Assalammualaikum semua.. hm, baru hari ni fara berkesempatan nak update entry baru.. siyesly, fara tak tahu kenapa minggu ni minggu yg amat meletihkan fara. tiap kali rehat fara mesti tidur. tapi part tidur tu boleh dimaafkan kot sebab fara puasa pun minggu ni.. hehe.. tapi nak difikirkan balik, fara baru puasa 1 minggu ni dah lembik mcm apa.. belum lagi sebulan. mana tak nye, balik kerja je.. buat apa yg patut, gedebak gedebuk.. 9.45pm fara dah landing atas katil.. ayah dah perli2 fara. ayah cakap ni belum kawen lagi.. dah kawen tak tahulah. agaknya rumah pun tak terurus.. aduh, bakal mertua dengar.. cancel buat menantu kan? uik.. mintak simpang lah.. huhu..
Nak difikirkan balik 24 jam yg Tuhan bagi ni pun fara susah nak handle diri fara.. pukul 5.45am dah kena bangun.. mandi then gerak pergi kerja dari pukul 8am - 5pm. lepas kerja stayback pulak utk latihan menari. lepas tu balik, makan, kemaskan diri.. tidur.. tu je kerja fara buat masa ni.. kadang2 risau jugak. takut 'TER' bosan dgn aktiviti sendiri.. bila dah bosan, takut jadi depression pulak.. tak mahu! tak mahu!
Jadi, fara rasa.. utk kita enjoy dalam kehidupan kita.. pandai2 lah uruskan masa utk diri sendiri. cari masa utk bagi ganjaran pada diri kita. yelah, sebagai upah sebab dah banyak buat kerja kan? contohnya pergi shopping ke, urut badan ke.. buatlah apa2 pun. janji kita enjoy!! yeah!
Satu perkara yg fara pegang.. fara bekerja pada usia yg muda dan fara bermula dgn tubuh badan yg sihat.. maka apa yg fara harap pada pengakhirannya nanti, fara akan bersara dgn tubuh badan yg sihat jugak.. AMINN..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan