Kerja, OT, Latihan Menari, Kursus dan.....??

Assalammualaikum semua.. peh, dah lama sangat fara tak update blog kan? siyes, fara sgt busy lately ni.. dgn kerja lagi, latihan menari lagi.. owh ye, mesti korang tertanya2 kan? fara ni kerja Penolong pegawai Farmasi.. tapi apa pulak nak sibuk pasal menari kan? hehe.. sebenarnya, bila kita dah kerja ni.. jgnlah kita sibuk dgn kerja semata2 kan? kita kena jugak cari hiburan utk diri kita sendiri.. mungkin sesuatu yg kita suka buat.. mcm fara, fara suka menari.. bukan je dapat enjoy tapi leh jugak sebagai satu senaman. yelah dh sehari suntuk dari 8 pagi sampai 5 ptg duk mendispen ubat je, takut bosan pulak kan? tambah pulak sekarang ni fara dah mula buat OT..

sebenarnya fara baru je balik dari Batu Pahat semalam sebab ada persidangan farmasi kat Hotel katerina. kat sana, fara dgn geng2 menari buat persembahan tarian lagu PAIRO ME BANDAN HAIN dgn lagu NOBODY.. step2 tarian tu semua sebijik dgn video klip. best gile. semua puji persembahan kitorang.. disebabkan gi Batu Pahat lah, sebulan sebelum fara pergi memang busy yg amat. lepas kerja pukul 5 tu, ada latihan sampai pukul 8.30. lepas tu balik.. buat itu buat ini.. dh nak dekat pukul 10.. memang rasa terkejar2 jugaklah.. tapi takpe. janji puas...

lepas Batu Pahat ni, nak buat persembahan kat Melaka pulak. kitorang nak bawak lagu yg sama tapi tambahan lagu JOGET KASIH TAK SUDAH.. rasa tak sabar pulak..

disebabkan aktiviti fara yg makin bertambah, makin kurang lah fara nak berblog dan berfacebook.. senyap sunyi lah kejap.. sowi ye kawan2.. tapi takpe.. bulan puasa nanti fara take latihan menari. mungkin waktu tu fara aktif kembali.. tunggu dan lihat saje.. rindu kamu semua...

owh ye, dalam fara sibuk2 ni.. fara nak berterima kasih kat boyfriend fara sebab dapat memahami walaupun kdg2 dia ada gak bising.. sowi ye syg.. (^_^)




nak masukkan video yg kitorang punya persembahan, fara tak dapat dia punya copy lagi. nanti kalau dah ada, fara upload ye..


Tiada ulasan: