Korang masuk kerja pukul berapa? macam fara ni, fara masuk pukul 7.30am sebab fara nak balik awal pukul 4.30pm.. hehe. so, untuk membuktikan kehadiran kita, kita mestilah punch card kan? rasanya setiap kakitangan awam still guna sistem punch card ni.. lainlah swasta kot.. rasanya ada yang dah guna sistem ibu jari dah kan? *kalau tak silap..memang ada..*
Sebut pasal punch card ni, korang ada tak kawan2 korang yang mintak tolong korang sebab dorang lewat? mesti ada kan? tak banyak, paling kurang sikit.. fara nak tanya, apa pendapat korang eh? salah ke tak salah kita punch kan card diorang? memang dalam undang2 kata salah.. kita boleh dikenakan tindakan tatatertib.. tapi, korang tak rasa ke yang orang disuruh tu rasa serba salah.. kalau tak buat, kita fikir kawan.. lagipun, apa ada hal setakat tolong kawan 1,2 minit lewat.. haih, confuse2..
Sebenarnya, dari segi kerja kita.. apa yang kita buat tu salah.. tapi dari segi kawan, memang niat kita nak tolong.. cuma kita dah terikat dengan undang2 kan?.. so, kawan2 pun kenalah faham.. jangan sentap2 ok.. bila fikir balik, gaji kita pun dikira dari awal kita masuk kerja.. ye tak?:-)
So, chill!!
~paling tak suka bila ada color merah dalam punch card!!~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan