Kenapa Cincin Kawin Disarung Ke Jari Manis?

Baru2 ni, ramai betul kawan fara dah menamatkan zaman bujang diorang.. lepas ni turn fara pulak.. hehe.. bila dah tunang, kawen ni.. mestilah si gadis ni dapat cincin kan? korang ada terfikir tak kenapa cincin tu disarungkan kat jari manis korang? fara dapat info ni dari FB jugak.. saja nak share dgn korang lagi.. sebenarnya, fara ni takdelah suka sangat pakai barang2 kemas ni.. tapi bila dah baca info ni, rasa best jugak bila dah ada cincin risik dengan tunang ni.. nak tahu kenapa? ALLAH benar2 buat keajaiban kat jari2 kita ni..

Cuba korang ikut step ni :

                                                                       
                                     

1. Tunjuk tapak tangan korang, pastu jari tengah dilekuk ke dalam.. macam dalam gambar kat atas.

2. Kemudian, 4 jari lain dipertemukan hujungnya.

3. Game start!! 

4. Cuba bukak ibu jari korang, ibu jari mewakili orang tua kita. ibu jari boleh dibuka kerana semua manusia mengalami sakit dan mati. dengan maksud yang sebenar, orang tua kita akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

5. Tutup balik ibu jari korang, kemudian buka jari telunjuk korang. jari tu mewakili kakak, abang atau adik2 korang. mereka akan memiliki keluarga sendiri dan mereka juga pasti akan tinggalkan kita kelak.

6. Sekarang, tutup balik jari telunjuk. buka pulak jari kelingking yang mewakili anak2. cepat atau lambat anak2 juga akan meninggalkan kita.

7. Tutup jari kelingking, buka jari manis anda tempat dimana kita menyarung cincin perkahwinan kita. korang akan rasa hairan sebab jari tersebut tidak akan dapat dibuka.

Ha, korang nak tahu sebabnya? sebab jari manis ni mewakili suami dan isteri.. selama hidup kita dan pasangan, kita akan terus melekat satu sama lain. oleh sebab itu, carilah pendamping hidup yang dapat bersama kita selamanya..

Bagi yang perempuan, carilah lelaki yang solah yang boleh dijadikan IMAM keluarga. bagi yang lelaki carilah perempuan yang solehah yang dapat dijadikan bidadari untuk selamanya hingga di syurga.. solat berjemaah suami isteri adalah lambang di mana sebuah keluarga akan utuh hingga ke syurga ALLAH kelak..


~ ni waktu fara  disarungkan cincin tunang..(^_^) ~





Tiada ulasan: