Hari ni, buat pertama kalinya sepanjang kehidupanku selama 22 tahun ni.. saya tgk ayah kena tahan kat hospital. siyes..selama ni memang tak pernah. waktu tu saya tak dapat nak gambarkan perasaan saya mcmana..menggelabah, nak nangis, risau semua bercampur baur..
Tapi, sebelum dapat call dari adik bagitahu pasal ayah tu, memang dah perasan macam ada something tak kena jer. Pagi tadi pukul 5.30am, saya dah bangun nak siap2 pergi kerja. battery handphone macam nak dekat low. selalunya memang saya malas nak cas kalau dah nak pergi kerja tu sebab bukan nak main mesej kat tempat kerja pun. tapi, gerak hati suruh cas jugak sementara tunggu adik siap. handphone kebetulan memang takde kredit. tiba2 dapat mesej dari celcom bagi kredit percuma. bila dah sampai tempat kerja, tergerak hati nak minta off petang. lebih kurang pukul 1 dapat call dari adik cakap ayah kat hospital. apa lagi, kelam kabut. tinggal semua kerja terus nak call CIK RIZAL kita suruh ambik.
Waktu tu, saya rasa bersyukur sangat2 ALLAH permudahkan hari saya tadi. cuba bayangkan kalau handphone saya takde bateri.. mesti adik saya tak dapat call. lepas tu, kalau takde kredit mesti terkial2 nak meminjam orang utk telefon cik abang kita tu suruh ambik. bila dah dapat call tu, rizal terus gerak dari rumah. 15 min dia dah sampai HKL dari Selayang. lepas tu, terus gerak HUKM.
bila sampai, rupa2nya ayah kat bahagian EMERGENCY NON CRITICAL. ALHAMDULLILAH. doktor cakap ayah kurang air dalam badan dan bahagian tekak ayah ada infeksi sikit. mungkin sebab allergi. tapi saya rasa, ayah saya tu keletihan. dah berapa hari dia tak cukup rehat sebab tolong kenduri cousin tu.. dah habis masuk Normal Saline atau 'masuk air' dalam badan, doktor kata ayah kena tahan kat wad. tapi ayah saya tu degil. dia tak mahu kena tahan wad dengan alasan banyak kerja tak siap dan dia risau siapa nak hantar adik saya yang kecil tu pergi sekolah. kalau dah nama ayah tu, kalau apa2 pun.. dorang mesti fikirkan anak2 dulu berbanding diri sendiri. tapi kalau kita? lagi suka agaknya kena tahan wad. tak payah pergi kerja kan? cheh, macam mengata diri sendiri jer. hehehe.
dah selesai semua, pergilah saya teman ayah nak ambil ubat kat farmasi. tiba2 bila staff diorang tengok saya berpakaian uniform farmasi, leh pulak dia terus bagi je ubat tu kat ayah saya dan dia cakap:
" nanti kalau apa2 encik tak faham, tanya anak encik eh. dia mesti tahu "
owh, boleh plak mcm tu kan??
tapi, saya mcm pelik sikit rawatan masuk air kat HUKM ni.. bila rawatan masuk air, dia tak baringkan pesakit atas katil. pesakit kena duduk atas wheelchair pulak. selama saya selalu keluar masuk hospital sebab masuk air ni, tak pernah pulak saya terima rawatan duduk jer. mesti kena baring. kdg2 siap leh tidur lagi. nak tahu kenapa saya selalu masuk air? saya selalu kena serangan sesak nafas dan 'period cramp'.. hehehe..
~Moga ayah dikurniakan kesihatan yang baik..A..MINN~
2 ulasan:
:: Moga abang wan xder aper2 ::
terima kasih acik..:-)
Catat Ulasan