sebelum tu, fara nak bagitahu yg fara dah 3 hari tak update blog ni sebab fara ada kat kampung. cousin fara kawen. so kena balik tolong mana yg patutlah kan. mcm biasa fara ditugaskan jadi pengapit. sebenarnya tak suka sgt sebab org tua kata selalu jadi pengapit ni lambat kawen.. owh, betul ke? tapi, takdelah percaya sgt. mengarut je tu. tapi betul kot... ni yg tak kawen2 lagi ni. cheh, menggatal kau fara. baru 23.. lek lu kan? hehe.
ok2.. fara bukan nak cerita pasal kenduri kawen cousin fara tu. tapi fara nak cerita pasal entry fara tu. mesti korang kata yg fara ni melalut je kan. gila ke apa kat perak tak da kete. cerita dia mcm ni.. meh2 fara taip cerita ni.. korang baca. jgn tak baca ye..
cousin fara kawen hari ahad, so kitorang yg sepupu2 ni diminta lah balik awal utk gotong royong kan sebab dah jadi adat family fara tak suka nak catering2 ni. tapi, adik fara yg bongsu tu ada plak pertandingan TULISAN KHAT kat Sungai Tua. so, memg mak ayah fara cancel nak balik hari Jumaat seperti yg dah diprogramkan. ayah fara arahkan fara dgn adik fara yg 2 org tu balik hari Jumaat. nanti mak ayah fara balik hari Sabtu. so, hari Jumaat tu kitorang balik lah naik kereta Wira adik fara tu. tapi kitorang gerak lambat sebab tunggu adik balik kerja. owh ye, fara ada PAKSA sepupu fara balik sekali dgn kitorang. kebetulan dia pun tgh cuti sem. mana aci fara sorang je anak dara balik buat kerja awal2. hehe..
bila masuk highway pun dah pukul 12 lebih waktu tu. bila dah masuk jalan kampung lepas Tapah tu...pergh, SCARY. korang tahu tak kenapa? sebab tak ada sebiji kereta pun yg fara jumpa melainkan kereta kitorang. siyes. takda langsung.. selalu tak da plak mcm tu. sekurang2nya ada jugak lah kereta..tgk jam lebih krg pukul 2 pagi. kat KL, time2 mcm tu riuh lagi. alah, kalau korang balik dari 'downtown' ke.. korang tgk byk lagi kereta kan? berderet lagi kat jalan.
so, fara pelik gak lah kat Perak tu.. tak da kereta langsung. tu yg bagusnya duduk kampung kan? hiburan tak byk. kalau nak pergi tgk wayang pun jauh. apa lagi nak karaoke. langsung tak nampak. tapi, sesiapa org Perak duduk Ipoh tu.. moden sikit lah kot. cuma yg kdg2 bahayanya org kampung ni.. bila kat kampung dorang tak byk kena pendedahan tapi cth bila dorang dtg KL.. dorang yg paling mudah nak kena CULTURE SHOCK.. hm,minta maaf pada yg terasa. cuma itu pandangan ikhlas fara. sebab dah banyak berlaku depan mata tapi takda lah semua.. sebilangan jer kan? jgn marah2 fara ckp mcm tu.. cenyum lah sikit.. :-)
sebenarnya, mana pun kita pergi.. pandai2 lah kita bawa diri. ingat 1 je. kita sentiasa bawak nama mak ayah kita mana pun kita pergi..
eh, ni dah mcm terkeluar dr tajuk entry. tapi takpe.. ada fara kisah? hehe...
~2 hero kat belakang tu lah adik fara yg balik kmpung dgn fara.~
eh, tetiba pulak ada gambar dorang ni.. kira ok lah kan.. takde lah entry ni nampak bosan jer..:-)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan