Aduh, Baru Tunang...

Haih, dah lama betul fara tak update entry baru dalam blog fara ni.. sorry lah kawan2.. sebenarnya, fara baru je lepas buat persiapan untuk pertunangan fara 21 JANUARI 2012 hari tu.. busy yg amat. mengalahkan nak kawen.. orang pun ramai jugak datang waktu kenduri hari tu. orang kata, biasalah anak sulung memang macam tu. fara ni anak sulung. cik abang fara tu pun anak sulung.. sebut pasal anak sulung ni, ramai yg cakap anak sulung susah nak ngam sebab masing2 dengan kepala sendiri.. tapi, fara tak percaya semua tu.. asalkan masing2 tahu nak bawak diri macam mana..

Bila dah bertunang ni, macam2 pesanan fara dapat. ramai pesan, waktu tunang kena banyak sabar sebab waktu ni masing2 tengah panas. yang lelaki serabut nak cari duit. yang perempuan sibuk nak macam2. biasalh perempuan kan suka yang perfect.. termasuklah fara ni.. korang pun sama kan?

Insyallah, fara dengan rizal akan terikat setahun.. kalau murah rezeki nak kurang daripada tu.. harap2 lah.. fara nak hubungan yang halal dengan dia.. semua keranaNYA.. kawan2 doakan fara taw. :-)


1 ulasan:

CekbOlat-bOlat berkata...

tahniah.. cntik akak ^^

dh mcm khwin plak bju.. wahh