Semalam birthday fara yang ke 23 tahun.. 23 tahun ok!! selama 23 tahun ni, apa yang fara dah buat agaknya kan? dosa, pahala.. entah banyak mana.. ALLAH sahaja yang tahu. kalau umur dah macam ni boleh dikatakan kategori dewasa. fara dah takde dalam kategori remaja lagi sebab remaja selalunya yang berusia 18-21 tahun. hehe. tapi, bila fara renung2 kan sikap fara ni. haih, mengeluh sekejap. perangai macam budak2. apa2 sikit.. ayah, mak.. sampai BF fara kata, "eh, awk tu umur 23 taw. jangan nak merengek2 mcm budak 3 tahun". nak buat macamana. tolong bagitahu sikit.. nasib baiklah si dia boleh terima fara ni seadanya..
Sebenarnya, akan banyak berlaku perubahan sepanjang dalam hidup yang kita lalui ni. tak kisahlah berubah dari segi fizikal atau pemikiran kita. dari zaman anak dara berubah jadi isteri orang. dari seorang isteri akan bertukar menjadi seorang ibu. so, dari situ kita akan melalui pelbagai perubahan fasa kehidupan.
Fara harap, bertambahnya usia fara ni.. fara akan berubah menjadi lebih baik. fara nak jadi anak yang baik, kakak yang baik, kekasih yang baik dan teman yang baik.. INSYALLAH..
Owh ye, sempena umur fara dah meningkat ni.. hadiah hari jadi pun berubah jugak. dah takde dapat teddy bear lagi dah.. fara dapat buku ilmiah sekarang taw. satu ayah fara bagi. satu lagi kakak angkat fara yang bagi. cik gemuk fara tak dapat bagi apa2 sebab dia kata tak cukup budget. yelah, tengah kumpul duit nak kawen kan.. takpe.. fara faham. ha, bagus kan fara? hehehe..:-p
~buku ni hadiah dari AYAH YANG TERCINTA~
~buku ni hadiah dari kakak angkat fara TENGKU NUR ARINIE~
Buku ni dua2 tebal.. tapi fara akan habiskan baca buku ni.. fara dah belek sikit2.. isi kandungan nya menarik. tak bosan nak tengok.. cuba lah kawan2 baca.. :-)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan