Pindah Rumah..

Hari tu fara kata fara nak habiskan update entry fara tentang percutian fara ke korea kan? nanti fara update balik boleh tak kawan2? mcm tak sempat pulak fara nak update buat masa ni.. sekarang ni, fara busy dalam proses pindah rumah.. macam2 hal fara dan suami nak kena uruskan. lepas setle semua dan dah ada mood untuk menaip balik, fara update ok..

Fara dan suami akan berpindah ke rumah sewa kitorang kat Selayang baru. tak jauh dari rumah mak ayah kitorang jugak. yelah, fara ni mana boleh nak jauh2 dengan mak ayah fara. kesian suami fara dapat wife manja dan mengada macam fara ni. hahaha..

Rumah baru kitorang tu takdelah besar mana pun. cukuplah untuk hidup berdua buat sementara waktu.. ada rezeki, bertiga pulak.. in sha allah.. mudah mudahan.. 

Moga fara dan suami dipermudahkan segala urusan dalam kami menguruskan rumah tangga kami.. moga kami bahagia hingga jannah.. aminn... 


~muka cik suami serious pack barang~



Korea - Mt Sorak > Teddy Bear Farm > Ski Resort

Hari ketiga

Kitorang kena berkumpul pukul 7 pagi untuk sarapan dan check out hotel. kitorang sarapan kat dalam hotel tu jugak. boleh tahan jugak english breakfast kitorang pagi tu. kena lah dengan selera fara. 



Lepas check out, kitorang pergi Seoraksan National Park. waktu ni memang fara tak tahan. sejuk tahap gaban sebab angin tengah duk bertiup memanjang. muka yang paling tak tahan. pipi dan hidung dah mula merah2. cik abang fara yang badan besar pun tak tahan, inikan pulak fara. hehe.. kat sini, kitorang berpeluang naik cable car untuk pergi ke puncak gunung dorang. best! fara suka.. 






Lebih kurang pukul 10 macam tu, kitorang gerak pergi Teddy Bear Farm. dorang buat tempat bear ni sebab ada satu cerita mitos berkenaan bear ni. kitorang punya tour guide, Vincent yang semangat cerita pasal bear ni. mengikut kepercayaan dulu, ada seekor beruang dan harimau yang tinggal dalam sebuah gua dan 2 ekor binatang tu berhajat nak jadi manusia. so, dorang diberikan bawang putih dan satu lagi makanan fara tak ingat. lepas tu, tak dibenarkan tengok cahaya matahari selama 100 hari. harimau dah mengalah. so, beruang lah berjaya dan menjadi seorang wanita. Nak ikutkan ada lagi cerita ni tapi fara tertidur pulak. so, nak tahu lebih lanjut.. macam biasa korang google lah ye. hehe..


  



Kitorang lunch dalam kawasan Mount Sorak jugak. lunch kali ni berselera betul fara makan. nak tahu kenapa? ada makcik dalam group kitorang ni bawak ikan masin goreng, serunding dan ikan bilis goreng. pergh! memang terbaik lah kan. bertambah tambah cik abang fara makan. termasuklah jugak fara. hehehe.



Sebelum check in hotel, kitorang pergi tempat sewa equipment untuk main ski malam nanti. dia bagi sewa baju, kasut dan peralatan ski sahaja tak termasuk gloves dan goggle. yang lain tu kena beli lah sendiri. lepas selesai, kitorang check in kat PHEONIX PARK HOTEL. tempat ni terkenal sebab hotel 5 bintang ni lah lokasi cerita AUTUMN IN MY HEART berlakon. hotel yang sama ok! 





Sebelum gerak gi main ski, kitorang gi dinner dulu. kat sini siapa yang sambut birthday bulan 1 ada surprise. termasuklah cik suami fara. kan main lagi kitorang nyanyi lagu happy birthday dalam bahasa korea. konon lah kan. hehe. waktu potong2 kek tu, fara dan cik suami kena bahan dengan yang lain2 tu. dorang suruh suap2 kek dan yang paling tak boleh blah tu, si Vincent tu kenakan kitorang. dia gi amek coklat yang ada kat kek tu lepas tu dia suruh fara dan cik suami makan sekali. alahai, malu giler tapi seronok! hahaha..

~ha, macam ni lah kitorang dikenakan~



Dah selesai, kitorang gerak gi tempat ski. debar weh! yelah, mana pernah main ski sepanjang 24 tahun ni. setakat roller blade tu biasalah. tapi, Vincent tu ajar kitorang step by step untuk main ski. 4 kali pertama tu, fara duk asyik jatuh jer. sakit badan rasa. tapi, bila dah lama2.. dah tahu cara skill dan dah tahu cara nak break, Alhamdullilah. lepas lah. dah takde asyik nak jatuh jer. hehe.. bangga bangga. satu kejayaan untuk diri sendiri. tapi suka tengok ada budak dalam group fara ni, Ridzwan & Fadzil. terror betul bebudak tu. relax je main. ok mungkin sebab dorang muda dan fara tua. hahaha.. Waktu main ski ni, cuaca memang sangat sejuk sebab -18'C. muka, tangan dah tak rasa apa. kebas jer. 

Owh ye, tempat ski ni dah di declared sebagai tempat Winter Olympic Games 2018 nanti.


~budak ni terror main ski~





Pernah dengar tentang Everland? tunggu next entry fara ok.. (^___^)





Korea - KLIA to ICHEON

Hari pertama

Flight fara dan suami adalah pukul 11.20pm waktu tempatan. kitorang naik flight kat KLIA sebab kitorang pergi sana naik KOREAN AIRLINE.. ayah mertua fara hantar kitorang kat KL sentral dan dari sana kitorang naik KLIA ekspress. berbaloi naik tren tu sebab jimat masa dan tak susahkan orang. lagipun RM35  je sorang dan dalam masa 28 minit dah sampai. kitorang kena berkumpul kat KLIA tu pukul 9. lepas setle semua benda, kitorang gi makan Mcd sementara tunggu waktu boarding. tapi nak jadi hal, hubby fara boleh sakit perut pulak. nasib baik lah kitorang sempat kejar flight tu sebab kitorang berjaya duduk dalam flight tu bila lagi 5 minit je flight nak berlepas. haih, giler betul!

Dalam masa 6 jam dalam flight tu, majoriti semuanya tidur. dalam flight hubby merajuk dengan fara sebab dia nak duduk tepi tingkap.. sebab tu fara kata hubby fara mengada. hehe.



Hari kedua

Kitorang sampai kat lapangan terbang ICHEON tu pukul 6.30am waktu korea. kitorang diperkenalkan dengan tour guide kitorang kat sana.. nama dia Vincent dan asal dia memang dari korea. so, trip kitorang ni keseluruhannya komunikasi dalam bahasa inggeris lah. tapi, kalau orang korea cakap inggeris kan lain bunyinya. asal faham sudahlah. hehe.. waktu kitorang sampai, suhu -7'C. lepas tukar2 baju, kitorang gerak ke lokasi pertama.


Lokasi pertama kitorang ialah ke sempadan korea utara & korea selatan.. kat sini Vincent tu bagi lah penerangan serba sedikit tentang negara korea ni. dorang punya hari merdeka ialah 15 Ogos 1945.. yang paling best, bunga kebangsaan dorang sama macam kita jugak iaitu bunga raya.. masuk kat dalam tu, kitorang dengar penerangan tentang korea utara & selatan ni melalui video yang ditayangkan. kalau nak tahu kenapa terbahaginya 2 sempadan ni, korang google lah eh sebab kalau fara terangkan dah macam entry sejarah pulak. fara nak cerita tentang entry holiday.. hehe..




Lokasi kedua ialah ke arah bandar Seoul. kitorang pergi tempat penghasilan kimchi.. rupa-rupanya diorang ada banyak gila jenis kimchi. lebih dari 200 ok.. ada macam2. kimchi sotong pun ada.. ops! sebut pasal sotong, korang kat sana jangan sesuka hati nak sebut sotong ni kuat2 sebab maksud sotong tu bullshit dalam bahasa dorang. hahaha.. kat sini, yang bestnya.. kitorang berpeluang untuk pakai pakaian tradisional dorang yang dorang panggil HANBOK. comel2! fara suka sangat.. (^__^)




Lepas tu, kitorang makan lunch kat ITAEWON. pemilik kedai ni orang pakistan yang kahwin dengan wanita korea.. anak dorang cantik betul. waktu lunch kitorang makan bulgogi. bulgogi tu makanan yang berasaskan daging. selain tu, telur dadar pun ada jugak. telur dadar dia bukan goreng style macam kita ni. minyak nak berlebih jer. dorang punya telur dadar, kering jer. tak banyak minyak pun.



Lepas lunch kitorang gerak pergi Naminara Island ataupun orang lebih senang panggil Nami Island jer. nak pergi pulau nami tu kena naik feri. sama macam kita nak pergi pulau langkawi jugak. pulau nami ni tempat drama WINTER SONATA berlakon. fara teruja betul nak gi tempat ni. mana taknya, fara ni peminat cerita tu. hehe. kat pulau ni surau ada disediakan. kat sini, kitorang siap solat jamak takdim. lepas dah puas tengok kawasan pulau tu, fara dah rasa lapar. padahal dah lepas makan. nasib lah ada jual pancake kat situ. fara try snowman pancake dia dgn harga 1000 KRW. lebih kurang 1 pancake harga RM3 lah. boleh tahan sedap jugak. 

Kitorang keluar dari pulau tu nak dekat pukul 5 petang. kalau korang nak tahu, 5 petang dorang dah macam pukul 8 malam kita kat Malaysia ni. gelap jer. 





Destinasi seterusnya, kitorang pergi SOKCHO. tempat ni ialah pasar ikan dorang dan kawasan ni berhampiran dengan laut. sebab tu kawasan ni takdelah sesejuk tempat lain. sokcho ni dah macam pulau pangkor kita lah. ada macam2 makanan laut jual kat sini. yang basah dan yang kering.. fara sempat beli sotong kering kat sini. 1 paket harga 5000 KRW. kat sini fara boleh tengok makanan laut yang fara tak pernah tahu dan tengok pun.






Waktu dinner kali ni barulah fara ada selera makan sebab makan ikan. lunch tadi makan daging. fara ni tak minat sangat daging sebab allergie.. ikan tu dorang masak secara grilled. kat korea, dorang jarang nak goreng2 ni. selain ikan, kitorang makan telur, seaweed dan kimchi hidangan wajib dorang. buat pertama kali jugak fara habis makan dulu dari hubby fara. selalunya fara yang paling last makan. kali ni memang betul2 lapar dah. lagi pun ikan dia memang sedap. rasa ikan terubuk. hehehe..


Dah kenyang, kitorang gi check in hotel. tempat tidur kitorang nama KUMHO RESORT. resort ni style apartment sebab ada disediakan dapur sekali. hubby fara yang rajin terus masak kan air nak buat air minum waktu kitorang jalan2 nanti. fara pulak lepas mandi terus tidur.. hehe..





Ni entry fara untuk hari pertama. nantikan entry untuk hari kedua pulak eh.. (^___^)