Buang Sampah Perangai Macam Sampah!!

Hm, mcm serious je tajuk entry fara ni.. korang baca dulu entry ni sampai habis lepas tu korang komen.. jgn nak marah2 dulu taw. maksud entry fara kali ni bukanlah fara nak kata kita ni buang sampah perangai macam sampah.. dah mcm aktiviti wajib yg kita akan buang sampah hari2 kan? tak kira lah buang apa pun.. cuma, fara nak tegur cara kita semua buang sampah.. korang agak2 cara korang buang tu betul tak? cuba korang kaji kejap.. ha, apa korang rasa? betul ke tidak?

Paling senang lah korang nak tengok korang buang sampah cara betul atau tidak.. fara nak tanya korang kalau korang makan chewing gum, korang buang macamana?

A) Ludah je
B) Bungkus chewing gum tu dalam kertas pembalut dia

Ha, mana korang punya jawapan? baik mengaku cepat.. fara yakin mungkin ada yg jawab B tapi korang buat A.. betul tak? baik ngaku cepat.. puasa2 tak baik tipu taw.. hehe... ok2..fara takdelah cakap fara ni perfect sangat dalam buang sampah.. tapi ayah fara memang dah didik anak2 dia dari kecil jgn nak buang sampah merata.. ayah fara ajar simpan rasa bersalah kalau buang sampah merata2 ni...

Bukan mcm orang sekarang ni dah ajar anak diorang buang sampah merata.. ari tu depan mata fara si ayah ni suruh anak dia yg kecik buang je sampah dalam longkang.. lepas tu yg remaja2 ni dgn slamber leh cakap, "alah... buang je.. kalau kita tak buat sampah,org tukang sapu takde kerja"patut ke cakap mcm tu? cuba mak bapak korang yg kerja mcm tu? korang terasa tak? lagi satu yg buat fara panas kalau orang slamber je buang sampah dari dalam kereta..
HELLO...kumpul dulu dalam kereta tu tak boleh ke?

Fara bersyukur jugak ar sebab adik beradik fara semuanya ada perasaan takut kalau nak buang sampah merata.. tu pun sebab didikan ayah fara dari kecik..

Negara je dah makin maju tapi mentaliti rakyat tak maju pun.. semuanya hidup pentingkan diri..
dalam Islam pun ada kata KEBERSIHAN ITU SEPARUH DARIPADA IMAN.. bila sampah tu dibuang dgn baik, negara pun bersih.. kesannya rakyat hidup sihat.... contohi Singapura.. negara dorang bab kebersihan memang 1st class sebab masing2 ada kesedaran dalam diri.. takkan kita tak boleh buat kalau org lain boleh..kata maju sangat kan?:-)

p/s: minta maaf pada yg terasa.. cuma tak salah kalau kita saling menegur kan?

~patutnya letak papan tanda ni banyak kat negara kita ni..:-p~



Tiada ulasan: