Review Filem Baik Giler

Apa pendapat korang kalau orang kata kat korang ni BAIK GILER? mesti lah korang suka kan? tapi lain dalam cerita ni. so, kalau difikirkan balik apa sebenarnya maksud baik giler tu? kalau nak tahu, korang kena tengok lah cerita ni..

Dari pandangan fara, cerita ni macam tangkap muat je kot. kalau nak tengok sekadar mengisi masa lapang, bolehlah dilayankan. memang fara dengan cik tunang suka lakonan zizan. tu yang sanggup tengok cerita ni kat wayang. tapi malangnya untuk cerita ni lawak zizan tak berapa nak menjadi. macam biasa2 jer. cuma yg bagusnya, cerita ni menampilkan semua pelakon lama yang dah lama tak berlakon. bagus jugak lah bagi rezeki kat dorang.

Cerita ni mengisahkan afiq (ZIZAN) menghadapi tekanan selepas melihat kemalangan yang berlaku pada adik angkatnya. tapi disebabkan fobianya pada kenderaan yang laju, afiq telah mengakibatkan kecederaan kepada kimi (AWIE) ketika menaiki kereta bersamanya. disebabkan kejadian itu, afiq telah dicop gila dan dihantar ke hospital untuk rawatan susulan. afiq disahkan tidak gila cuma menghadapi tekanan. afiq cuba melupakan kejadian tersebut dan berkenalan dengan suraya (FARAWAHIDA). 

Sekali lagi afiq menghadapi tekanan apabila orang memanggilnya BAIK GILER selepas afiq menghulurkan bantuan. bagi afiq, istilah baik giler itu adalah seseorang yang baru baik dari giler. itu menjadi penghinaan buat afiq. dengan kehadiran suraya dan rakan baik afiq, akhirnya afiq memahami istilah sebenar baik giler di kalangan masyarakat sekarang..

Daripada cerita fara tu, terpulang lah kat korang nak tengok ke tidak.. lu fikirlah sendiri.. hehehe.. :-)





Review Filem Jiwa Taiko

Jiwa taiko ni fara rasa sangatlah tidak sesuai kalau korang gi tengok dengan adik2 korang yang bawah umur tu sebab ada beberapa adegan yang tak patut korang tengok pun. babak yang bagi fara agak sensored jugak sebenarnya. yang tak boleh blahnya, babak tu dilakonkan oleh seorang pelakon yang sebenarnya isteri orang. tak kisahlah kalau korang kata dia menjiwai watak ke apa tapi sebagai orang islam dan sebagai seorang isteri tak manis kita belakon dalam babak yang macam tu. hanya pendapat fara jer.. 


Fara nak tengok cerita ni pun sebab adik fara yang ketiga tu terlibat secara tidak langsung dalam cerita ni.. adik fara tu ahli silat gayung. semua aksi dalam cerita tu dapat tunjuk ajar dari ahli2 silat gayung kumpulan adik fara. tok guru dia pun ada gak berlakon dalam lawan2 tapi side jahat lah..  tu yang kalau korang tengok dorang berlawan tu ala2 nak bersilat.. bukan gaduh taram jer....huhu.. mungkin disebabkan fara ni suka cerita aksi, so fara boleh je layan cerita ni.

filem ni bermula bila firman (REMY) dan pinto (BRONT) dikejar polis tapi pinto berjaya lepas. lepas keluar penjara firman tekad untuk berubah dan tinggal di rumah yang dikenali sebagai wira cinta.. kat situ firman kenal dengan trisha (DIANA) dan masing2 jatuh cinta. dalam masa yang sama lara (NADIA) pun suka kat firman. kat situ lah mula konflik sebab lara mula memberontak dan ikut pinto. bersama pinto, dia mengandung hasil hubungan terlarang. dalam gangster2 si pinto tu pun dia happy pulak bila dia nak ada anak dari lara tu cuma lara tak suka. dia kembali ke rumah wira cinta tapi diculik kembali oleh pinto. semua geng rumah wira cinta cuba menyelamatkan lara. akhirnya, pinto mati dan lara selamat melahirkan anak. 

