Hari ni, dah 27 hari kita puasa kan? dan dalam 27 hari bagi org yg kuat makan mcm fara ni, dah mcm2 juadah yg kita makan.. betul tak? hm, dan dalam tempoh ni jugak.. duit keluar mcm air kat bazar2 ramadhan tu.. boyfriend fara duk membebel kat fara kata fara membazir.. tapi, fara slamber je jawab.. "alah, kita kesian kat org yg jual tu.. nanti takde sape beli.. lagi membazir." cik rizal dgr, dia bengang je.. mcmlah fara sorang je yg boleh membeli kan? alasan je tu... huhu..
Sebenarnya cik abang kita tu duk sibuk berdiet.. tu ar bila fara ajak gi bazar dia mcm malas je.. lepas tu membebel.. dia tu hantu ayam.. dia takut bila tgk ayam golek tu, dia terliur. so, nanti diet dia tak jadi plak kan? kdg2 fara saje je umpan dia kata nak belanja ayam golek.. terkejut gak kali ni dia tahan pulak 'godaan' fara tu.. bersungguh2 betul dia nak diet..
Haih, kesian cik abang kita tu.. padahal fara dah cakap dgn dia..
1) JANGAN DIET MENGEJUT
bila dia tak makan nasi, memang berat badan dia dah turun tapi tu pun air dlm badan je kurang bukannya lemak.. lepas tu nanti badan akan naik balik lebih dr yg turun tu sebab metabolisma badan jadi rendah waktu korang bertahan tak makan nasi tu.. *kalau salah fakta ni sila tegur eh*
2) TAKNAK LUNCH, TAKNAK DINNER
hello syg, bila dah malam awak yg kelaparan tu mulalah duk mencari kudapan.. yg tu lagi banyak kalorinya ok.. boleh je ambik lunch dgn dinner tapi kurangkan kuantiti jer..
tu je lah info wat masa ni yg fara tau bab2 diet ni... kalau nak lebih efektif, try ar jogging atau tak mampu sangat, jalan jer.. takkan jalan pun tak leh kan? try ar... dulu boyfriend fara dari berat 135kg something leh kurus sebab setiap petang dia bawak diri gi jogging atau jalan.. waktu tu duk jauh dr family, makanan dia agak terkawal jugaklah sebab nak jimat kos... tapi sekarang bila dah habis belajar, dapat duduk rumah lupa semua dah.. jadi malas plak cik gemok kita tu..hehe..
apa2 pun, saya sokong kamu dr belakang.. tak kisah pun kamu gemok atau kurus... :-)
~waktu dia baru2 nak kurus..now, dah chubby balik..hehe~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan