapa orang kelantan, memang familiar sangatlah dengan tempat tu kan? fara teringin nak pergi sana nanti waktu bukan cuti sekolah. mesti best. yelah, waktu fara pegi tu pun musim cuti sekolah. so, memang padat sangat kat situ. fara rasa kalau korang pegi kelantan nanti, wajiblah korang pergi Rantau panjang tu. tapi bila masuk atau keluar dari sana tu nanti ada pihak berkuasa (xsure bahagian apa coz tak ingat) akan check kereta kita. kalau muka korang jenis ala2 ayu atau sweet gitu, tak perlu risau coz dorang takkan check bonet korang. dorang akan usha2 biasa jer. lainlah fara ni ha. muka cik tunang pun dah ala2 gangster.. memang sampai2 depan orang tu, dia dah terus suruh bukak bonet. hehehe.. 

Ingatkan nak jugak share gambar waktu fara gi sana. tapi, tangan dah penuh memang tak sempat nak snap gambar.. so, layan gambar dari Mr Google ni ye.. 


~jersey paling banyak kat sana~

~tudung pun sangat murah ok~

~paling suka part ni..huhu~