Selalu kita dengar pasal diet2 ni kan? tapi, korang tahu tak cara diet yang betul? apa yang korang buat mesti tak nak makan nasi kan? ha, tu dah salah. sebenarnya banyak lagi cara diet yang betul taw. so, korang tak payah susahkan diri korang tu tak makan berhari2.. apa kata korang try diet ala artis2 Korea ni.*mentang2 fara minat Korea*
1. DIET DANISH ALA KARA NICOLE
Ha, korang tahu tak pe benda diet danish tu? diet danish ni boleh membantu untuk ubah metabolisma badan kita dengan cara pemakanan yang kita ambil di mana protein adalah tinggi dan kalori rendah. tapi diet ni jugak sangat ketat. tapi, best taw menu2 dia.. cuba korang klik SINI dan SANA untuk dapatkan menu.. :-)
2. DIET KALORI ALA YOON EUN HYE
Dia mengawal jumlah kalori yang diambilnya kira2 1600 Kcal sahaja. dia mengambil nasi dalam lingkungan 150g - 170g sahaja dan diambil bersama sayur atau salad. jika lapar, dia akan mengambil buah strawberry sebagai sneknya.
3. DIET PISANG ALA SEO IN YOUNG
Cara diet ni paling senang sebab ia buat wajah jadi lebih kecil, membakar lemak di bahagian pinggang dan perut. ia juga membuat dada lebih bervolume. cara diet ni yang fara amalkan kadang2 sebab ia paling mudah. mungkin sebab tu fara makan banyak bahagian perut fara susah nak buncit.. hehe.. try lah.. yang ni fara berani jamin sebab fara cuba.. :-)
4. DIET KALORI ALA GIRLS GENERATION
Cara ni lebih kurang dengan Yoon Eun Hye jer.. antara menu untuk group ni ialah 50g rempah *fara tak sure rempah apa*, 5 potong brocolli, 150g nasi merah dan 100g dada ayam. hm, patutlah potongan badan diorang lebih kurang je sebab cara diet yang sama.
5. DIET PROTEIN ALA JUNG HYE YOUNG
Fara suka sangat dia ni sebab dah ada anak 3 pun body still maintain taw. ala, dia yang berlakon dalam cerita PLAYFULL KISS jadi mak yang sangat sporting tu.. kalau korang nak tahu tentang diet ni, korang klik SINI sebab nak taip panjang sangat.hehe.. :-p
6. DIET SALAD ALA PARK BOM
Cara diet ni buat kita rasa kenyang kerana kandungan seratnya yang tinggi. so, memang sesuai sangat untuk diet..
So, kalau rasa nak diet tu, cubalah cari cara diet yang betul. jangan lah seksa diri tu ye.. kalau boleh diet tu biarlah sebab nak sihat bukan nak cantik semata2 taw.. tapi kalau artis2 Korea ni, fara selalu jelous dengan kaki diorang. yelah, macam kurus je.. kaki fara ni dah panjang cuma tak cukup kurus jer.. hahaha.. selamat mencuba kawan2..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan