Bergantung Pada ALLAH Sahaja?

Hm, hari ni bukan lah fara nak bagi ceramah ke ape.. cuma kadang2 kita perlu jugak kongsi benda ilmiah ni kan? dalam hidup kita, kita selalu bergantung pada orang kan? tak kira lah mak ayah kita ke, abang kakak kita ke atau pun kalau yang beragama ISLAM tu, kita bergantung pada ALLAH.. apa pendapat korang tentang bergantung ni?

Bagi fara, bila cakap tentang bergantung ni ada baik dan buruknya.. yg buruknya, kalau korang sentiasa sangat bergantung pada orang lain.. tiba2 takdir buatkan korang hidup sorang2.. apa yg korang akan buat eh? boleh tak korang teruskan hidup korang? boleh tak korang hidup sorang2? seriously, fara mengaku yang fara tak boleh.. :-(

Tapi, fara pernah dengar kita boleh hidup bergantung pada tuhan.. memang boleh sebab ALLAH itu takkan mati.. ALLAH itu satu.. ALLAH itu yang esa.. utk fara, bukan kita tak boleh bergantung pada tuhan.. cuma fara dah banyak tengok beberapa situasi org2 di sekeliling fara.. sebagai contoh, bila time exam.. memang kita belajar, kita usaha.. tak makan tak tidur.. selain tu, kita jugak berdoa.. tapi bila dapat result exam, cukup2 makan je.. waktu tu, mulalah frust, kecewa.. kata tuhan tu tak adil.. cakap diri sendiri dah usaha, tapi itu je yg korang dapat.. so, kat situ yg salahnya.. kita terlalu bergantung pada tuhan semata-mata tanpa rasional, bila tuhan kecewakan kita.. kita mudah sangat nak kecewa.. padahal, korang tak nak pandang yg setiap apa yg berlaku ada hikmah di sebaliknya.. tuhan dah buat jalan cerita hidup kita cantik sangat.. kat situ lah kita akan belajar semua.. kitalah pelakon, pengarah dan penerbit sebab ALLAH penulis skrip utk kita.. pandai2 kita nak lakonkan macamana..

Bila kita nak bergantung tu, bergantunglah padaNYA.. bergantung jugak perlu ikhlas.. bukan atas sebab tertentu sahaja baru kita nak ingat DIA..

p/s: Kalau fara ada salah cakap, tegurlah fara eh.. :-)



Tiada ulasan: