Kereta Atau Rumah??

Assalammualaikum semua.. berkenaan dgn tajuk entry fara tu, fara nak tanya korang.. bila korang umur dah semakin meningkat, maksud fara umur dalam lingkungan 20an ni.. apa yg pertama terlintas kat fikiran korang utk dijadikan aset dalam hidup korang? fara pasti 90% akan jawab kereta kan? fara tiba2 nak cerita tentang perkara ni bukan apa.. cuma kat tempat kerja fara dah beberapa org tanya fara dgn soalan yg sama: 'BILA FARA NAK BELI KERETA?'

Sebenarnya bukan fara tak minat cuma fara fikir harga kereta ni makin lama makin jatuh tapi bukan harga rumah.. cuba korang tgk mana ada harga rumah yg murah lagi.. kalau kereta bila2 je akan ada model yg baru harga pulak makin jatuh. terbaru ni yg wat fara meleleh tgk... peh, MYVI baru.. cantik tahap gaban! i LIKE!! tapi bila difikirkan, betul cakap ayah fara.. fokus pada satu matlamat dulu. jgn semua nak dikejar pas tu nanti hutang keliling pinggang.

Lagipun, mungkin yg membuatkan fara tak terfikir sgt tentang kereta ni sebab kemana je fara pergi mesti ada org hantar atau ambik. bf fara kata fara ni terlebih mengada2.. hehe.. so, tak leh nak salahkan fara jugak sebab dari sekolah dulu mana fara pergi ayah nak hantarkan. hehe..

Kesimpulannya, mana yg mahu didahulukan sebenarnya terpulang pada seseorang individu tu. ada yg rasa kereta tu lagi penting sebab senang nak kemana2 tapi bagi fara transport awam pun byk je.. Jadi, tepuk dada tanyalah hati kita..


~dapat rumah kondo pun ok gak.. hehe..~


~waktu sekolah dulu, fara suka kereta ni~

Tiada ulasan: