Korea - Mt Sorak > Teddy Bear Farm > Ski Resort

Hari ketiga

Kitorang kena berkumpul pukul 7 pagi untuk sarapan dan check out hotel. kitorang sarapan kat dalam hotel tu jugak. boleh tahan jugak english breakfast kitorang pagi tu. kena lah dengan selera fara. 



Lepas check out, kitorang pergi Seoraksan National Park. waktu ni memang fara tak tahan. sejuk tahap gaban sebab angin tengah duk bertiup memanjang. muka yang paling tak tahan. pipi dan hidung dah mula merah2. cik abang fara yang badan besar pun tak tahan, inikan pulak fara. hehe.. kat sini, kitorang berpeluang naik cable car untuk pergi ke puncak gunung dorang. best! fara suka.. 






Lebih kurang pukul 10 macam tu, kitorang gerak pergi Teddy Bear Farm. dorang buat tempat bear ni sebab ada satu cerita mitos berkenaan bear ni. kitorang punya tour guide, Vincent yang semangat cerita pasal bear ni. mengikut kepercayaan dulu, ada seekor beruang dan harimau yang tinggal dalam sebuah gua dan 2 ekor binatang tu berhajat nak jadi manusia. so, dorang diberikan bawang putih dan satu lagi makanan fara tak ingat. lepas tu, tak dibenarkan tengok cahaya matahari selama 100 hari. harimau dah mengalah. so, beruang lah berjaya dan menjadi seorang wanita. Nak ikutkan ada lagi cerita ni tapi fara tertidur pulak. so, nak tahu lebih lanjut.. macam biasa korang google lah ye. hehe..


  



Kitorang lunch dalam kawasan Mount Sorak jugak. lunch kali ni berselera betul fara makan. nak tahu kenapa? ada makcik dalam group kitorang ni bawak ikan masin goreng, serunding dan ikan bilis goreng. pergh! memang terbaik lah kan. bertambah tambah cik abang fara makan. termasuklah jugak fara. hehehe.



Sebelum check in hotel, kitorang pergi tempat sewa equipment untuk main ski malam nanti. dia bagi sewa baju, kasut dan peralatan ski sahaja tak termasuk gloves dan goggle. yang lain tu kena beli lah sendiri. lepas selesai, kitorang check in kat PHEONIX PARK HOTEL. tempat ni terkenal sebab hotel 5 bintang ni lah lokasi cerita AUTUMN IN MY HEART berlakon. hotel yang sama ok! 





Sebelum gerak gi main ski, kitorang gi dinner dulu. kat sini siapa yang sambut birthday bulan 1 ada surprise. termasuklah cik suami fara. kan main lagi kitorang nyanyi lagu happy birthday dalam bahasa korea. konon lah kan. hehe. waktu potong2 kek tu, fara dan cik suami kena bahan dengan yang lain2 tu. dorang suruh suap2 kek dan yang paling tak boleh blah tu, si Vincent tu kenakan kitorang. dia gi amek coklat yang ada kat kek tu lepas tu dia suruh fara dan cik suami makan sekali. alahai, malu giler tapi seronok! hahaha..

~ha, macam ni lah kitorang dikenakan~



Dah selesai, kitorang gerak gi tempat ski. debar weh! yelah, mana pernah main ski sepanjang 24 tahun ni. setakat roller blade tu biasalah. tapi, Vincent tu ajar kitorang step by step untuk main ski. 4 kali pertama tu, fara duk asyik jatuh jer. sakit badan rasa. tapi, bila dah lama2.. dah tahu cara skill dan dah tahu cara nak break, Alhamdullilah. lepas lah. dah takde asyik nak jatuh jer. hehe.. bangga bangga. satu kejayaan untuk diri sendiri. tapi suka tengok ada budak dalam group fara ni, Ridzwan & Fadzil. terror betul bebudak tu. relax je main. ok mungkin sebab dorang muda dan fara tua. hahaha.. Waktu main ski ni, cuaca memang sangat sejuk sebab -18'C. muka, tangan dah tak rasa apa. kebas jer. 

Owh ye, tempat ski ni dah di declared sebagai tempat Winter Olympic Games 2018 nanti.


~budak ni terror main ski~





Pernah dengar tentang Everland? tunggu next entry fara ok.. (^___^)





Tiada ulasan: