Apa Girls Nak Tapi Dia Takkan Cakap...

Entry ni khas untuk kaum2 lelaki kat luar sana tu termasuklah cik tunang fara yang kadang2 tak pandai langsung nak pamerkan rasa sayang dia kat fara.. tapi fara tahu dia tetap sayang fara.. cuma tak tahu nak tunjuk je kan? hehehe.. ok jom tengok apa sebenarnya si gadis2 nak tapi dorang malu dan takkan cakap dengan korang. so, korang kena alert lah.. jangan kitorang je nak faham korang walaupun fara tahu kaum fara ni susah jugak nak difahami.. tapi, give and take lah kawan...

Antara perkara2 kat bawah ni, ada yang tak boleh dilakukan sewenang2 nya melainkan u all semua dah sah.. iaitu sudah BERNIKAH! faham kamu.. kalau tak, nanti korang kata fara ni galakkan maksiat pulak.. dah fara dapat dosa.. huhuhu..

1. Sentuh pinggang dia.. dia akan rasa disayangi dan dilindungi.
2. Bercakap dan berbual dengannya.
3. Kongsi rahsia dengan dia
4. Bagi dia jaket kamu jika nampak dia kesejukan.
5. Kiss her slowly *fara nak buat ayat ni dalam BM tapi bunyi macam pelik jer* :-p

Masihkah kamu ingat tentang ini?
6. Peluk dia
7. Pegang dia
8. Ketawa bersamanya
9. Jemput dan bawa dia ke sesuatu tempat
10. Keluar bersamanya dan kawan2 kamu bersama.

Teruskan membaca....
11. Senyum dengannya
12. Tangkap gambar bersamanya
13. Tarik dia ke pangkuan anda
14. Bila dia kata dia sayang kamu lebih dari dia sayang kamu, NAFIKAN! lawan balik..
15. Bila kawan dia kata "saya sayang dia lebih dari kamu", NAFIKAN! lawan balik dan peluk dia erat maka dia takkan pergi kepada kawannya. ini buatkan dia lebih rasa dicintai..

Adakah kamu fikirkan seseorang?
16. Selalu peluk dia dan katakan I LOVE YOU bila saja kamu nampak dia.
17. Kiss her unexpectedly *ni pun sama kes macam no 5*
18. Peluk dia dari belakang dan lilitkan tangan kamu ke pinggangnya.
19. Bagitahu dia sememangnya CANTIK!
20. Bagitahu dia apa yang kamu rasa tentang dia.

Satu perkara terakhir yang kamu perlu buat dan tunjuk pada dia
21. Buka pintu untuk dia, jalan dengan dia ke keretanya : akan buat dia rasa dilindungi, lagipun tak susah untuk jadi gentleman kan?
22. Bagitahu dia, dia adalah segalanya untuk kamu! tapi awas! bagitahu bila kamu betul2 maksudkannya.
23. Jika kamu lihat ada sesuatu tak kena, tanya dia. tapi jika dia nafikan, ini bermaksud dia tak mahu bercakap mengenainya. so, PELUK dia.
24. Buat lah diri dia rasa disayangi.
25. Cium dia di depan gadis lain yang kamu kenal! *tapi, kalau buat kat negara kita.. sah2 korang kena kutuk* huhuhu..

Dia suka jika:
26. Kamu tidak menipu dia
27. Kamu berterus terang dengan dia
28. Bawa dia ke mana saja dia mahu
29. Mesej atau telefon dia pagi2 dan bagitahu dia 'have a good day' dan bagitahu betapa kamu rindukan dia.
30. Ada bersamanya tiap kali dia memerlukan kamu dan walaupun dia tak perlukan kamu saat itu, kamu tetap berada di sisinya. maka, dia akan tahu dia boleh selalu mengharapkan kamu.

Adakah kamu teruskan membaca? Bagus! kerana ia penting.
31. Pegang dia rapat apabila dia kesejukan maka dia boleh juga memegang kamu erat.
32. Bila kamu berseorangan, pegang dia rapat dan cium dia.
33. Cium dia di dahi (ini akan memberi hint yang kamu mahu menciumnya lagi)
34. Bila kamu sedang menonton wayang, letak tangan kamu mengelilinginya dan secara antomatiknya dia akan meletak kepalanya di bahu kamu. sandarkan dia pada kamu, pegang dagunya ke atas dan kiss her lightly.
35. Jangan sesekali bagitahu dia untuk tinggalkan kamu walaupun kamu bergurau atau berlakon yang kamu sedang marah! jika dia sedih dan kecewa, pujuk dia.

Ingat semua perkara ini apabila kamu berada bersamanya...
36. Apabila ada orang menindasnya, bela dan sokong dia.
37. Tenung mata dia dan bagitahu yang kamu sangat cintakannya.
38. Baring sambil tengok bintang. letakkan kepalanya di dada kamu maka dia akan dapat mendengar degupan hati kamu. satukan jari kalian bersama ketika kamu bercakap dengannya.
39. Apabila kalian berjalan bersebelahan, pegang erat tangannya.
40. Apabila kamu memeluknya, pegang dia dalam pelukan kamu selama mana kamu boleh.

Pastikan dia tahu yang dia dicintai dan disayangi
41. Telefon atau mesej dia pada waktu malam untuk ucap dia selamat malam dan mimpi indah.
42. Pujuk dia dan tenangkan dia ketika dia menangis. lap air mata dia..
43. Bawa dia jalan2 pada waktu malam.
44. Sentiasa ingatkan dia betapa kamu cintakan dia.
45. Katakan kamu cintakan dia saat wajah kamu berada dekat dengan wajahnya dan akhirnya cium dia!!






2 ulasan:

kaizen berkata...

nice... tq for this entry

FaraLoveChoco berkata...

u'r most welcome..:-)