Balik Kampung Pun Nak Gaduh Ke?

Hello semua.. esok pagi fara akan balik kampung.. so, sunyilah kejap blog fara ni.. maklumlah kat kampung mana lah sempat nak menaip2 ni.. nanti ada je kejenye.. nak basuh kain pun, mesin basuh manual.. memang letih lah asyik nak tukar air je.. tu ar... padan muka fara kan? manjakan sangat badan.. susah sikit dah merungut..

Owh ye, berbalik pada tajuk entry fara tu.. sekarang ni fara duk asyik dengar cerita suami isteri gaduh nak balik kampung... tapi ALHAMDULLILAH mak ayah fara tak pernah pun gaduh pasal kampung.. nak tahu kenapa? sebab mak ayah fara ni 1 kampung je.. tu ha kat BOTA KANAN tu.. 3 jam je dari KL.. lagi 1, rumah ayah dan mak fara ni memang dekatlah sangat.. jalan kaki pun boleh.. so, bila kitorang kat kampung.. ikut suka hati kitorang nak tidur rumah siapa.. senang kan? tak payah nak pening2 balik kampung siapa...

Cuma, ada 1 kelemahan dia.. bila dah 1 kampung ni.. orangnya nampak depan mata.. bila lebih sikit kat rumah ni, nanti apa pulak kata yg sebelah lagi.. so, bila kitorang balik memang kena adil lah.. sehari sini sehari sana.. tapi sekarang, sebelah mak dah takde siapa2 lagi... atok & opah dah meninggal.. sebelah ayah pun tinggal opah je.. raya utk fara sekarang dah tak semeriah dulu.. tapi mungkin jugak sebab tahun ni fara dah takleh dapat duit raya kot... tu yg tak best.. hehe.. raya ni, giliran fara pulak nak bagi duit raya.. semangat pulak nak balik...

~yeah!!semangat2~

Jadi, pada korang yg banyak kampung tu.. cuba bertoleransi sikit... buatlah sistem giliran kalau kampung korang tu, sorang utara sorang selatan.. kalau nak jimat kos lah kan.. manalah tahu lari budget nak balik dua2 sekali.. kalau korang banyak budget lagi bagus.. balik je dua2.. lagipun, korang dah hidup sama2. takkanlah sebab kampung korang nak masam muka ye tak? tolak ansur lah.. tak baik gaduh2..:-)

Tapi ada gak kawan fara perli fara.. dia cakap"Kau tak rasa lagi ada banyak kampung bolehlah kau cakap tolak ansur...macamanapun kau mesti gak nak balik kampung kau.. kau tunggulah kawen dgn rizal nanti".. aik, ke situ plak dia kan? fara bagi idea jer.. tapi dia marah plak.. hehe..xper2.. dia cakap pasal cik abang fara tu bukan apa.. cik abang fara tu ada 2 kampung.. Melaka & Terengganu.. kalau fara kawen dgn dia, kitorang ada lah 3 kampung.. peh, lagi haru kan? org yg 2 kampung leh gaduh.. ni kan pulak 3.. takpe2... just wait and see..

Eh, fara try cari nama kampung fara kat google.. ada jugak rupanya.. ingatkan takde.. barulah fara tahu kenapa kampung fara nama KAMPUNG KUBANG CHANDUNG... haha.. lepas 22 tahun, barulah tahu..

Asal sejarah kampung ini bermula dgn paya. penduduk kampung terpaksa mengharungi 1 paya utk pergi ke tanah tanaman mereka. oleh sebab kesusahan utk mengharungi paya tersebut, 1 titi dibina utk ke seberang.. ketika dlm pembinaan, chandung yg diguna utk membina titi terjatuh ke dalam paya.. chandung tersebut dijumpai 2 tahun selepas pembinaan titi itu dan dari situlah kampung tersebut dinamakn Kampung Kubang Chandung...
~sumber wikipedia~

Tapi, sorry sangat.. fara tak tau apa maksud chandung tu.. nak tanya ayah dgn mak, dorang keluar pulak.. tapi fara rasa sama ada cangkul atau parang kot... kalau korang tahu, korang bagitahu fara ye...:-)


Tiada ulasan: