Sebab Saya Tak Nak Bersanding

Untuk makluman kawan2, majlis fara 22 December nanti.. parents fara dan fara buat keputusan taknak buat persandingan.. maksudnya, bila tak bersanding takde lah pelamin.. bila fara buat keputusan macam tu, banyak jugak mulut2 yang bertanya. tapi kadang2 fara tak mampu nak jawab sebab takut jawapan fara buat orang terasa hati dengan fara.. lagipun yang bertanya tu semua orang2 yang fara sayang dan fara hormat.. 

Tapi bila fara tak dapat nak bagi jawapan dorang mula mengata belakang fara.. cakap yang konon family fara tak cukup budget nak ada pelamin.. alahai, ceteknya fikiran korang ni.. kalau ayah fara tak cukup budget, takde ayah fara nak buat majlis fara kat dalam taman tu.. takpelah, pandangan masing2 kan? kita tak boleh nak tutup mulut orang..

Cuma, sekarang ni.. fara nak bagi lah jawapannya kenapa fara tak suka bersanding.. sebenarnya apa yang fara tahu dan fara dengar dalam ceramah2 agama ni, persandingan ni tak digalakkan dalam islam pun sebab ia mempertontonkan kecantikan wanita tu kepada lelaki ajnabi.. bila dah diri kita dipertontonkan macam tu, boleh menjadikan suami kita sebagai dayus. sedangkan kecantikan seorang wanita tu hanya untuk suaminya. kalau tak de persandingan ni semua orang dan sahabat handai boleh datang ke majlis kita. tapi kalau ada persandingan? cousin lelaki atau sedara mara yang bukan mahram buat kita pun tak boleh datang.. kan tak best macam tu?

Sebenarnya banyak jugak mulut2 duk suruh jugak fara buat bersanding ni.. tapi kita tak boleh nak puaskan hati semua pihak sampai hati kita sendiri tak terjaga.. hormatilah perasaan orang lain jugak.. fara tahu melayu kita penuh dengan adat tapi bagi fara it's better to have respect in ISLAM.. sepatutnya kita ikut peraturan bukan ikut adat. adat tu ALLAH takkan tengok pun kat akhirat nanti. pilihan dalam tangan kita..

Dengan jawapan fara ni, fara harap orang yang duk selalu bertanya tu akan faham.. fara minta maaf jugak kalau jawapan fara ni buat orang marah atau terasa pada fara.. fara tak kata fara ni baik.. sekurang2 nya fara cuba untuk mengikut atau belajar benda yang mudah tu dulu.. ISLAM tu mudah. agama kita tak menyusahkan kita pun. kita je yang susah sangat nak ikut.. <----- diri="diri" i="i" pesanan="pesanan" sendiri="sendiri" untuk="untuk">. :'(

Tapi, ada sesetengah keadaan kita tak mampu nak pertahankan pendapat kita sebab rasa sayang dan hormat kita.. so, hanya ALLAH yang akan tahu isi hati kita.. 















1 ulasan:

wan niahix berkata...

betul2... kalau nak tolak kang mesti ade yang macam tak puas hati... padahal benda tu adat je pun... tapi kadang-2 tu org yg bernikah terpaksa demi menjaga perhubungan sesama manusia...

"keep smiling"
^_^

-Wan Niahix-