2 Parut Dalam Hidupku..

Cheh, tajuk macam apa je kan? bajet2 duka lah sangat. sebenarnya, fara nak cakap pasal 2 parut yang ada kat fara ni. sempena lagi 2 hari fara nak menyambut ulang tahun kelahiran fara yang ke 23, saje je lah nak mengenangkan sikit pasal parut2 ni.. tu yang cik gemuk kita kata hantaran turun ni. apa kena mengena parut dengan hantaran kan? dush! dush! nak ikutkan banyak je parut kat badan ni. biasalah waktu kecik tu 'baik' sangat kan? hehe.. setakat parut2 kecik tu dah lama hilang. cuma, tinggal 2 parut je yang takkan hilang sampai bila2.. sedih betul.. :-(

Parut pertama yang fara dapat waktu umur fara 6 tahun. parut kat telinga. luka siap berjahit lagi. ni gara2, nak lambai ayah fara pergi kerja. fara duduklah tepi longkang depan rumah fara tu. tahu kan rumah teres.. kanan kiri mesti ada longkang. so, baik punya lambai.. fara boleh pulak terlentang dalam longkang tu. apa lagi, telinga koyak. so, berjahit lah telinga fara ni.. 

Parut kedua kat peha fara.. tu waktu umur 6 tahun jugak. naik motor dengan makcik fara. biasalah budak kecik, pantang tengok orang berjalan mesti nak ikut. termasuk lah fara ni ha. nak dijadikan cerita, ada 1 van yang drivernya mabuk langgar lah kitorang berdua. apa lagi, fara tercampak tepi jalan. peha fara koyak.. habuannya, dapatlah fara 20 jahitan kat peha ni. so, peha fara memang cacat sikit lah. tapi takde siapa pernah  dapat tengok melainkan bakal suami fara nanti *mungkin cik gemuk*.. hahaha.. gatal seh!! alah, masing2 dah besar. faham sendiri lah kan? :-p

Parut ni kadang2 akan merendahkan keyakinan seseorang kan? tapi, nasib baiklah parut fara bukan di tempat yang jadi tumpuan mata nak tengok. boleh jugak sorok2. hehe.. :-p

Fara tulis pasal parut ni bukan apa.. bila nak buat preparation untuk tunang ni mulalah duk fikir nak cantikkan lagi diri ni.. kalau boleh nak buat rawatan kecantikan dari hujung rambut sampai hujung kaki. padahal baru tunang.. kabut betul.. hehehe.. so, doakan fara ye kawan2 supaya semua akan berjalan lancar..



Tiada ulasan: