Pisang Itu Penis??

What the??? apa kena dgn tajuk fara hari ni? bukan fara nak buat entry lucah, tapi fara sakit hati dengan pemikiran sesetengah orang ni.. korang tahu PISANG tu apa? korang tahu PENIS tu apa? kalau budak sains memang terang2 tahu lah kan apa benda menatang penis tu? kalau tak tahu, tak payah poyo2 sangat nak duduk kelas sains dan poyo2 korang nak tahu tu apa.. lagi satu jgn nak konon2 malu ok! fara tahu sebab fara pun budak sains waktu sekolah dulu dan bila fara belajar farmasi pun fara belajar gak benda alah tu.. so, tak payah nak pura2 malu dan segan.. hehe..

Sebut pasal pisang, memang fara ni suka makan pisang.. antara salah satu favorite fara.. terutamanya pisang emas.. pisang ni banyak potassium. leh jugak ganti sumber tenaga.. yg paling best boleh rendahkan kolestrol dalam badan kita.. boleh dikatakan setiap hari Jumaat fara makan pisang.. pisang dapat free banyak kan? hehe.. cuma, yang tak bestnya, bila fara kata "FARA SUKA PISANG"..korang tahu tak ada sesetengah orang ni dah pandang fara semacam.. duk tersengih2 pandang fara. fara tak marah, tapi beragak lah.. makanan tu kot.. fara naik rimas jadinya. nak makan jadi serba salah.. tapi, korang jgn ingat lelaki yang selalu fikir macam tu.. perempuan pun lebih kurang.. kadang2 lagi over.. 

Moral of the story, sama2 lah kita hormat makanan tu.. tak payah nak samakan dorang dgn apa2 pun ye.. kalau dah pernah tengok tu, pandai makan pandai simpan.. tak payah luar dalam nak cerita kat orang.. 

p/s: minta maaf pada yang terasa ye..

PISANG = PISANG

PISANG bukan PENIS!!!!!!!!!!!

~ini saya suka~

~tapi, tolong jgn samakan dengan ini~

Day 10 – A Photo of The Item You Last Purchased.

Semalam, fara gi shopping dengan cik gemuk fara.. kesian dia duk melayan fara rayau 1 shopping complex dekat 3 jam.. alah, biasa je tu bagi fara.. hehe.. dia kata tu lah kerja gila yang dia tak pernah buat sebelum kenal fara. tapi, bila dah kenal fara.. terpaksalah kan? kata sayang.. hehe..

Padahal, fara bukan nak cari apa pun.. nak cari barang2 untuk konvo jer.. kasut, selendang dan beli baju ayah fara.. fara tak beli baju baru untuk konvo ni sebab ada baju yang baru pakai berapa kali jer.. so, guna yang tu je.. cheh, bunyi macam jimat sangat kan? padahal cik gemuk fara yang pujuk.. dia kata tak baik membazir.. tapi, tak dapat beli baju, fara mintak beli kasut mahal.. hahaha.. lepas tu, cari selendang lah yang paling lama sebab konvo nanti diwajibkan pakai tudung warna krim.. entah kenapa skema sangat.. haih, nak tak nak kena ikut jugak.. fara dah dibayar waktu belajar, so mentang2 dah kerja takkan nak buat kepala sendiri ye dak? tapi, fara ni bukan betul.. kang, ikut suka hati fara je.. hehe..

Malas nak cerita banyak, ni lah 2 item yang fara beli:

~serious suka sangat kasut ni.. berbaloi lah dengan harga dia.. wuhu...~

~ni selendang selepas berhempas pulas mencari..~





Day 9 – My Current Relationship, if Single Discuss How Single Life Is


Fara punya current relationship sekarang seperti yang tertera kat dalam gambar kat atas tu.. hehe.. walaupun bukan secara sah, dia pun belum lagi bersalam dengan tangan tok kadi.. fara dah pun terikat dengan dia.. alah, 'couple' lah senang cerita.. fara dengan dia dah lama.. tahun depan nak masuk 6 tahun.. lama kan? haih, dah macam2 dugaan kitorang tempuh..

Daisypath Anniversary tickers

Tapi untuk challenge yang ke-9 ni, fara nak bagitahu macamana hidup fara kalau fara single.. rasanya best jugak lah kot.. hehe.. fara kata best bukan bermakna fara tak sayang cik gemuk fara tu.. sayang jugak.. hehe.. 

Ok.. kalau fara single, fara rasa hidup fara macam ni kot:

1) BEBAS

Seriously, fara nak pergi mana pun.. takde orang nak kisah.. yang penting kena pandai jaga diri. nak enjoy gi mana2 pun tak kisah.. kalau ada couple ni, semua nak kena bawak berbincang.. so, mula2 tu agak susah lah fara nak biasakan diri.. yelah, fara ni jenis orang yang apa fara nak buat fara buat je.. nasib lah cik gemuk fara banyak sabar dengan fara.. hehe..


2) JIMAT DUIT

Ha, ni yang paling best.. fara dapat jimat duit.. tak perlu nak serabot2.. yelah, fara ni jenis boros.. kadang2 kesian cik gemuk fara kena layan kerenah fara ni.. macam2 perangai. bila ada couple, kita tak boleh nak pentingkan diri sangat.. kena belajar berkongsi.. jangan nak letak beban atas pasangan kita je.. beragak lah sikit kan? bila dah ada couple ni, mesti fikir nak kawen kan? haih, duit lagi tu..


3) BANYAK MASA UNTUK ORANG LAIN

Bila ada couple ni, selalu bab pembahagian masa ni yang jadi masalah.. mana masa untuk family, untuk kawan2.. hari kerja dah sah2 susah nak date kan? melainkan korang duk dekat2 macam fara. hehe.. hari minggu selalunya korang bagi masa untuk boyfriend korang kan? dah hari minggu je untuk si dia, bila masa pulak untuk kawan2 kan? tapi, kalau korang single.. banyak betul masa kan? sampai kadang2 tak tahu nak buat apa. bila dah tak tahu nak buat apa ni lah yang buatkan kita nak cari BF or GF.. hehe..:-)


Hm, ini je yang sempat fara fikir buat masa ni. kalau ada apa2 tambahan.. silalah kita kongsi sama2.. tapi, korang jangan pulak pakat2 nak hidup single ramai2.. couple ni pun best cuma kita kena pandai handle. jangan aci redah je.. :-)

OMO!! I LOVE THIS HAIR STYLE!! 



Candid Time Contest

Heee... dah lama fara tak join contest kan? hari ni fara jumpa 1 contest.. so, fara macam berminat nak join sebab macam senang je.. hehe.. kalau korang nak join, korang klik banner bawah ni eh..


Fara takdelah banyak sangat gambar candid.. tapi2 godek punya godek lappy fara ni.. fara macam suka pulak gambar ni sebab macam2 reaksi muka fara boleh tengok..:-)


Ha, ni gambar fara waktu percutian keluarga penduduk kawasan rumah fara.. happening dan sporting tak kitorang? mana taknya, yang lain banyak budak kecik je.. yang besar berapa kerat sangat.. gambar ni ambik kat Port Dickson.. tapi, fara tak ingat lah pulak apa nama hotel yang kitorang duduk tu.. fara yang one and only pakai baju warna oren tu.. hehe..

Untuk contest ni, fara nak tag 2 orang junior kolej fara.. hehe..

1) budak comel yang suka warna purple

2) budak momo yang comel

So, jomlah ramai2 kita join contest ni..:-)

Tolong Punch Card atau Suruh Punch Card??

Korang masuk kerja pukul berapa? macam fara ni, fara masuk pukul 7.30am sebab fara nak balik awal pukul 4.30pm.. hehe. so, untuk membuktikan kehadiran kita, kita mestilah punch card kan? rasanya setiap kakitangan awam still guna sistem punch card ni.. lainlah swasta kot.. rasanya ada yang dah guna sistem ibu jari dah kan? *kalau tak silap..memang ada..*

Sebut pasal punch card ni, korang ada tak kawan2 korang yang mintak tolong korang sebab dorang lewat? mesti ada kan? tak banyak, paling kurang sikit.. fara nak tanya, apa pendapat korang eh? salah ke tak salah kita punch kan card diorang? memang dalam undang2 kata salah.. kita boleh dikenakan tindakan tatatertib.. tapi, korang tak rasa ke yang orang disuruh tu rasa serba salah.. kalau tak buat, kita fikir kawan.. lagipun, apa ada hal setakat tolong kawan 1,2 minit lewat.. haih, confuse2..

