Teh Bunga Vs 100 plus

hai hai hai... chewah.. mcm excited je bunyinye.. sebenarnya tak ada apa pun.. saja nak menghappykan diri sendiri.. yelah, korang pun tahu sekarang ni kan cuaca panas.. suhu kat luar pun dah 36 celcius.. belum campir suhu badan kita.. peh, mmg panas lah kan? tapi, entry fara ni bukan cerita pasal cuaca panas ni. korang pun dh dgr kat radio tengok kat tv kan? takkan fara nak ulang tayang.. ye tak? hehe..

tujuan entry fara ni, fara nak pesan supaya korang tu jaga kesihatan sebab dalam cuaca mcm ni penyakit senang nak dapat.. yelah, mula2 kita keluar rumah cuaca dah panas.. lepas tu bila masuk rumah cepat2 cari aircond atau kipas nak sejukkan badan.. badan tu mcm 'terkejut' lah. tu yg senang demam. fara kerja kat farmasi pesakit luar tu pun, pesakit asyik ambil ubat demam je minggu ni..

so, banyak2 kan minum air utk ganti balik air yg hilang dlm badan tu.. jgn time2 panas ni korang pergi jogging pulak.. mmg bagus utk kesihatan tapi kalau tgh2 panas korang jogging apa cerita ye tak? bukan apa.. takut jadi dehidrasi..

sekarang ni time2 panas ni fara amalkan minum air mineral banyak2.. lepas tu fara suka minum air TEH CHRYSANTHEMUM atau org panggil teh bunga.. mmg favourite fara no 1 lah.. cik abg kita pun suka taw.. air ni banyak kebaikannya.. antaranya:

1) mmg sesuai untuk org yg sering gunakan otak semasa bekerja atau belajar

2) boleh menyejukkan badan

3) boleh digunakan untuk tujuan meditasi (kaum cina yg sering gunakan)

~sape pandai buat sendiri air ni? ajarkan boleh?~

sebenarnya banyak lagi kebaikan air ni.. tapi tu je yg fara tahu.. malas nak google sebab penat sikit hari ni.. tapi fara gagahkan juga nak buat entry ni.. hehe..

selain teh bunga tu, cuba korang minum AIR 100 PLUS.. ia merupakan air yg ada natrium, kalium, kalsium, magnesium, klorida, fosfat dan air.. dgn minum air ni, ia boleh neutralkan balik badan kita yg terhidrasi. tapi dalam baiknya, ada jugak buruknya.. kalau korang nak minum, jgn minum hari2 sebab walaupun ia bagus tapi ia tetap minuman bergas. tapi, fara pun x sure sgt sebab ada jugak kata ia sekadar minuman isotonik yg ada molekul dan zarah2 yg sgt kecil dan akan meresap ke dalam otot dan saraf yg dpt mengembalikan kecergasan dan menghilangkan keletihan seseorang..korang mesti ingat konsep isotonik ni waktu kita belajar kat sekolah dulu kan?? kalau tak ingat takpe, korang tanya adik korang..hehe.. macamanapun kenapa bila kita bukak botol dia keluar bunyi 'psstt..'.. sebab gas lah kan?? hm, kalau fara salah.. betul kan ye.. fara tak kisah.. :-)


jadi... itu je info yg dapat fara share bersama..
tata.. take care semua.. :-)

~bila time panas mesti ingat sungai~




5 ulasan:

Unknown berkata...

suka minum air hudred plus..tp klu aish panas sgt..aish buat air cincau..pergh sejukkk badan..huhuuuh

FaraLoveChoco berkata...

owh haah..air cincau pun sedap gak..suka jeli2 dia tu..:-)

Farhanah Mokthar berkata...

kita suka teh bunga :)

FaraLoveChoco berkata...

@cik aish
tau xper..cincau tu bez bila dpt slurp jeli2 dia tu..:-)

FaraLoveChoco berkata...

@farhanah
sama lah kita.:-)