Kambing Vs Lembu

kalau fara kata dalam entry ni fara nak kenalkan kambing dan lembu tu, korang nak lempang fara laju2 tak? hehe.. fara belum gila lagi taw nak cerita benda macam tu kalau takde idea nak buat entry sekalipun.. korang mestilah kenal dgn haiwan tu kan? :-)

korang perasan tak, kalau kita sebut pasal susu jer.. mesti kita terbayangkan susu lembu kan? lepas tu terbayang lembu2 tengah meragut rumput kat padang new zealand yg cantik sgt. alah, macam iklan susu Fernleaf tu.. lepas tu, budak2 sekarang ni pun minum susu lembu juga. termasuk lah jugak fara ni. tapi, tahu tak sebenarnya susu kambing yg lebih tinggi manfaatnya kalau nak dibandingkan dgn susu lembu. dr segi proses penghadaman, susu kambing lebih mudah nak hadam sebab molekul lemaknya lebih kecil.

tapi, susu kambing ni mmg kurang orang minum sebab tanggapan org terhadap susu tu boleh menyebabkan darah tinggi dan 'panas'. hakikatnya, susu kambing ni sebenarnya berfungsi untuk menstabilkan tekanan darah, jantung dan banyak lagi. sebab tu susu kambing ni mahal.. malangnya, berapa peratus je masyarakat dunia tahu manfaat susu kambing ni.

tambahan lagi, kalau korang nak tahu... susu kambing ni mengandungi kandungan gizi lengkap dan baik utk kesihatan. ia tidak mengandungi beta-lactoglobulin iaitu penyebab alahan yg boleh sebabkan asthma, masalah pernafasan, radang telinga, infeksi kulit dan gangguan saluran pencernaan. yg menariknya, susu kambing ni mempunyai tindak balas alkali yg beri faedah pada mereka yg mempunyai masalah asid terlalu banyak dalam perut (macam fara lah..). ia bertindak dgn cara menipiskan asid hidroklorik perut dan melindungi membran mukus di permukaan lapisan perut dari rosak.

SEJARAH SUSU KAMBING

1) NABI ADAM a.s
bermulanya tamadun manusia, Habil dan Qabil menternak kambing dan ia merupakan ternakan haiwan pertama di dunia.

2) NABI IBRAHIM a.s
merupakan penternak kambing yg agung. terdapat 12,000 ekor anjing yang menjaga kambing2nya. berlaku peristiwa sedekah (kambing) yg terbesar dalam sejarah islam.

3) NABI ISA a.s
juga menternak kambing. wujudnya Bani Israel - bangsa Yahudi (1 bangsa yg dikenali cerdik). mengamalkan minum susu kambing hingga ke hari ini.

4) NABI MUHAMMAD S.A.W
di antara jenis minuman yg biasa diminum oleh baginda adalah susu kambing segar iaitu terus diminum setelah diperah dari kambing.

5) PERISTIWA ISRAK MIKRAJ
Nabi Muhammad S.A.W telah disediakan dgn 3 jenis oleh malaikat Jibril iaitu arak, madu dan susu. baginda telah memilih susu. (Minuman yg terbaik di dunia selepas susu ibu).

6) MAHATMA GANDHI
tokoh sejarah india yg minum segelas susu kambing setiap pagi dan malam sebagai amalan hariannya. penganut agama hindu mengamalkan minum susu kambing bertujuan untuk meningkatkan daya ingatan juga di dalam amalan perubatan mereka.

7) PUTERI MAHARAJA CHINA
pada zaman dahulu, mereka mengamalkan minum susu kambing dan sering berendam di dalam susu kambing utk menjaga kecantikan mereka. wah, no wonder lah keturunan dorang cun2 belaka. hehe..

fara dapat info ni dari satu leaflet produk kat tempat kerja fara. susu kambing jenama HIGOAT tak silap fara. nampak macam menarik. tapi fara lupa pulak butiran yg selanjutnya. kalau nak tahu, korang google je lah eh. hehe..

so, moral of the story.. ce nanti kita try bagi anak kita susu kambing. tak payah lagi bagi susu formula tu. hehe..:-p

~ha, tgk.. even kambing tu lagi kecil dari lembu, dia lagi banyak manfaatnya kan?~

2 ulasan:

Unknown berkata...

wah..dah mcm dokter pakar pemakanan lak kan..hehehe..

FaraLoveChoco berkata...

@cik aish
haha. sekali sekala kita kongsi sama2..:-)