Geng Fiq'ra buat aktiviti lagi lah.. bestnye.. tu lah, rugi siapa tak join geng ni taw.. best sangat. hehe.. kali ni aktiviti tentang cerita dan lagu.. jom join!
Kalau nak ikutkan, banyak betul lagu kegemaran fara. tapi, untuk aktiviti kali ni fara nak bagitahu lagu kegemaran fara waktu fara kecik lah. nampak nostalgia sikit. hehehe.. mungkin antara korang pun pernah dengar jugak lagu ni.. kalau korang rajin masuk nasyid waktu sekolah rendah dulu, ni antara lagu yg agak famous taw. tajuk lagu dia 'DI PONDOK KECIL'.
Serious, waktu kecik dulu fara suka sangat dengar lagu ni. bila dengar lagu ni, fara akan sentiasa ingat mak ayah fara. kadang2 boleh nangis fara dengar lagu ni sorang2. biasalah, mungkin sebab fara anak sulung. fara rasa tanggungjawab sebagai kakak ni besar. fara takut kalau fara hilang mak ayah fara. fara rasa macam tak boleh terima kalau diorang takde. :'(
Disebabkan lagu ni jugak, fara sentiasa berpesan kat diri fara supaya jadi anak yang terbaik untuk mak ayah fara. fara akan buat yang terbaik untuk hidup fara supaya dapat membanggakan mak ayah fara. tapi, disebabkan lagu ni jugak.. fara rasa diri fara ni still manja dengan mak ayah fara sampai sekarang. tak boleh nak berpisah langsung. masuk asrama waktu belajar dulu pun nak menangis. padahal dah besar kot.. huhu..
Lagu ni memang bermakna dalam hidup fara. liriknya simple tapi ada maksud yang mendalam. lagu ni buat fara rasa bertapa pentingnya mak ayah fara dalam hidup fara. sebab tu BF fara pun tahu, kalau ditakdirkan dulu mak ayah fara tak suka dia.. fara takkan bersama dia. tapi ALHAMDULLILAH semuanya berjalan lancar.. mak ayah fara suka dengan pilihan hati fara. :-)
Pada korang yang ada mak ayah lagi, hormat dan sayangi lah diorang lebih dari diri korang sendiri. senangkan hati diorang. INSYALLAH, selamat hidup kita. kalau korang tak pernah dengar lagu yang fara maksudkan ni, korang tengok video bawah ni..
~I LOVE THEM SO MUCH!~
11 ulasan:
sedih lagu nie.emy suke jugak :)
btw gud luck dear :)
hoho..comelya farah gambar last sekali..salam kenal dear..
lagu ni memang sedih....selalu dengar masa waktu sekolah dulu je....
kisah aku dan lagu http://www.zahidahwahid.com/2011/12/4530/
so sweeeet gmbr yg bwh tu :)
http://joel-leslie.blogspot.com/2011/12/story-aku-lagu.html
tq semua..gud luck jugak pd yang sertai xtvt ni..:-)
sweetnya ! nasyid ni mmg sdih .. antara fveret nasyid myra .. btw, gudluck !
http://miera-akmalina.blogspot.com/2011/12/story-aku-lagu.html
tq miera..:-)
lagu neh best. sedih sangat. masa orientasi guna lagu neh, ramai yang pengsan sebab tak tahan sedih, tak dapat kawal perasaan.
nice choice. good luck! :)
sedih la cik ana dgr lagu ni.. masa orientasi form 6 dulu senior2 on lagu ni.. sedih gile rase..uwawawa
http://diary-kecilku.blogspot.com/2011/12/story-aku-lagu-geng-fiqra.html
luv,
cik ana
ye2, jadilah anak yang terbaek untuk ibubapa... ^_^
di pondok kecil..gud luck syg ;)
admin,
GF ♥
Catat Ulasan