Setelah Bergelar Tunangan Si Dia..

Dulu, fara fikir bila dah tunang ni lagi senang. tapi, sebenarnya lagi payah ok.. macam2 nak kena jaga.. terutama bab pandangan orang ni.. terutama kalau dapat macam jiran2 fara ni.. kebanyakannya semua kepoci.. suka sangat nak dengki.. nak kata fara paling cantik kat kawasan rumah fara ni macam pelik je.. ada je yang lagi kiut miut dari fara.. hehe.. mungkin betul lah kot..*perasan tak hengat*

Bila dah jadi tunangan kepada EN MOHD RIZAL ni, memang banyak lah dugaan nya.. betul lah orang kata, bila bertunang ni banyak sangat dugaannya.. yang penyabar boleh jadi baran.. ha, fara lah tu.. asyik nak marah jer.. nasib baiklah cik gemuk fara ni penyabar.. leh layan je kerenah fara ni..

Dah bertunang, dengar macam best je kan? tapi lagi korang nak kena jaga taw.. korang tak leh nak suka2 hati nak berkepit 24 jam je.. sekarang ni pun, fara takdelah nak berkepit sangat dengan cik gemuk fara ni.. nanti apa pulak orang cakap. baru tunang dah nak menunjuk.. kadang2 mulut orang ni, benda yang kita tak buat dia leh kata kita buat. biasalah mulut orang takleh nak tutup. lain lah mulut tempayan. 

Lagi satu dugaan nya, orang yang dah bertunang ni.. soalan yang paling famous orang nak tanya "berapa letaknya?" ha, tak ke jenuh nak menjawabnya. sibuk je fara rasa. suka hati kita lah nak letak berapa. kalau letak mahal, orang tuduh mak ayah kita nak jual anak. bila letak murah, orang mengata jugak. ni yang susahnya jadi perempuan. tapi dalam banyak2 mulut jiran fara ni.. ada lah sorang pakcik ni.. dia boleh sibuk2 tanya kat bakal mak mertua fara ni, harga fara berapa.. haih, busybody betul.. ingat kita ni apa?

So, kawan2.. doakan kebahagiaan fara ye.. moga ikatan ni akan berakhir ke arah hubungan yang halal kerana pertunangan adalah satu perjanjian ke arah perkahwinan.. AMINN.. 

Jom layan gambar2 pertunangan fara.. fara ni kira untung jugak lah sebab tak payah susah2 nak tempah photographer.. adik fara kan ada..hehe.. kalau nak tengok gambar2 wedding yang best, korang klik SINI.. kalau korang nak book pun boleh jugak..hehe..*dik, akak dah promote ni..nak upah!hehe..*






3 ulasan:

Urzain Hussain berkata...

biasalah..
kalau dah kahwin lagi bagi banyak dugaan kak jah oii..hahah..
sabau jelah ye..:)

Cik Aish berkata...

congrat dear!!! betul..aish pun ada terpkir..pas tunang..takleh nak jumpa selalu..uwa tersiksa! hhuhu

FaraLoveChoco berkata...

urzain@ ye cheq tau..hehe:-)

Cik aish@ tau xper kak.. siksa taw..hehe:-)