Sorry kawan2 sebab fara baru nak update blog fara ni.. al maklumlah sibuk sikit lepas kenduri walimatul urus fara ni.. nak masuk 2 minggu dah fara menjadi seorang isteri buat cinta hati fara.. alhamdulilah, dengan sekali lafaz fara dah sah menjadi isteri kepada MOHD RIZAL.. perasaan tak boleh nak cakap macam mana.. apa yang fara mampu cakap fara sangat happy sebab berjaya menjalinkan hubungan yang halal di sisi ALLAH..
Fara nikah 21.12.2012 hari jumaat petang.. kalau korang nak tahu, waktu nak dekat2 nikah tu.. fara nak melangkah masuk masjid pun boleh menggigil.. sampai ayah fara kena amek fara kat luar dan pimpin fara masuk masjid.. woah, waktu tu rasa nak nangis dah.. air mata fara terus keluar bila ustaz suruh fara baca akad yang fara membenarkan wali untuk menikahkan fara tu.. sekali lagi fara perlukan sokongan ayah fara.. ayah fara dah gosok2 belakang fara untuk bagi fara relaks.. kalau nak tahu, fara ni sangat manja dengan ayah.. hehe..
Tepat jam pukul 5.27pm, fara selamat dinikahkan.. syukur alhamdulilah. lepas tu ada sesi bersalam2 dengan family. mula2 masih control daripada rasa nak nangis. tapi bila sampai turn ayah fara, belum sempat ayah fara hulur tangan nak salam.. fara dah meraung2 peluk ayah fara.. waktu tu dah tak fikir apa2 lagi.. fara sedih sebab selama ni fara bawah tanggungjawab ayah fara. sekarang ni fara dah jadi tanggungjawab orang lain.. waktu fara nangis peluk ayah fara tu, orang sekeliling fara pun ada nangis jugak. tak pasal2. hehe..
Fara harap, lepas ni fara dan suami akan dapat menjalankan tanggungjawab kitorang dengan baik.. pada mak dan ayah fara, terima kasih sahaja takkan mampu membalas jasa diorang menjaga fara sejak fara kecil sampai umur fara 24 tahun ni.. mak ayah fara terlalu banyak lakukan pengorbanan buat fara.. TERIMA KASIH AYAH! TERIMA KASIH MAK! walaupun fara dah bergelar seorang isteri, fara harap fara tetap dapat menjalankan tanggungjawab fara sebagai anak dengan baik..
~he is the 1st man in my life!~
~dulu.. syurgaku di bawah telapak kakimu..~
~kini syurgaku di telapak kakimu..~
~saya tak cukur kening ok!~
~mula menangis dah..~
~bersama pengapit ku..~
~saya dan suami~
~saya dan suami bergurau senda..hehe..~
1 ulasan:
tahniah akak ^^ Alhamdulillah . cantik sangat ! nak jugakk kawennn
Catat Ulasan