Sebenarnya, dari segi kerja kita.. apa yang kita buat tu salah.. tapi dari segi kawan, memang niat kita nak tolong.. cuma kita dah terikat dengan undang2 kan?.. so, kawan2 pun kenalah faham.. jangan sentap2 ok.. bila fikir balik, gaji kita pun dikira dari awal kita masuk kerja.. ye tak?:-)

So, chill!!

~paling tak suka bila ada color merah dalam punch card!!~

Bergantung Pada ALLAH Sahaja?

Hm, hari ni bukan lah fara nak bagi ceramah ke ape.. cuma kadang2 kita perlu jugak kongsi benda ilmiah ni kan? dalam hidup kita, kita selalu bergantung pada orang kan? tak kira lah mak ayah kita ke, abang kakak kita ke atau pun kalau yang beragama ISLAM tu, kita bergantung pada ALLAH.. apa pendapat korang tentang bergantung ni?

Bagi fara, bila cakap tentang bergantung ni ada baik dan buruknya.. yg buruknya, kalau korang sentiasa sangat bergantung pada orang lain.. tiba2 takdir buatkan korang hidup sorang2.. apa yg korang akan buat eh? boleh tak korang teruskan hidup korang? boleh tak korang hidup sorang2? seriously, fara mengaku yang fara tak boleh.. :-(

Tapi, fara pernah dengar kita boleh hidup bergantung pada tuhan.. memang boleh sebab ALLAH itu takkan mati.. ALLAH itu satu.. ALLAH itu yang esa.. utk fara, bukan kita tak boleh bergantung pada tuhan.. cuma fara dah banyak tengok beberapa situasi org2 di sekeliling fara.. sebagai contoh, bila time exam.. memang kita belajar, kita usaha.. tak makan tak tidur.. selain tu, kita jugak berdoa.. tapi bila dapat result exam, cukup2 makan je.. waktu tu, mulalah frust, kecewa.. kata tuhan tu tak adil.. cakap diri sendiri dah usaha, tapi itu je yg korang dapat.. so, kat situ yg salahnya.. kita terlalu bergantung pada tuhan semata-mata tanpa rasional, bila tuhan kecewakan kita.. kita mudah sangat nak kecewa.. padahal, korang tak nak pandang yg setiap apa yg berlaku ada hikmah di sebaliknya.. tuhan dah buat jalan cerita hidup kita cantik sangat.. kat situ lah kita akan belajar semua.. kitalah pelakon, pengarah dan penerbit sebab ALLAH penulis skrip utk kita.. pandai2 kita nak lakonkan macamana..

Bila kita nak bergantung tu, bergantunglah padaNYA.. bergantung jugak perlu ikhlas.. bukan atas sebab tertentu sahaja baru kita nak ingat DIA..

p/s: Kalau fara ada salah cakap, tegurlah fara eh.. :-)



Day 8 – A Picture of My Favourite Memory

Umur fara dah 23 tahun, sah2 lah banyak memory yang ada dalam hidup fara kan? sejak dari kecik sampailah fara besar.. utk challenge ke-8 ni, fara nak tunjuk gambar memory yang paling best utk tahun 2011.. sekarang ni pun dah hujung tahun kan? tapi, kalau tahun depan tu mungkin ada memory yang lagi best kot.. nak tahu apa dia? jeng jeng jeng.. tunggu.. hehe..

Ni gambar fara pergi bercuti dengan kawan2 kerja fara.. walaupun fara masuk kerja baru 9 bulan, hubungan fara dengan rakan sekerja fara sangat best.. dah macam adik beradik. ni antara gambar favorite fara..

Day 7 – A Photo of an Animal I’d Love To Keep As a Pet.

Kalau nak tahu, fara ni jenis penakut kat binatang.. terutamanya kucing.. pergh, kalau nampak kucing memang fara gelisah tak habis. lebih2 lagi kat kedai makan. lepas tu, kucing ni mcm tahu2 je yg fara takut dengan dia. so, tak habis2 dorang nak target fara mintak makanan. fara bukan geli cuma takut je sebab fara ada pengalaman kena cakar dengan kucing ni. pedih tak hengat!!

So, nak kata fara ni tak penyayang langsung.. kejam lah tu kan? bukan fara tak suka binatang2 ni.. cuma fara takut je.. tapi, dalam banyak2 binatang.. fara agak suka kura2.. kura2 yang comel tu.. harap2 fara dapat bela haiwan ni satu hari nanti.. bukan apa, sekarang ni macam tak dapat nak luangkan masa langsung utk ada haiwan peliharaan ni.. ada je aktiviti fara.. buat kata ayah, "kamu ni kakak, berjalan je kerjanya."

Jangan Pandang Rendah Kerja Orang Lain

Fara nak tanya korang semua.. apa pekerjaan korang sekarang? doktor? ahli farmasi? cikgu? lawyer? yang mana jawatan yang korang sandang? ataupun korang sekadar jurujual? penjual air? tukang sapu? hm, relax.. fara bukan nak hina kerja siapa2 pun.. cuma, fara nak kongsi something dgn korang.. pernah tak korang berada dalam situasi macam ni.

A : Eh, lama tak jumpa.. awak kerja apa sekarang?

B : Alah, kerja biasa je. saya kerja dengan gov as .....

A : eh, kerja tu je? boleh hidup ke? i kerja private u know.

B : ~speechless~

Pergh, korang tak berbulu ke dgn orang mcm tu.. eh hello, bukan awak yang bagi gaji i ok.. haih, fara tak faham betul dengan orang yang masih berfikiran macam tu.. kita bukannya hidup macam dalam zaman cerita 'Ibu Mertuaku'.. korang sapa nak judge orang lain. orang tu kerja apa sekali pun, bukan hak kita nak mengata dia. yang penting halal.. kalau dia kerja angkut sampah pun, kerja tu lagi mulia dari kerja yang berjawatan tinggi tu.. yelah, korang sanggup nak angkut sampah? mesti tak kan? fara sendiri mengaku, fara pun tak sanggup.. kalau orang macam diorang tu takde, alamatnya kotor lah kawasan kita ni..

Kita kerja apa pun, kita memang tak boleh kerja sorang2. even, kau jawatan tertinggi sekalipun.. kau tetap perlukan orang bawah jugak. contohnya kalau kau big boss sekali pun, kau tetap perlukan setiausaha kan? kau tak boleh nak settle fail sorang2. kalau kat hospital pulak, doktor tu kira jawatan tertinggi lah. tapi, kalau takde nurse pun, doktor tak leh buat kerja jugak.. bila takde farmasi, doktor takleh nak bagi ubat. so, kita semua saling memerlukan. janganlah nak sombong sangat walaupun gaji tu berjuta sekalipun.

So, pada korang yang mungkin berjawatan rendah ataupun bergaji rendah.. tak payah rasa rendah diri sangat. patutnya korang bangga dengan apa yang korang buat. kalau kerja yang halal lah.. kalau kerja haram pun korang nak bangga, tak tahu lah fara korang ni kategori apa.. apa pun kerja kita, biar kita buat dgn ikhlas. rezeki kita ALLAH yang bagi.. INSYALLAH segalanya berkat..

Tapi, macamana pun.. kita digalakkan untuk berusaha ke arah yang lebih baik.. janganlah asyik berada di takuk yang lama je.. kadang2 hidup perlukan perubahan jugak.



Wordless Wednesday - Pencen


Agaknya macam ni lah kot jadi kat tempat kerja kita nanti kan? umur fara baru 23 tahun, kalau pencen umur 60 maksudnya 37 tahun lagi lah fara kena bekerja.. aduhai, mcm larat je fara ni kan? waktu tu nanti agak2 fara ingat lagi tak ubat panadol tu utk apa?hehe..