Bukan niat fara nak mengeluh bekerja dalam bulan puasa ni.. tapi, kadang2 perangai pesakit yg tak pernah nak faham kerja kita ni yg buat org sakit hati dan boleh jugak hilang sabar. asyik kita jer nak faham diorang tapi diorang tu taknak pulak faham kita.
sekarang ni bulan puasa, memang ramai lah pesakit yg datang nak ambil bekalan ubat. tu tak kisah lah dah memang kerja fara tapi yg geramnnya pesakit2 tu semua mesti nak bekalan lebih 2 bulan. farmasi HKL memang akan bagi bekalan ubat 2 bulan jer.. yelah, nak budget stok ubat lagi. paling banyak pun bekalan 3 bulan. tapi ada pulak pesakit2 ni mintak sampai 4 bulan.. aduyai pakcik makcik, org lain pun nak ubat jugak.. kita pun tahu pakcik makcik penat nak ulang alik datang hospital tapi nak buat macamana kan? kitorang dah diberi arahan mcm tu. kalau ikutkan hati, kitorang boleh je bagi bekalan setahun. tapi belum cormfirm pakcik makcik makan kan?
biasanya bekalan ubat utk 2 bulan ni utk penyakit 3 serangkai tu. diabetes, darah tinggi, jantung, kolestrol.. kalau setakat 2 jenis ubat tak kisahlah. ni lebih 5 item ubat tu.. so, pakcik makcik jgnlah nak marah2 kat kitorang ni. kalau kitorang boleh tolong, kitorang tolong. tapi bila nak layan pesakit yg 'bodoh sombong' ni, kita yg tak sakit jadi sakit. mcm2 alasan dorang bagi nak bekalan ubat lebih dari 2 bulan ni.. antaranya:
alasan 1
"waktu raya nanti, pakcik takde kat sini.. pakcik balik kampung. bagi lah habis nak.."
kitorang jawab
"pakcik nak balik mana? kitorang bagi kemudahan, pakcik boleh ambik bekalan ubat seterusnya kat sana.. kita ada SPUB (SISTEM PEMBEKALAN UBAT BERSEPADU).. so, pakcik tak putus bekalan ubat.."
pakcik jawab
"owh, takpe lah.."
so, nak marah lagi ke?
alasan 2
" aiyo, bagilah habis.. saya mahu pergi luar negara maa.."
kitorang jawab
"kitorang boleh bagi tapi kena ada air ticket lah.. sebab kitorang perlu rekod.. ada bawak tak?"
dia jawab
"takpelah.. saya sudah lupa.."
lepas tu, salah kitorang ker?
alasan 3
"bagilah habis.. ingat saya banyak duit ke.. buang masa nak bayar parking lah, ambik cuti lah.. semata2 nak ambik ubat"
kitorang jawab
" kami ada khidmat ubat melalui pos.. encik kena bayar RM5 jer.. nak tak?"
dia jawab
"aiyo, lagi mau bayar ke? tak payahlah.."
jadi, apa lagi yg kitorang nak buat?
itulah antara situasi yg farmasi perlu hadapi.. mcm2 kerenah. kdg2 bukan nak kata apalah, pesakit2 ni bayar RM1 jer nak terima rawatan tapi diorang punya demand.. aduh mak.. nasib lah org2 yg bekerja kat farmasi HKL ni baik2 belaka.. layan kan aje perangai2 pesakit ni.. sebab tu ramai yg awet muda kot.. hehe..
cuma, jgnlah salah faham yg ubat tak cukup pulak.. bekalan ubat sentiasa cukup.. cuma, kitorang ada prosedur dan ada sebab kenapa kitorang bagi bekalan dalam jangka masa tertentu.. kalau tak percaya, korang klik SINI...
fara tahu ini dah jadi tanggungjawab fara sebagai seorang Penolong Pegawai Farmasi.. fara ikhlas lakukan pekerjaan ni.. tapi kadang2 kita sebagai manusia perlu bertimbang rasa sesama kita.. kan kan kan?
~ubat ni warna warni.. kamu suka tak? SAYA SUKA!!!~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan