Korang sayang BFF korang x? korang selalunya buat apa sama2? mesti tak habis2 keluar shopping, tengok wayang, karaoke, main bowling kan? tu yang 80% yang korang akan buat dgn BFF korang.. asyik2 benda yang sama jer.. walaupun memang semua benda yang kita buat dengan BFF memang best, cuba kita buat 1 kelainan pulak.. takdelah yang sama jer.. hehehe..
1. BLOG
Kita selalu tag gambar kita dengan kawan2 kat FB kan? dah jadi trend sekarang ni pun.. tapi, korang tak rasa ke macam terdedah jer gambar2 tu.. mungkin antara BFF kita tu tak suka kita tag gambar dia secara umum. ha, apa kata korang cipta 1 blog dan lantik antara korang tu jadi admin untuk blog tu.. korang boleh cerita macam2 dan share banyak benda walaupun hal peribadi. tapi dengan syarat, yang boleh akses tu.. korang jer..
2. MARATON DVD
Cuba tengok filem kesukaan korang waktu zaman kecik2 dulu atau zaman sekolah korang.. pasti buat korang imbas balik kenangan lama..:-)
3. JUMPA
Sekurang2 nya tetapkan sekali sebulan korang jumpa each other.. kalau tak cukup masa nak jumpa kat mana2, cuba try buat 'persidangan' secara maya menerusi aplikasi online yang boleh berhubung secara langsung macam Skype..
4. GENG BERSENAM
Sekali sekala pergi gym bersama.. sesi menari atau yoga lebih seronok kalau buat bersama. kalau tak ke gym, pergi jog kat taman2 pun ok..
5. PENULIS NOVEL
Mesti korang rasa pelik kan? tiba2 novel nak buat dengan BFF pulak.. tak pelik pun sebenarnya.. cuba dengan kisah yang tak berkesudahan, lepas tu suruh setiap dari kamu sambung tulisan tersebut untuk bab berikutnya mengikut idea masing2. mana tahu penceritaan kalian jadi lebih hebat!
6.SESI FOTOGRAFI
Apa salahnya kalau sesekali berangan nak jadi artis kan? cuba ajak BFF untuk buat 1 sesi fotografi sama ada kat studio atau outdoor. tentukan tema dan sediakan props yang boleh ceriakan gambar.. kalau rasa2 nak senang, 'photo sticker' pun boleh... fara pun paling suka aktiviti ni.. hehehe..
7. BAHASA RAHSIA
Korang biasa guna bahasa 'F'? apa kata korang tukar pulak kepada 'B' atau 'L'.. best sebab korang je akan faham nanti.. :-)
8. JADI RAKAN KONGSI
Sekarang ni dah jadi trend orang akan berniaga secara online ataupun jual barangan bundle hak milik masing2.. cuba korang kumpul pakaian atau aksesori lama yang korang tak nak pakai lagi dan buat 1 sesi jualan.. sekarang ni senang.. terpulang nak jual dengan cara macam mana.. kat blog boleh, kat FB pun boleh.. hasil jualan tu, korang simpan dalam tabung percutian korang..
9. PERCUTIAN
Rancang percutian bersama tanpa pasangan masing2.. jadualkan aktiviti yang korang nak buat. yang paling best, tetapkan pakaian untuk digayakan mengikut karakter masing2.
10. SLEEPOVER!!
Adakan parti pyjamas kat rumah yang korang tetapkan.. tapi, make sure minta izin kat parents masing2.. waktu ni, pakailah baju tidur serta sekali dengan 'bantal busuk' atau 'teddy bear' kesayangan korang.. hehehe..
11. KARAOKE
Karaoke tak semestinya kena keluar dari rumah.. kat rumah pun boleh.. tapi awas! pastikan family korang tak rasa terganggu dengan aktiviti korang ni.. lebih selamat, waktu dorang takde kat rumah.. make sure yang dijemput semua perempuan ok! kalau tak sedap pun suara korang, takde sape nak kisah pun..
12. KE LUAR NEGARA
Ni agak libatkan kos yang tinggi.. so, lantik 1 kepala antara korang dan rancang percutian ke luar negara.. tetapkan bila, masa dan ke mana.. so, awal2 korang boleh kumpul duit kan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan