Ego Perempuan Yang Tinggi Sebenarnya!!

kita ni kaum perempuan selalu duk bising cakap kaum lelaki lebih ego.. hish, fara tak setuju langsung. fara rasa kita yg ego. kalau tak, masakan ALLAH letakkan hak cerai pada kaum ADAM.. cuba hak cerai ada kat tangan kita? fara rasa mmg berpuluh2 kali turun naik mahkamah. tengah couple pun duk asyik nak mintak putus je kan?

ha, korang jgn nak marah pulak fara sebab tak back up kaum sendiri.. fara bukan mengata korang jer. fara mengata diri sendiri jugak. mengaku ni taw. ingat senang ke fara nak buat pengakuan jujur ni? hehe..

ni ada beberapa contoh yg fara tengok dan nilai kenapa fara kata ego perempuan lebih tinggi dari lelaki. mungkin insiden2 ni terjadi kat korang atau fara sendiri. so, sama2 kita nilaikan.. tapi sebelum tu fara nak bagi sikit tafsiran EGO tu apa sebenarnya..

mengikut kaedah philosophy, ego tu boleh ditafsirkan sebagai suatu keyakinan yg begitu mendalam oleh seseorang itu terhadap apa yg diinginkan dalam hatinya sendiri.

menurut Kamus Dewan pula, ego membawa maksud persepsi seseorang tentang harga dirinya yang seterusnya mempengaruhi keyakinan diri sendiri.

SITUASI 1

bila lelaki iaitu pasangan korang tu kantoi mesej dgn org lain.. ntah2 mesej tu dari sepupu atau kawan sekerja dorang.. perempuan ni dah mengamok mcm lelaki ni buat salah besar. tapi kalau dia tu mesej dgn org lain takpe pulak. bila ditanya, 'alah, aku takpe. aku tahu batas aku. aku bukan nak menggatal pun'. so, apa kes?

SITUASI 2

bila lelaki duk cabar yg perempuan ni lemah.. amboi, korang dulu sinsing lengan tak nak mengaku kalah. siap cakap apa lelaki boleh buat korang boleh buat.. tapi, bila time nak angkat2 barang... tiba2 korang bagi alasan ' alah, mana kitorang larat nak angkat barang tu. kitorang kan perempuan'.. mcm tu pulak kan? mengaku dari tadi kan senang..

SITUASI 3

bila bf or suami korang kat tempat kerja.. mestilah selalunya time rehat dorang akan keluar makan ramai2 kan.. tak kisahlah lelaki dgn perempuan.. bukan berdua lah..maksud fara RAMAI2 melainkan korang 1 tempat kerja.. bila korang dapat tahu, korang cakap pasangan korang tu menggatal. tapi, bila time korang kat tempat kerja siap menggedik dgn lelaki2 tu boleh pulak.. bila disoal ' alah, takpe..aku bkn nak kat dorang pun. saje je mengusik'.. ape korang fikir?

SITUASI 4

bila tgk member2 korang cerita yg bf or suami dorang belikan dorang mcm2.. ha, korang pun nak. lepas tu terus nak paksa pasangan korang belikan mcm tu jugak.. dialog yg selalu keluar 'syg.. suami si A tu kan belikan dia gelang emas.. ayg pun nak mcm tu.. boleh kan?'.. harus ke korang mcm tu? perlu ke nak ikut org eh?

tu lah antara situasi yg mungkin fara sendiri alami.. tapi korang cuba lah teka yg mana 1.. hehe.. tapi ada antara situasi tu yg fara tgk drpd sekeliling fara sendiri.. korang pun mesti pernah tgk. sebenarnya byk lagi situasi2 tu. tp nanti cerita banyak mcm mengutuk kaum sendiri. habis fara kena serang nanti.

korang jgnlah marah ye.. setiap org ada ego masing2. cuma tinggi atau rendah kita tak tahu. kita sendiri yg kena pandai handle.. jgn sibuk nak menangkan diri sendiri jer. padahal dah tau diri tu salah..

last but not least...pada MY SYG.. saya tahu kdg2 saya ego. tapi awk tetap sabar dgn saya kan? sebab tu saya SAYANG AWAK!!

~ego tak leh bawak mati pun~

7 ulasan:

Cik Aish berkata...

masing2 mmg ada ego..terpulang la pd kt nak kawal..huhu..

FaraLoveChoco berkata...

@Cik aish
betul tu cik aish..depend kat kita jer..:-)

najihah sahami berkata...

yep2..sama la.setuju ngan cik aish tu. hehe

btw, aah sis...student KSKB. farmasi. ambilan jul 2008..batch 54..kire sis ni batch 53/52 la eh??erkk

ama berkata...

akak,mcm terkena batang hidung je. hahaha

FaraLoveChoco berkata...

@Najihah
yup.. akak batch 53..now dh keje HKL..

@Ama
lebih krg lah tu..haha...

tech news berkata...

Tq Fara memang jelaskan banyak

tech news berkata...

Tq Fara memang jelaskan banyak