Kenapa Korang Benci Max 247? Ok What...

haha... mesti korang dah tak asing lagi dgn kumpulan MAX 247 tu kan? alah, group yg konon group M-POP pertama yg kat negara kita ni.. siyes, waktu fara blogwalking kebanyakan blog suka sgt kutuk diorang ni. kesian pun ada weh.. cuba adik2, abg2 or bf2 korang yg ada dlm group tu kena kutuk kaw2 punya? ape korang rasa? tapi harap2 takde lah kan saudara mara korang dlm tu.. hehe..

dah byk blog fara jumpa luahkan ketidakpuasan hati diorang dan sekarang giliran fara pulak.. tapi bukan fara nak menambahkan kutukan yg dah sedia ada tu.. cuma, fara nak luahkan pendapat fara..

secara jujurnya bila fara baca kisah2 dorang ni siap tgk gambar sekali, pergh mmg menyakitkan mata terutama dgn stail dorang tu.. namun, bila difikirkan balik.. cuba korang fikir kat mana salah dorang sebenarnya? bg fara silap dorang adalah cara penampilan dorang.. kenapa perlu dorang nak tgkap2 gambar ikut style KOREA kan? kita dah sah2 tahu yg muka 'pakwe' kat sana mmg leh buat kita 'cair'.. tapi, bila dorang tu buat penampilan yg sama.. cheh, mmg jauh panggang dari api.. dorang sepatutnya tak payahlah nak bukak baju bagai.. kalau badan tu ada 6 pack takpe jugak, ni kering.. hehehe...

alamak, fara dah mengutuk ni.. ok2 silap2..ha, yg fara leh respect group ni ialah diorang berani muncul dgn penampilan mcm tu. tak kan dorang tak tahu mentaliti org kita ni mcm mana kan? kalau fara pun, tak berani nak buat mcm tu.. bukan apa, takut kena kutuk.. huhu.. fara ada gak try cari video dorang kat you tube.. semangat tak fara? bukan apa, nak tgk gak dorang tu mcmana. kalau ok, bolehlah dimaafkan cara penampilan dorang tu. kalau nak tgk, korang play video ni..


so, dari video tu.. fara rasa not badlah tarian tu.. sebelum kita nak kutuk, tanya diri sendiri.. korang boleh ke menari mcm tu? lagi satu, kalau korang kutuk dorang berbakul2 sekalipun, sekurang2nya kita dh kenal kot dorang tu walaupun kalau kita terserempak pun kita takkan cam dorang..haha.kejam! lagipun ada gak nama group dorang MAX 247.. korang ada??hehe..

hish, fara back up ni bukan sebab fara suka group ni... fara tak ambik kisah pun.. cuma, tak payahlah kita nak kutuk2 dorang.. suka hati dorang.. bukan dorang kacau kita pun.. ye tak?

~siyes, gambar ni yg buat org ramai menyampah sebenarnya..~

2 ulasan:

GaRy™ berkata...

emmm.... x taw la... nampak dari mana2 sudut pun, i dont see anything i like 'bout them...
kenapa industri hiburan negara x berusaha untuk mewujudkan sendiri identiti hiburan kita tanpa meniru mana2 pihak?
better diorang x wujud...
sorry, just an opinion..hehe...

FaraLoveChoco berkata...

hm, betul jgak tu.. tapi pandangan masing2.. siyes, kalau dorang muncul pun takkan kekal.. sendiri tahu mentaliti kita mcmana kan?:-)