Anyohaseyo!! fara dah kembali.. hehe.. last week fara ada bagitahu fara nak pergi honeymoon kan? lokasi kitorang ialah KOREA!! yeah! fara pergi under muslim tour yang kitorang dapat kat MATTA FAIR bulan 9 tahun lepas.. senang sikit sebab kat sana makanan yg halal susah nak dapat. so next2 entry fara lepas ni, fara akan cerita tentang trip fara kat sana.. harap2 korang sudi baca. hehe..
Sebelum berangkat ke sana, make sure korang buat persiapan secukupnya. kalau ada yang tertinggal ke, susah nanti. jarak sana dengan sini bukan macam jarak kl ke selayang. boleh pulak nak ulang alik. hehe. ni antara perkara2 yang penting korang kena tahu..
1) CUACA & PAKAIAN
Sebelum ke sana, korang kena tahu musim apa sekarang.. fara pergi bulan januari. so, kat sana musim winter lah.. selalunya musim winter ni yang perlu banyak benda korang kena ada.. yang paling penting, baju panas ataupun winter coat. yang lain2 macam maffler, earmuff, pocket warmer, gloves dan winter shoes. long john jangan lupa pulak.
Barang2 ni semua fara cari last minute sebab sebelum ni kerja. so tak sempat nak uruskan. nasib baik waktu packing barang, hubby rajin tolong. kalau tak, mesti ada je benda tertinggal nanti. baju2 untuk winter ni, time2 bulan december & januari memang merata tempat ada jual. fara shopping kat H&M,UNIQLO jer.. senang. semua benda kat satu tempat. lagipun murah pun murah. kalau setakat pocker warmer, earmuff tu semua.. kat DAISO banyak dan sangat lah murah.
2) MONEY CHANGER
Ha, korang jangan lupa pulak nak tukar duit MYR ke KRW pulak. tu yang penting untuk shopping. tapi, ada sesetengah kedai yang terima semua jenis mata wang. diulang! sesetengah sahaja ok.. waktu ni fara dan suami kelam kabut mencari money changer sebab nak yang harga rendah. korang jangan tak tahu, walaupun beza 1 sen atau 2 sen.. tu dah buat korang rugi berapa ribu won..
Ada yang kata kat masjid india tu murah.. pergi2 tengok 1000 KRW = 2.95 MYR.. tengok kedai sebelah 2.94 MYR pulak.. fara tetap tak puas hati walaupun suami fara dah suruh beli je. fara ajak pergi masjid jamek pulak. ha, terbaik! dapat kat KMY MONEY CHANGER 1000 KRW = 2.90 MYR jer.. kedai ni dekat dengan chatime dan berdepan sikit dengan guardian.
3) CAMERA
Penting sebab benda ni yang akan rakam semua memori korang.. takkan nak rakam guna 'mata' jer.. tak best lah. hehe..
4) TRAVEL CHARGER
'Menatang' ni yang paling pentingnya kalau korang taknak terputus dengan dunia luar.. buatnya korang punya bateri gadjet2 habis, mana korang nak cas? kat negara luar tak sama soketnya macam negara kita. nasib baik adik fara belikan untuk fara. kalau tak, menangis den kat sano!
5) PELEMBAB
Waktu winter, korang jangan lupa bawak benda ni. penting sangat untuk mengelakkan kulit korang daripada kena gatal2 dan merah2. pelembab tu untuk korang sapu kat muka dan badan. pelembab bibir pun perlu untuk elak bibir korang merekah. bila dah merekah sangat pedih ok. disebabkan fara ni kerja farmasi, fara bawak je krim pelembab AQUEOUS. krim ni senang. boleh sapu kat muka dan badan. untuk bibir pulak, fara pakai VASELINE sebab suami fara nak muntah kalau dia pakai pelembab bibir yang ada bau dan rasa tu.
5) PELEMBAB
Waktu winter, korang jangan lupa bawak benda ni. penting sangat untuk mengelakkan kulit korang daripada kena gatal2 dan merah2. pelembab tu untuk korang sapu kat muka dan badan. pelembab bibir pun perlu untuk elak bibir korang merekah. bila dah merekah sangat pedih ok. disebabkan fara ni kerja farmasi, fara bawak je krim pelembab AQUEOUS. krim ni senang. boleh sapu kat muka dan badan. untuk bibir pulak, fara pakai VASELINE sebab suami fara nak muntah kalau dia pakai pelembab bibir yang ada bau dan rasa tu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan