Biar Betul Nama Ni Semua Tak Bagus???

Eh, korang tahu tak apa maksud nama korang? takkan tak tahu kan? sekurang2 nya mak ayah korang  mesti ada bagitahu. kalau tak bagitahu, maksudnya korang tak pernah nak tanya dan ambil tahu. macam fara, maksud nama UMMI NURUL FARAHIN ni, bermakna CAHAYA KETENANGAN IBU. tapi, tak sure lah fara ni dah cukup tenangkan mak fara ke tidak. hehe.. 

Nama ni main peranan besar dalam hidup kita taw. bila kita lahir, mesti mak ayah kita cari nama yang terbaik untuk kita. bukan kita sendiri yang pandai2 nak letak nama.. memang tak logik langsung lah kalau korang tanya, "siapa bagi nama kau?".. orang tu oleh pulak jawab "eh, aku lah pilih sendiri nama aku".. jawapan macam tu, memang elok ditampar2 je mulutnya. huhu..

Sebut tentang nama ni, tadi fara dapat 1 info melalui rancangan TANYALAH USTAZ kat tv9. Ustaz SHARHAN SHAFIE pengamal perubatan Islam menyatakan ada nama yang di antaranya adalah nama anak2 jin. walaupun maknanya bagus, tapi nama ni boleh mendatangkan penyakit misteri.. korang nak tahu tak nama apa? *hish, macam tak sampai hati plak nak bagitahu*

1. Balqis
2. Qistina/Kistina
3. Najwa
4. Zakuan/Zaquan
5. Batrisya
6. Erisya/Alisya

Menurut ustaz tersebut, nama2 yg kat atas ni kalau terkena sihir sukar diubati. Nauzubillah! Jadi, kepada yang bakal ibu atau bapa tu janganlah sesekali mengambil nama2 di atas untuk bakal anak anda. Namun, bagaimanapun.. kawan2 yang dah ada nama macam tu, tak perlu nak tukar nama tapi cuma perlu tukar cara panggilan je. contoh, kalau nama siti najwa.. panggil je SITI. jangan guna najwa..

Korang yang nama2 dalam senarai tu, jangan salahkan mak ayah korang plak. zaman dulu, ilmu tak sedalam sekarang. jadikan solat sebagai pegangan, banyakkan doa. INSYALLAH segalanya selamat. lagipun, DIA yang di atas sana dah aturkan segala yang terbaik untuk kita.

Bila dah tahu info tu, fara cancel lah letak nama anak fara nanti ALISYA.. sebenarnya, fara suka nama tu. macam kawaii je bunyi nye.. cheh, berangan nak letak nama anak ni. kawen pun belum.. haha.. 



3 ulasan:

@ Syima Raaif @ berkata...

err nama kawan syima ade..betul ke ni..seram pulak..thanks bgatu =)

CekbOlat-bOlat berkata...

nama BalQIs sedap ape ! alohh..

btw tengs info ^^

FaraLoveChoco berkata...

hehe..tau xpe.nama sedap2 kan?:-)