Kereta Besar Otak Letak kat Lutut!!

Kalau kita bawak kereta nak pergi ke satu2 tempat, benda yang selalu jadi problem buat kita.. mesti parking kan? kalau kat KL ni bukan senang nak cari parking, lebih2 lagi pergi tempat yang crowded tu kan? ha, ni yang fara nak cakap kan ni.. masalah orang kita ni, kalau nak cari parking tu.. seboleh-bolehnya betul2 nak dekat dengan tempat yg kita nak pergi tu. tak boleh lah nak jalan sikit. exercise pun tak nak.. 

So, hal ni lah yang fara nak cakap.. orang kita kalau parking tu, tak menyusahkan orang tak sah!! pentingkan diri.. kira kepala korang je.. otak letak kat lutut! tak boleh nak fikir tentang orang lain!! hish, memang sakit hati sangat ni! pasal orang2 macam ni lah fara lewat pergi kerja.. sedangkan hari Sabtu kot.. takdelah jem sepatutnya.. tapi, disebabkan diorang ni.. fara lewat. padahal dah gerak awal dari rumah! bengang betul.

Rumah fara kat Selayang.. kalau nak keluar ke arah KL, mesti lalu depan pasar borong Selayang tu.. alah, sape duduk KL mesti tahu pasar tu. famous kot. hehe.. ha, tapi disebabkan orang2 ni, jem jadi makin teruk! korang nak tengok? manalah tahu korang kenal kan? fara minta maaf lah kalau diorang tu saudara korang. betul2 minta maaf ye. tapi, fara geram sangat.



Ha, korang tengoklah! semua kereta besar2 kot yang kata orang tak mainlah buatan Malaysia punya kan? kita ni guna Inspira je.. tak setanding dengan dorang.. tu yang dorang boleh letak suka hati je kat tepi jalan tu.. disebabkan dorang 3 line dah jadi 2 line! menyusahkan!

Pada orang2 yang kat luar sana tu, kalau nak park kereta tu biarlah bertimbang rasa sikit. jangan nak pentingkan diri. bukan awak sorang je yang bayar cukai. jalan tu pun kegunaan bersama.. :-)

2 ulasan:

Cik Aish berkata...

hehe sabar sabar..klu geram sgt, kasi calar tu kereta.haha

FaraLoveChoco berkata...

cik aish@ kereta dorang mahal sgt..takut nak calar..kita pakai proton je..hahaha..:-)