Dapat Surat Cinta Dari Suami..

Sebenarnya, fara ni bukan lah orang yang romantik. serious, fara tak tahu nak berhadapan dengan orang romantik ni macamana. tapi akhirnya fara dikurniakan suami yang romantik pulak. hehe.. kalau fara merajuk dia bagi bunga. kalau fara sedih dia akan pujuk fara sampai fara ok. sekarang ni, dah hampir 8 bulan fara dengan dia. fara bahagia dengan suami fara. sangat bahagia walaupun kadang2 terkecil hati tapi bak kata lagu P Ramlee, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pulak suami isteri kan?

Buat masa ni, kami masih berdua. belum ada rezeki lagi untuk fara. itu yang menjadi masalah fara sebab fara cepat tertekan dengan pertanyaan orang sekeliling. walaupun fara cuba elak untuk fikir, fara tetap fikir jugak. sebenarnya, fara ok jer sebab fara tahu ALLAH tu ada dan fara faham kenapa orang bertanya sebab dorang ambil berat.. tapi seboleh-bolehnya fara harap sangat orang tak bertanya pada fara. 

Walaupun fara susah nak luahkan pada suami fara kalau fara sedih atau sakit, dia tetap faham. sebab tu kalau fara bangun tidur mesti ada surat atau nota cinta atau kata2 semangat yang dia bagi pada fara. sebab kata2 dia, fara akan happy.. antara salah satu nota dia yang fara suka ada tulis macam ni;

JANGANLAH KITA BERTANYA PADA ORANG LAIN PERSOALAN YANG MENJADI RAHSIA ALLAH S.W.T. 

"BILA NAK KAWEN NI?"
"BILA NAK ADA ANAK NI?"
"TAKNAK ANAK KE?"
"MERANCANG KE?"

JANGAN GORES PERASAAN ORANG YANG SEDANG BERSABAR DENGAN UJIAN ALLAH YANG REDHA DENGAN KETENTUANNYA.

REZEKI KITA TELAH DITETAPKAN OLEH ALLAH S.W.T. ALLAH ADALAH SEBAIK-BAIK PERANCANG KAN SAYANG?

So, mana fara tak jatuh cinta dengan suami fara kan? walaupun fara tak pandai nak balas balik apa yang dia buat, fara harap yang dia faham fara cinta dan sayang pada dia.. 

 
~moga cinta kami hingga jannah..insyallah..amin..~


1 ulasan:

ed.izuan.ahmad berkata...

Sokong ko nok... Mmg x romantik langsung..
Gilo adew lah.. Tp itulah lumrahnye.. Yg romantik mesti dpt yg mcm x berapa siuman.. Yg biasa mesti dpt yg best best..
Omagod omagod.. Mungkin kah mak yg gojjes ni dpt pasangan yg nan hado.. Wadefish..