Bagi fara cerita ni tak sesuai sangat letak nama jiwa taiko tapi letak nama JIWANG TAIKO.. gangster pun jatuh cinta.. so, takdelah gangster mana pun.. hehehe..


~fara suka beto tu..nampa stylo..huhu~


Review Filem Mael Lambong

Kali ni, fara tengok cerita mael lambong. cerita ni memang cik tunang fara tunggu sangat2. sampai tak sabar2 nak gi tengok. berapa kali duk ulang2 ajak fara pergi tengok. nasib baik zizan yang berlakon. so, ok je lah. bagi fara kreatif jugak lah idea cerita ni sebab korang pun tahu asal nama Mael Lambong tu pun dari maharaja lawak. boleh pulak jadikan cerita.

Cerita ni mengisahkan MAEL (Zizan) seorang penarik kereta profesional dengan trademark dia 'Mael Tak Makan Rasuah'. kemuncak cerita ni bila mael terjumpa dengan MARIA (Juliana Evans) waktu maria lari dari orang yang nak bunuh dia untuk dapatkan satu cip rahsia kerajaan. lari punya lari dorang sampai kat kampung asal mael. kat situ terbongkar lah banyak cerita tentang si mael ni, ROZIE (Shenty) dan TAIGER (Taiyuddin Bakar). Lepas balik dari kampung mael tu, jadilah konflik dalam diri mael sebab ada 2 kumpulan yang cuba nak kejar mael dan mael tak tahu nak percaya yang mana satu. tapi macamana pun mael berjaya jugak selamatkan cip tu...

Cerita ni menarik dari segi penceritaan dia untuk mengelirukan kita. so, kita akan excited nak tahu siapa baik atau jahat sebenarnya. lebih2 lagi watak maria tu. so, pendek kata cerita ni best lah. tak bosan sangat. duk ketawa jer dalam wayang tu. zizan memang best! 



~cute couple~


~ macam barbie doll~


~salah satu babak yang kelakar giler!

Review Filem Bohsia - Jalan Kembali

Fara ni tak berapa suka sangat tengok cerita melayu kat wayang.. macam tak umphh sangat lah tengok cerita melayu kat wayang. fara lebih suka tengok action movie kat wayang. hehe.. tapi cik tunang fara dia jenis tak kisah. dia boleh layan je semua cerita kat wayang. so, fara pun pergi lah tengok cerita ni kat wayang dalam Festival City tu. Cik tunang nak tengok sangat cerita ni bukan apa pun.. dia nak tengok sebab ada Zizan tu ha. dia memang minat betul dengan zizan tu. so, fara layan kan je lah..

Cerita ni mengisahkan tentang seorang bohsia nama AMY (Salina) dah insaf. Tapi, TASHA (Nabila Huda) pulak makin rosak tak insaf2. makin teruk lepas dia kawan dengan KETING (Sofi Jikan). itupun sebab dia nak dapat stok 'barang' dia. MUZ (Syamsul) dan IJAN (Zizan) walaupun dah slow tak macam dulu tapi dorang tetap aktif dalam lumba2 motor ni.. kemuncak cerita ni bila si amy tu keluar dari pusat pemulihan lepas dah tak tahan kena belasah dengan 3 orang makcik gangster dalam pusat tu. bila dia dah keluar terjumpa pulak keting.. lepas tu, si tasha pulak buat hal dengan keting.. so, kat situ lah bermula pergaduhan si muz dengan keting ni..

Tapi, pada pandangan fara untuk cerita ni tak payahlah korang nak tengok dengan adik2 korang yang bawah umur tu.. penat korang nak explain yang mana satu baik mana satu buruk nanti.. korang tengok sendiri sudah lah. huhu.. Lepas tu, ada beberapa babak dalam cerita ni yang fara tak suka.. terutamanya watak 3 orang tua dalam pusat pemulihan tu. hee, geram giler! yang buat best cerita ni pun sebab ada si Zizan. dia je yang buat kelakar tu. kalau tak, bosan gak cerita ni. watak si keting tu memang jadi lah sebab fara menyampah betul dengan cara dia bercakap tu. terpekik2.. hee, fara memang tak suka orang cakap terpekik2 ni. Untuk ending cerita ni, fara tak puas hati sangat sebab fara tak tahu nasib si ijan tu. hilang macam tu jer..

Moral of the story: Jangan ikut jalan hitam pilihlah jalan kembali.. hehehe..:-p

Filem Jalan Kembali Bohsia 2

Babak filem Jalan Kembali Bohsia 2
~Zizan best!!~

Babak filem Jalan Kembali Bohsia 2
~Babak yang buat panas hati!~

Babak filem Jalan Kembali Bohsia 2
~tak faham kenapa HETTY mesti ada dalam semua filem Skop production.huhu..~


Saya Tengok Saya Cerita

Hai korang.. fara ingat kan lepas ni fara nak buat entry tentang filem2 yang fara gi tengok kat wayang. yelah, fara ni sekarang duk sibuk kerja je. tak sempat nak fikir idea2 nak buat apa dalam entry ni. daripada tak tulis apa2 baik kita kongsi sama2 cerita yang kita tengok tu kan? Lepas ni, fara nak share dengan korang filem yang fara tengok dari bulan jun hari tu.. 

So, kalau korang dah tengok filem yang fara nak review tu boleh lah kita share pandangan sama2 kan? kalau belum tengok, agak2 lepas fara review tu.. terpulanglah kat korang nak tengok atau tidak.. (^___^)

Check it out!!!

Jatuh Cinta Dengan Tasha Manshahar..

Korang kenal tak siapa Tasha Manshahar? sebelum ni fara tak kenal sangat pun dia. nama pun tak pernah dengar.. mana taknya, bila bukak internet.. bukan fara tengok benda lain. balik2 korea jugak fara tengok sampai mak fara pun bising.. hehehe.. Tapi, tiba2 satu hari tu.. fara terdengar adik fara yang kecik tu asyik duk ulang2 satu lagu ni. lagu dia memang catchy dan cute sangat. suara yang fara dengar pun leh tahan sedap.. fara pun tanya adik fara tu.. lepas tu, baik punya dia sound fara.

" hee.. akak ni itupun tak kenal ke?"

Adik fara yang umur 12 tahun tu pun ceritalah tentang Tasha ni dengan bersemangatnya dia. So, bermula dari tu lah fara minat giler dengan Tasha ni..  suara dia best.. sekarang, hari2 fara layan lagu BE MINE.. cuba korang dengar. best taw lagu dia..


~cantik dan suara pun best!!~

Kalau Nak Mati, Pergi Mati Sorang2!

Serious, fara tak faham kenapa orang suka sangat merokok? fara rasa orang merokok ni orang paling bodoh TAK PANDAI nak fikir.. sorry bahasa kasar sangat. tapi, fara geram betul.. disebabkan orang2 yang suka merokok kat tempat awam, orang yang ada asthma macam fara ni jadi susah. hish, asap yang korang hembus tu 2 kali ganda bahaya bila kena kat kitorang daripada diri korang sendiri! tolong hormat sikit hak orang lain. kalau korang nak mati, gi mati sorang2.. tak payah babitkan kitorang yang tak merokok ni!!


~ni yang baik punya korang dok sedut!~

~faham2 sendiri ye..~

Ahad Ku Yang Gembira!


Inilah plan fara untuk hari ahad..mcm dah lama tak rasa relax mcm ni kot.asyik kerja jer.tak pun keluar gi beli brg2 persiapan kawen fara.. huhu.. best2...